Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, February 27, 2009

Buat Kak Elle Sayang...

Entry hari ni...aku buat khas untuk Kak Elle yang menyambut Harijadinya yang ke 59 (macam tak caya aje kan?...sebab kak elle walaupun dah 59 masih vogue tau )

Pagi-pagi lagi aku dah call kak Elle untuk mengucapkan 'Selamat Harijadi' untuknya.

Biasalah setiap kali aku mengucapkan 'Selamat Harijadi' pada sesiapa pun...aku akan menyanyi....

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Kak Elle...
Selamat Hari Jadiiiiii....

atau...

ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu...
ALLAh selamatkan ???
ALLAH selamatkan kamu...

Tapi pagi tadi seperti biasa...asalkan aku menyanyi lagu Hari jadi je...mesti sampai baris yang kedua...aku dah ketawa...selalunya lagu aku tak habis.

Aku ketawa sebab pitching aku ke laut...

Tapi...kalau siapa yang nak dengar suara 'sumbeng' aku pada harjadinya...meh...bagi no handphone & tarikh harijadi...kalau aku tak lupa aku mesti talipon...hahahaha

Mengenali kak Elle...lebih 2 tahun lepas melalui dunia blog membuatkan aku bersyukur kerana mengenali seorang wanita yang baik dan 'caring'. She's a very nice lady...warm & kind hearted. Sebab itulah dia disayangi oleh ramai rakan2 blog yang mengenalinya.

Ramai rakan yang telah mendapat pelbagai jenis buahtangan dari kak Elle...tapi aku rasa bukan itu yang mengikat hati kita dengan kak Elle...apa yang membuat kita ingat pada kak Elle ialah keihlasan dia dalam sesebuah persahabatan. Itulah yang membuatkan kami kekal bersahabat hingga sekarang.

Di hari bahagia kak Elle ini aku mendoakan agar akak ku itu dipanjangkan usia...ditambahkan rezekinya oleh ALLAH...dan memperolehi kesihatan yang baik. Kalau kak Elle sihat...insyaallah di lain masa kita dapat bertemu lagi. Walaupun dah berjumpa 2 kali...tapi masih rasa tak puas lagik...hehehe...



Kad buat Kak Elle...nak beli kad betul2 pun tak dpt...sebab dah lama tak kluar...

Kek untuk akak...dah buat tapi tak sempat pos...hehehehe

dan kata-kata indah yang memang khas buat akak...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, February 25, 2009

Comel...




Kalau sebut perkataan comel...serta merta kita akan terbayang apa saja yang comel...teddy bear...kanak2 yang montel...kucing yang gebu...semua tu comel bagi kita...



Dulu semasa aku ke asrama Ude untuk menghadiri majlis bacaan Yassin di sekolahnya...kawan2nya yang berjumpa aku akan berteriak...



'Eiiii Ude....ibu kau comel....'



Tersipu-sipulah aku dibuatnya...tersipu malu...hehehe

Memang ketika itu aku comel...kalau dibandingkan dengan Ude...aku memang lebih kecil....rendah. Dengan ketinggian hanya 5 kaki dan berat badan 50 kg...rasanya memang aku comel...kecil aje...



Kelmarin...masa aku pergi menonton filem Geng...Ude membawa Fathiah untuk berjumpa aku. Bila terpandang aje aku Fathiah berkata pada Ude...



'Kak...ibu kakak comel...!!'



Aku tak tau samada aku nak tersipu2 lagi tak...




Sebab pada usia aku sekarang...yang berat badan pun dah bertambah...bila Fathiah kata aku comel...aku mula berfikir...



Hmmmm....comel camaner aku sekarang ye...???



Dalam kepala aku dah terbayang aku macam ibu teddy bear yang bulat... hehehe








...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, February 20, 2009

Kenangan Silam...

Semasa menyelongkar barang2 lama di dalam almari rumah di Melaka kelmarin...aku terjumpa autograph lama aku. Masih ingat lagi...kalau masa aku bersekolah dulu...buku autograph ni bukan main famous lagik suatu ketika dulu. Buku autograf ni memang sering berada dengan aku...walau ke mana aku pergi...ianya memang tetap dlm 'sling bag' yang sering ku bawa.
Buku ni dah berusia hampir 30 tahun...terlalu banyak catatan kenangan aku bersama rakan2 dan kenalan di dalamnya...


Tengoklah kulit buku ni...habis semua aku tempekkan dengan gambar Ahmad Tarmimi Serigar dramatis kesayangan aku ketika itu....dan juga penyanyi Noor Kumalasari...
Kenangan dalam buku ini terlalu banyak...aku cuma ambil 2 mukasurat yang sentiasa buat aku tersenyum ketika menatapnya....



Pertama adalah catatan adik lelaki ku AB...aku tak ingatlah semasa dia menulis buku ni berapa usianya...tengoklah tulisan dia tu...hahahaha...sekarang dia dah pun berusia lebih 40an...kalau dia tengok apa yang dia tulis pasti dia ketawa ketika ini.


Yang ini pulak adalah catatan adik beradik yang comel2 dan cantik di kampungku. Mereka adalah anak2 yang memang baik dgn aku ketika itu...
Catatan yang popular ketika itu dikalangan anak2..:

When you are small,
toys, toys, toy,
When you are big,
boys, boys, boys....

Kini kesemua mereka sudah pun berusia hampir 40an...dan aku dah lama tak melihat mereka.
Seronok kan bila dpt mengimbau segala kenangan lama biar pun hanya dengan tulisan2 yang mengandungi kata2 lucu dan semangat...
Dan...dalam laci berkunci di dalam almari baju aku terjumpa satu sampul surat lama yang penuh berisi surat2 cintan cintun aku dengan cik abang sebelum berkahwin dulu. Maklumlah dulu takde telefon2 atau pun email...main surat2 ajelah...
Terbayang aku ketika itu...
...disebabkan rumah kami selang beberapa rumah aje...yang jadi posmen aku ialah adik AB...dan posmen dia pulak...adiknya S (suami Itah)...katanya tiap petang dia akan suruh adik S nya bermain2 berdekatan rumah aku...mana tau ada balasan surat dari ku...
Kelakarkan cinta dulu2...hehehe...
Biarpun kami dah bertunangan...bukan main susah nak keluar dating...dan kalau keluar date pun ..tak boleh keluar malam2...kena dating waktu siang dan balik sebelum maghrib. Nak dating pun kene bawak 'ubat nyamuk'...(adik-adik aku le tu...Sya & Adik An)
Semasa membuka lembaran2 surat2 cintan lama tu...dan membaca bait2 kata2 berbunga2 dalam tu membuatkan aku....eiiii...geli geleman...
hahahahha...tak sanggup nak baca dah...
Lalu aku tersenyum sendirian...
Segalanya adalah memori kenangan silam.
Yang buat aku gelak tak tahan ialah kata-kata yang amat femes masa dulu...
Kalau bagi gambar kat orang tersayang...mesti tulis kat belakang gambar tu...
'Kalau buruk jgn dihina...simpanlah gambar ini baik2...kenang daku dalam doamu..."
Hahahahaha....


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, February 18, 2009

Ude oh Ude...

Minggu lepas masa aku balik ke Melaka bersama cik abang...aku sempat mengemaskan rak-rak buku lama ku di dalam bilik...sedang sibuk berkemas aku terjumpa buku skrap Ude semasa dia di TKC dulu.

Membuka lembaran2 mukasurat buku skrap tu...membuatkan aku tersenyum....betapa segala barang2 atau apa sahaja yang dia miliki yang boleh dijadikan kenangan disimpan dalam buku tersebut....




Label kaset yang dibeli semasa di sana....dia ni peminat fanatik SRK....






Tali jam tangan pemberian ayahnya yang dah rosak disimpan juga...




Pasti ramai yang masih ingat pada kumpulan ini...Kumpulan A to Z

yang begitu terkenal satu masa dulu dengan lagunya Itek Gembo Gembo...


Kumpulan ini merupakan kumpulan kegemaran Ude & Farhan ketika itu....

Dia minat sangat ngan CHAP tu...



Peket cokelat Crunchie pun disimpannya...heheheh....Dulu harga baru RM2.00 sekarang tak tau berapa dah....


Resit pembelian barang2 & tiket2 konsert serta tiket wayang juga dilekatkan dalam buku ni...




...dan juga kad-kad pemberian kawan2...


...semuanya buat aku tersenyum sendiri ...terasa yang anak aku ni dalam brutal2

jiwa dia begitu sentimental ...
tapi tiba di satu lembaran...
aku tergolek2 ketawa bagai nak pecah perut...
Luahan hati dia pada bintang filem Hindustan
kesayangannya
Sh*h Rukh Kh*an... (OD jangan jeles ye...heheheh)



(sila klik utk besarkan image)


Patutlah sampai sekarang dia belum ada boipren lagik...rupanya hatinya telah dicuri oleh si pelakon ini....


Hahahahahah...syian anak aku ni...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, February 16, 2009

Seminggu Sudah...

Dah seminggu aku bertapa...bermakna dah lebih seminggu cik abang aku balik..
Seperti biasa...bila cik abang aku balik aku jarang dpt mengadap komputer...maklumlah...rasa tak elok jika dia berada di rumah tapi aku sibuk dengan blog. Yelah dia balik pun sekali sekala je.
Bila cik abang balik aje...kami pulang ke Melaka...kali ini aku balik bertiga aje...Cik abang...aku dan Fareez. Ude sibuk dengan aktiviti2 Les Copaque yang sdg sibuk membuat promosi untuk filem GENG...jadi kami tinggalkan Farhan untuk menemankannya...


Balik saja ke Shah Alam...aku mengajak cik abang menonton The Pink Panther 2 di Bukit Raja. Habis menonton kami pergi makan2 bersama...hmmmm...rindunya suasana makan2 bersama cik abang dan anak2.



Selang beberapa hari ...Ude pula membelanja kami untuk menonton filem GENG Pengembaraan Bermula. Anak2 memang dah tak sabar untuk menonton filem ini...maklumlah mereka semua peminat fanatik Upin Ipin.



Kami pergi menonton pada hari tayangan untuk Fan Club Upin Ipin...maka macam2 yang ada di Cineleisure...ada maskot Upin Ipin lagi. Kami tak dapat bergambar kerana ramai yang berebut untuk bergambar dengan maskot tu. Fareez cuma dapat bergambar dengan Nur Fathiah...kanak2 yang menyumbangkan suaranya untuk Upin & Ipin. Tak sangka pulak berjumpa dengan 2 orang blogger semasa tayangan tu...Navygal & Mummysya...hehehe...sayang kita tak dapat berbual lama ye....maklumlah ramai orang ketika tu...


Memang best filem tersebut. Pasti ramai yang tau bahawa ini adalah filem animasi 3D pertama Malaysia. Memang berbaloi untuk ditonton. Jom pergi beramai2...siapa lagi nak sokong filem kita kalau bukan kita sendiri...betul tak?? Heheheh...buat promosi pulak...


Sebenarnya aku ni keletihan...baru lepas mengemas katil double decker Farhan & Fareez yang baru dibeli oleh ayahnya...sebab tulah kepala aku 'jam'...tak tau nak tulis apa...

Cukuplah buat kali ini sekadar untuk membersihkan 'sawang'...nanti aku akan update lagi...







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, February 10, 2009

Dah Tiba Masa...

Dah tiba masa untuk aku berhibernasi...kerana cik abang dah pulang...

Aku akan mula blogging dalam 3-4 hari lagi...

Buat kengkawan yang berkunjung ke blog aku....

Salam sayang....

Will be missing all of you...Muahhhh!!!




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, February 5, 2009

Terima kasih...

Berhari-hari aku tak menjenguk blog...(aku selalu menangis bila melihat gambar Rona di blog) begitu juga aku tak melawat blog kengkawan. 2-3 hari hati ku masih merasa sedih...malam kejadian itu aku tak boleh nak melelapkan mata....wajah Rona terbayang-bayang.

Membaca komen2 kengkawan kadang2 pun membuat aku sedih...namun aku berterima kasih kerana ramai yang bersimpati dengan Rona dan memberi aku semangat...Terima kasih ...




Zareda , zino, PINATBATE, Neeza Shahril, Intan Rosnitta, Oh-Sugar , iina, Kak Elle, Norabella, Ummi365, ilah1908 , AZWA, pB, ^ez^, HappyIrfa, ~ yus ~, sally, Abang Long, maklang, Mamamanja, jus call me ida.., silversarina, hanimndroid, KV, MULAN, uda, Anonymous, Mak Su, Masy , umeboshi, Mya, RaFFLeSiA MeRaH , © EM Muhammad, ILA, zany , cikMilah, Cat Cat, sya , Mama Rock, ez, razlyen78 , Laracroft74 ... (maaf aku tak dpt membalasnya satu persatu...namun apa jua nasihat dan kata-kata yang diberikan tetap aku ingati...)



Mungkin kalau ada orang yang tidak faham rasa macam aku ni mengada-ngada...tapi pada siapa yang pernah memelihara binatang kesayangan...memang kematian binatang itu akan membuat kita rasa kehilangan.



Begitu juga dengan aku...hari2 selepas Rona pergi...aku terasa kehilangan...melihat anak2 yang lain bermain2 hati menjadi hiba...hiba kerana kalau tak selalunya mereka bermain bertiga. Merenung wajah Markonah memang membuat aku bersalah...tiap kali mengusap Markonah aku akan berkata.


'Maafkan aku ye sayang...' sehingga sekarang aku masih berkata begitu padanya.



Entahlah...bila melihat anak2 kucing tu...aku terasa mereka itu bagai anak2 kecil yang masih baru mengenal kehidupan....riang bermain bersama-sama. Itulah yang membuatkan hati aku rasa sedih.



Tinggal yang berdua ekor ni Ude dah pesan jangan ambil2 gambar mereka lagik...memang dari dulu dia kata...



'ibu orang kata kalau selalu amik gambar kucing...nanti kucing tu tak panjang umur...' macam yang dikomen oleh Ilah1908.



Tapi...mungkin itu semua secara kebetulan...dah ajal Rona kan?..tapi aku tak berani jugak nak amik2 gambar dah...hehehehe



Semalam semasa aku menelefon ibu mertua bertanya khabar...dari hujung talian aku dengar dia ketawa2 mengusik aku...



'Kenapa anie?..Ma ingatkan kau nak jemput kenduri baca tahlil...anak kucing tu dah meninggal 3 hari...'



Aku langsung tak boleh menahan gelak aku ketika itu.



Memang bila diingat kembali...aku jadi malu menangis depan mertua macam budak2 kecil hari tu...



Buat kak elle...komen yang kak elle tinggalkan buat anie tersenyum....memang buruk bebenor agaknya mak budak menangis meraung ye...hehehe



Walau bagaimana pun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kini anak2 Markonah yang lain mendapat perhatian dari kami sama rata. Dan kami lebih berhati-hati bila nak masuk atau mengeluarkan kenderaan. Markonah juga tak jadi kami kembirikan dulu...aku nak tunggu dia beranak lagi...aku nak dia dapat anak macam Rona...semoga permintaan aku dikabulkan.



Dan aku harap Markonah dan Rona dah memaafkan aku...agar aku boleh lebih tenang.






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Sunday, February 1, 2009

Andainya...

Seandainya aku diberi peluang untuk mengundurkan masa...pasti aku ingin mengulangi hari ini...kerana...

1st February...aku telah melakukan satu kesilapan yang aku sendiri tidak dapat memaafkan diriku...

2 hari sibuk melayan ibu mertua di rumah...2 hari juga aku tak dapat mengusap...mengulit...mengendong...mencium kesayanganku Rona....

Tapi tengahari tadi...ketika aku keluar untuk ke rumah adik iparku di KL bersama mertua...aku sendiri telah melanggar Rona...

...betapa cuainya aku hari ini...

...selalunya aku akan memeriksa dahulu anak2 kucing itu yang sejak kebelakangan ini suka bermain di bawah kereta....

...ketika diberitau oleh pembantu MIL bahawa ada anak kucing yang terlanggar semasa dia ingin mengunci gate...aku lantas bekejar ke tempat yang ditunjuk...

...aku terus meraung....menangis ...meratap...aku mengucap berkali2...aku dah tak menghiraukan lagi ibu mertua yang menanti di dalam kereta...aku menangis dan memohon maaf berkali2 pada Markonah yang menjilat2 anaknya yang sudah terkapar di tempat kejadian. Betapa hati aku bagai disayat....anak kucing kesayanganku...aku yang menyebabkan kematiannya...bagaimana mungkin aku memaafkan diriku ini...

Aku menangis seperti anak kecil yang kehilangan sehingga jiran sebelah bertanya...

'Kenapa kak...?

'Rosni...akak terlanggar anak kucing akak...anak yang paling akak sayang pulak tu...'

Pada mulanya Rosni tersenyum melihat aku...tapi bila melihat...aku bersungguh menangis seperti anak kecil...dia terus bersuara...

'Sabar jelah kak...nak buat camaner...'

Aku masuk semula ke dalam kereta...setelah Rona ku alihkan ke dalam kandangnya...

..aku mencapai telefon dan memberitau Ude yang ketika itu sedang bertugas di Finas...

Dalam sedu sedan...aku dengar Ude dah kehilangan kata-kata....

Aku terus memandu sambil menangis...air mata tak boleh berhenti keluar dari mata ini...aku dengar Fareez menangis tanpa henti di belakang...

Sesampai di rumah adik ipar...berita kematian Rona menjadi topik utama. Zilah melihat aku yang menangis lagi dengan linangan airmata....

'Kak anie...nak buat camaner...dah ajal dia...'

'Ilah...kalau org lain langgar akak boleh terima...ni akak yang langgar sendiri...'

'Tulah kak anie...kalau kita pelihara binatang...camnilah...kita kene terima bila kita dah sayang...bila dia mati kita akan sedih sgt...macam ilah dulu...Tompok mati berhari2 Ilah menangis..tu sebab sekarang Ilah takmo pelihara kucing lagik...sebab kucing ni selalunya mati terlanggar...'

Aku terus masuk ke bilik Zilah...membaringkan diri dan menangis lagi...aku call Sya...aku menangis lagi...

Dan malam ini sekembalinya Ude dari bertugas di Finas...Ude mengambil Rona yang aku letakkan di dalam kandang berselimut dengan kain untuk ditanam.

Ude menangis teresak-esak...kerana dialah yang selalu memberi mereka makan...sambil membelai Rona...aku dan Ude cium dia buat kali terakhir...sebelum dia ku tanam berdekatan dengan tempat Mica bersemadi di belakang rumah...

Selesai menanamnya...aku terus membaringkan diri dlm bilik dan menangis lagi...Ude juga ke biliknya membawa hati yang sedang hiba...begitu juga Farhan...yang aku lihat jarang menangis tapi hari ini dia menangis di bilik kerana kehilangan Rona...

Tatkala aku menulis entry ini...airmataku masih belum mahu berhenti...yang paling menghibakan hatiku ialah...Markonah seperti kehilangan sesuatu...keluar masuk ke dalam bilik ku untuk mencari anak kesayangannya yang 'hilang'...Bagaimana dapat aku memaafkan diriku ini...???

Ingin ku abadikan gambar Rona buat tatapan ku selamanya...

Andainya dapat aku mengundurkan masa.....



Rona & Roni yang sdg tidur...lihatlah betapa comelnya dia...




Gambar terbarunya...yang ku ambil pd hari Jumaat 30/1

Gelagat dia yang suka tidur di mana saja dia suka...



Gambar terbaru juga...gebu sungguh dia kan?


Inilah kegemaran dia akhir2 ni...suka tidur di celah2 kenderaan...


p/s...Aku masih bersedih...maafkan aku andainya aku tak berkunjung balas ke blog kawan2...dan maafkan aku kerana belum dpt membalas komen di entry sebelum ini...

...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails