Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, February 16, 2009

Seminggu Sudah...

Dah seminggu aku bertapa...bermakna dah lebih seminggu cik abang aku balik..
Seperti biasa...bila cik abang aku balik aku jarang dpt mengadap komputer...maklumlah...rasa tak elok jika dia berada di rumah tapi aku sibuk dengan blog. Yelah dia balik pun sekali sekala je.
Bila cik abang balik aje...kami pulang ke Melaka...kali ini aku balik bertiga aje...Cik abang...aku dan Fareez. Ude sibuk dengan aktiviti2 Les Copaque yang sdg sibuk membuat promosi untuk filem GENG...jadi kami tinggalkan Farhan untuk menemankannya...


Balik saja ke Shah Alam...aku mengajak cik abang menonton The Pink Panther 2 di Bukit Raja. Habis menonton kami pergi makan2 bersama...hmmmm...rindunya suasana makan2 bersama cik abang dan anak2.



Selang beberapa hari ...Ude pula membelanja kami untuk menonton filem GENG Pengembaraan Bermula. Anak2 memang dah tak sabar untuk menonton filem ini...maklumlah mereka semua peminat fanatik Upin Ipin.



Kami pergi menonton pada hari tayangan untuk Fan Club Upin Ipin...maka macam2 yang ada di Cineleisure...ada maskot Upin Ipin lagi. Kami tak dapat bergambar kerana ramai yang berebut untuk bergambar dengan maskot tu. Fareez cuma dapat bergambar dengan Nur Fathiah...kanak2 yang menyumbangkan suaranya untuk Upin & Ipin. Tak sangka pulak berjumpa dengan 2 orang blogger semasa tayangan tu...Navygal & Mummysya...hehehe...sayang kita tak dapat berbual lama ye....maklumlah ramai orang ketika tu...


Memang best filem tersebut. Pasti ramai yang tau bahawa ini adalah filem animasi 3D pertama Malaysia. Memang berbaloi untuk ditonton. Jom pergi beramai2...siapa lagi nak sokong filem kita kalau bukan kita sendiri...betul tak?? Heheheh...buat promosi pulak...


Sebenarnya aku ni keletihan...baru lepas mengemas katil double decker Farhan & Fareez yang baru dibeli oleh ayahnya...sebab tulah kepala aku 'jam'...tak tau nak tulis apa...

Cukuplah buat kali ini sekadar untuk membersihkan 'sawang'...nanti aku akan update lagi...







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

32 comments:

iina said...

kak anie dah kuwa ye filem upin ipn tuh? best tak kak?

Cat Cat said...

Kak Lady,
Kasik tunjuk gambar double decker bed tu boleh tak..??
Cath pun teringin nak belikan untuk si Emma tu - kot kot ada kawan dia nak datang sleep-over.. Hehe.

Neeza Shahril said...

best la tengok sedutan Upin Ipin tu kat blog gengmovie..
bangga betul dengan rakyat malaysia dapat hasilkan movie animasi cam tu..
muda2 pulak diorang tu.. :)

Kak Elle said...

Anie punya lesen dah dapat balik ye?...hehehe

Wah ni nak promote untuk Ude ke ngan movie Geng...hahaha

Bila ada masa nanti blogging banyak2 ye.

Diarihatiku1976 said...

kak lady..

terngin gak nak tgk.. tapi sure akan dikelilingi anak-anak kecik kan...

Diarihatiku1976 said...

kak lady..

terngin gak nak tgk.. tapi sure akan dikelilingi anak-anak kecik kan...

sakurasa 2 said...

kak lady upin n ipin pasti best, sakura lum kesempatan nak p tengok. kak lady jemput keblog sakura cuba teka2 he he he

Unknown said...

wahh dah tengok. Kami pun teringin nak pergi tengok Upin dan Ipin tuh...mesti best kan.

Mummy Rizq said...

memang ada plan nak menonton upin ipin nie.. nak bawak rizq. agak agaknya dia bleh faham tak citer tu???

MOKCIK AZWA said...

akhirnya keluar juga dari pertapaan ye..hehehe

sesekali cik abang balik kena la spend time ngan dia kan kak anie.

upin n ipin the movie dah kuar ek...mesti best kan..bila la nak gi tengok nie ek.

KV said...

wah, sakan akak nengok wayang. Kt sini takde panggung lah kak. Sian saya tau!

ILA said...

Selamat mpunyai 'katil bujang' baru utk anak2 akak;)

Memang best..citer 'Geng' tu..jln citernya tidak beri peluang lansung kpd penonton utk merasa bosan.Ada rasa suspen & lucu..eshhh..mmg tak leh lupa lerr..pssstt..Uda!!x de pe2 diskaun ke utk acik ila??hihikk:p

Zareda Norman said...

zar pun menunggu masa yang sesuai untuk tengok citer geng ni..

MAMAMIA said...

Samalah kita, bila cik abang ada kat rumah, tak bolehlah nak ngadap computer. Kena lah jalankan kewajipan dulu kan....

Betul, betul, betul.... Siapa lagi nak sokong filem kita, kalau bukan kita sendiri.

Masy said...

cik abg tu baliknye x selalu, kene dulukan dia laa betoi x kak?

cam teringin pulak nk tgk upin ipin ni hehe

Anonymous said...

Salam Anie...just 2 say HI....

^ez^ said...

beshnya dpt jalan2 ek.hehe..xpe kak.bila da jarang balik ni..masa yg ada bersama amat berharga. kan kan?hihihi have fun kak.. (^-^)

dlt said...

kak lady, abang baru ajak tgk upin&ipin wiken nih bawak hani. sure ramainya orang.

katil double decker kena hati2lah takleh ada kipas siling. tapi jimat ruang,kan?

aNIe said...

iina...dah kluar dah filem Geng tu...bessttt!!...

----------------------------

Cat cat...akak beli yang double decker besi biasa je...takde fancy2 punya...heheheh..dulu pernah beli yang kayu..nampak je cantik...tapi tak tahan...patah...

----------------------------

Neeza...memang bangga...pengarah dia muda lagik...pastu filem tu animasi dia boleh dikatakan secantik animasi 3D barbie doll...tapi penuh aksi...kelakar plak tu...

----------------------------

Kak...lesen tak dpt lagik...hehehe...

Aha...promote filem yang best apa salahnya kan?..

Okay...nanti boleh blog banyak2 bila dah dpt lesen eh...

--------------------------

My Blog...ramai mak ayah yang tengok...teenagers pun ramai...sebab cerita dia menarik

-------------------------

Sakurasa...memang best...

Akak dah pergi tapi orang dah teka...kalau bagi kat akak pun akak tak dpt teka...hehehe

------------------------

Yus...pergilah bawak anak2...tentu diorang terhibur...

------------------------

Mummy rizq...rasanya diorang boleh faham...sebab seritanya simple but full of adventure...

------------------------

Azwa...kalau bertapa lama2 lemas jadinya...hehehehe....

Cerita upin ipin tu...besssttt...

-------------------------

KV...takpelah...nanti kalau cd dah kluar...beli lah...beli yang original tau...hahahah

------------------------

Sastri said...

kak... memang best kan filem tu? tak puas rasa nengok sekali...

NONIE AZIZ said...

saa baru nak tengok hari sabtu ni...akak booking ticket masa gi tgk citer Geng...takut penuh plak...

aNIe said...

Ila dah tengok ke? Best kan? Comel aje tengok budak2 2 orang tu...hahahah

Hehehe...Ude kata kalau nak diskaun kene pi tengok masa hari mula2 hari tu...masuk utk fan club...dpt beli tiket pakej...

--------------------------

Zar...aha..ajak le ika pi tengok...mesti dia suka

--------------------------

Mamamia...yelahkan..cik abang tu balik sesekali...kene le layan...hehehehe

Jom tengok Geng...mesti terhibur!!

--------------------------

Masy...jom le pegi tengok...animasi 3Dnya cantik...macam citer mat salleh...

---------------------------

hi Norlida...thanks sebab singgah jugak ke blog akak

---------------------------

^ez^ betul tu...bila masa untuk besama terhad...ianya memang beharga...

---------------------------

dlt...memang ramai...masa hari akak pi tengok Khamis tu...tiket untuk Ahad semua dah fully booked...

Jadi kene booking awal2 tau...takut tiket abis...

------------------------

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

wah bestlah abg balik hehe...

abang kita ntah bilalah lagi dia nak balik ni..tak tau sampai bila nak berpisah lelama..huhuhu...

Mak Su said...

kak anie tunjuk ler gambar katil or bilik tu, kot2 boleh saya curi idea decoration, thanks in advance :)

Mamamanja said...

mesti best kan citer nih
anak2 MM memang suka upin & ipin nih. tapi nak tengok wayang xde ler kot... kecik benor lagi... tunggu vcd jerk ler

cikceriacorner said...

salam...

kak anie..bestkan cite upin n ipin n pink panther tu...cite kak anie pon best..suke kita baca..

Laracroft74 said...

darling balik sekali sekala..terpaksa la bagi attention kat dia kan..ni kira kak anie curi2time berbloggingla ya...

aNIe said...

Sastri...memang rasa tak puas tengok sekali...kalau lah cik abang tak de dah tentu akak pergi mengulang tengok sekali lagik...hehehe

-----------------------------

Nonie ...kalau nak pergi tengok ke booking awal2...sebab tiket pada hari cuti selalunya habis ditempah awal2...

-----------------------------

nrina...takpe...lambat laun mesti balik jugak kan...dah balik nanti bg layanan spesial tau...heheheh

-----------------------------

maksu...alahai...nak amik gambar bilik ke katil ke...malu lah...bilik tu kecik...katil pun katil biasa je...takde nak decorate2 lebih2 pun...seadanya aje...heheheh

----------------------------

Mamamanja...tulah mama kalau anak kecik2 memang tak seronok nak bawa ke panggung...lagi pun diorang tak tau aper benda lagik pun...takut pulak nanti background musik tu menakutkan mereka...kene tunggu VCD aje nanti...

----------------------------

Ez...pink panther tu akak tengok sebab dah tengok Pink Panther 1 dulu....tu yang suka kat watak steve martin...hehehe...kelakar...

Tapi Upin & Ipin...memang best...comei...!!!

Terima kasih sebab rajin baca blog akak

------------------------

Laracroft...heheheh...ye le lara...akak ni mencuri2 blogging... syyhhhh!!!!

tee said...

salam kak lady,

lama tak tinggalkan jejak kat komen ni.. hehehe...

anak2 tee pun da tak sabar nak nengok GENG ni.. insyaAllah minggu ni adik Tee nak bawak derang gi tengok...

:)

Abang Long said...

Tabik spring. Kita sudah mampu ke tahap ini !

zue said...

rasa rindu kat cik abg dah terungkailah..he.he.he.

makan sama2 nonton wayang sama2...
dpt beli katil pun..sama2.

aNIe said...

Tee...akak pun dah lama tak menjengah blog Tee..

Ajaklah anak2 tu pergi tengok filem tu...memang budak2 akan suka...sebab kelakar...

--------------------------

Abg Long...betul tu...terasa bangga sebab anak2 yang menghasilkan filem tu muda2 lagik

--------------------------

Zue...sesekali dpt bersama...buat apa2 pun bak bersama2...heheheh

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails