Jom klik...

Monday, December 14, 2009

Ke PD pulak minggu ni...

Hujung minggu ini...kami ke PD pulak...bukan bermalam...bukan berkelah...saja untuk bawa anak2 berjalan sambil2 Ude nak menge'test' toy baru dia...camera SLRnya...
Yang jadi model...hehehe...saper lagi...anak2 Sya yang kami hangkut bersama selepas menghantar Sya ke KLIA untuk bermesyuarat di KK...Fareez & Ida kawan karibnya.
Sampai saja kat PD...aku lihat banyaknya kenderaan...nak cari tempat parking pun susah...
Disebabkan yang pergi tu semua muda-muda belia...termasuklah aku...hahahaha!! Perasan ! Maka aku suruh Ude parking jauh sedikit...dan kami berjalan kaki ke tepi pantai.
Masuk aje kat kawasan menjual cenderahati tu...aku lihat banyaknya 'buah manggis'..Oh!! Agaknya diorang buat rombongan...atau buat Hari Keluarga...patutlah ramainya mereka...
Jom layan gambar...


Macam2 cenderahati yang ada...


Sampai tepi pantai Fareez & Arif dah berlari ke gigi air...dan habislah basah kaki seluar mereka.



Sambil menanti anak2 di laut...aku dan yang lain2 pekena air kelapa & air batu campur...legaaaa!! Sedap dpt air kelapa semasa cuaca panas...















Sebelum pulang...anak2 sempat lagi menghabiskan masa bermain & bergambar....
Kami sampai rumah jam 7 malam...penat tapi seronok...!!
...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, December 12, 2009

Rewind...

Nak rewind citer sebelum MIL datang...

Hujung minggu di Istana Kuda Emas bersama Sya & anak2...




Pemandangan di sekitar hotel...



Bergambar semasa baru sampai...di lobby hotel..dpn pokok krismas dan di verandah hotel...

Malam selepas dinner sempena 10th anniversary pejabat sya...anak2 bergaya sakan...gambar si kecik tu dgn gadis jelita pengurus majlis...dia suka sgt kat kakak tu...katanya...



Persembahan malam itu...kumpulan Nakasutra...sungguh terhibur dengan lagu2 yang didendangkan...Puteri Santubung...Pulang ke Kampung...Lagu Canggung...dll
Tertarik dengan penggunaan alat muzik sapeh yg digunakan.



Sarapan di pagi Sabtu...si kecik senyum2 simpul lagik...sarapan aku pagi tu...banding dengan sarapan Farhan yang membukit...hahahah





Tak lama bersarapan...masing2 dah tak sabar2 nak terjun kolam...



Dah panggil utk naik berkali2 sebab nak check out...masih lagi berendam...

Sempat bergambar dengan kuda emas di depan hotel...tgk gambar Farhan menjilat lubang hidung kuda tu tak menahan...




Berposing sekejap di lobby hotel dgn anak2..
Balik aje kat rumah...landing terus depan TV...penat sebab masa perjalanan balik aku sesat barat dan terpaksa berpusing2 hingga 2 kali dari tol Serdang ke Sg Besi...ke depan hotel semula...pusing ke Serdang semula...ayoooo!! Macamana boleh silap ambil lorong pun aku tak tau...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, December 10, 2009

Tetamu Minggu Ini...

Sejak cik abang bekerja di Melaka...ibu mertua ku dah lama tak bermalam di rumah ku.

Isnin lepas cik abang telefon memberitau MIL akan sampai ke rumahku malam nanti kerana adik ipar ku ada seminar di KL.

Hari Selasa...kami tak ke mana-mana...aku cuma menjalankan aktiviti merapatkan lagi hubungan dengan MIL...mencari uban...sambil berbual2....heheheh...

Menu hari itu ialah rebung masak lemak cili padi dengan daging...dah berkali2 aku balik Melaka MIL menyebut2 dah lama dia tak makan rebung masak lemak cili padi. Berselera sungguh aku tengok dia makan bersama dengan ikan asin.



gambar ihsan dari flicker...


Hari Rabu...awal pagi lagi MIL dah bersuara nak ajak aku pergi beli bunga orkid....

Jadi balik dari ambil Fareez di sekolah agama...aku dan MIL ronda2 ke Sungai Buloh...







Cantik-cantik kan orkid yang ada kat kedai tu...


Tengahari pula kami ke Seksyen 7 untuk makan Nasi Kabsah...sedap tapi nasi dia macam sejuk sikit. Makan tengahari kali ini Ude yang belanja...


Disebabkan ramai anak2 yang pergi...riuh rendah jadinya dalam kereta kerana mereka bergaduh...dari dalam kereta hingga ke kedai makan...dan disambung semula semasa dlm perjalanan balik ke rumah.
Fenin lah...Fenin kepala ana dibuatnya...




Dah makan separuh jalan baru ingat nak amik gambar...hehehe...nasi yang aku order ialah Lamb Kabsah...sedappp!!


Hari Khamis...hari ni...sekali lagi aku tak ke mana2 bersama MIL...sebab dia dah serik bawak bebudak tu pi jenjalan...sakit tekak dibuatnya....


Jadi hari ni aku memasak untuk makan tengahari sebelum mereka berangkat pulang. Menu hari ini ialah....




Telur asin masak lemak cili padi...lawannya......sambal belacan tomato....memang beselera betul. Maklumlah MIL dah lama tak makan masakan2 kampung macam tu.

Tengahari tadi mereka berangkat balik ke Melaka...





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Sunday, December 6, 2009

Bagai Tulang Belakangnya..

Orang selalu berkata....


'Di sebalik kejayaan seorang lelaki itu ada seorang wanita...dan di sebalik kejayaan suami ada seorang isteri...'


dan...


Itulah yang selalu dikatakan oleh suamiku kepada aku...dia sering memberitau siapa sahaja...bahawa aku adalah tulang belakangnya...akulah pendorongnya...dan akulah yang sering membakar semangatnya. Aku adalah orang yang selalu memberikan dia semangat untuk terus bangun bila dia tersungkur jatuh...dan akulah orang yang sentiasa memberikan dia kekuatan untuk terus menongkah arus perjalanan dlm menempuh apa jua dugaan....

namun...


ada ketikanya...aku juga bagai tersungkur...terasa begitu lemah untuk terus bangun...terasa diri bagai tak berdaya untuk berlari semula...

tapi...

Pada siapa harus ku mengadu..?

mungkin tidak pada dia...kerana aku bimbang ...kalau aku rebah...dia akan rebah bersama...kalau aku katakan aku sudah mengalah...maka dialah orang yang paling berdukacita...

Kini...

Aku hanya ada DIA untuk terus mengadu...untuk aku terus berdoa ...untuk aku terus mengharap...agar diberikan aku kekuatan untuk terus menjadi pendorong padanya...kerana aku bagai tulang belakang baginya...


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, December 4, 2009

Buat Renungan...

Artikel diambil dari sebuah majalah...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya...


" Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10) perkara "



HAK KEPADA DIRI

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


HAK KEPADA MALAIKAT MAUT...

Mengqadahakkan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang telah kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.


HAK KEPADA KUBUR...

Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


HAK KEPADA MUNKAR DAN NANKIR...

Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati



HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YG MERENTANGI NERAKA)

Membuang tabiat suka mengumpatm bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Menangis lantaran takutkan ALLAH SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah samada secara terang-terangan atau sembunyi dan memperelokan akhlak.


HAK KEPADA RIDWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Berasa redha dengan Qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas
nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.


HAK KEPADA NABI S.A.W.

Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan ALLAH.


HAK KEPADA ALLAH SUBHANAWATA'ALA

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah kepada yang mungkar, menyu,ai ketaatan dan membenci kemaksiatan...










...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
Related Posts with Thumbnails