Negara yang juga dikenali sebagai Negara Matahari Terbit dilanda Tsunami tengahari tadi.
Dengan gegaran selama 20 minit berukuran 8.9 magnitude itu ia telah menyebabkan kesan yang teruk di Jepun. Ombak setinggi 7 meter telah melanda pantai negara tersebut...
Namun begitu mengikut laporan dari kedutaan kita di Jepun semua rakyat Malaysia di sana selamat.
Alhamdulillah...
Bila mendengar berita tersebut aku terus teringat pada rakan blog yang dah lama tidak aku lawati iatu
Hanny semoga hanny dan keluarga selamat. Begitu juga dengan Siti Fithriah yang lama tidak ku dengar beritanya... dan juga seorang kawan Ude di Tokyo iaitu Nadia yang menetap di sana bersama suami dan anaknya.
Sama-samalah kita berdoa semoga Tsunami tersebut tidak mengorbankan banyak nyawa seperti Tsunami yang telah melanda negara kita dan Indonesia dahulu.
Dan yang paling penting ialah kita berharap semua rakyat Malaysia di sana selamat...
Gambar2 ehsan dari Yahoo
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.


