Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, February 18, 2009

Ude oh Ude...

Minggu lepas masa aku balik ke Melaka bersama cik abang...aku sempat mengemaskan rak-rak buku lama ku di dalam bilik...sedang sibuk berkemas aku terjumpa buku skrap Ude semasa dia di TKC dulu.

Membuka lembaran2 mukasurat buku skrap tu...membuatkan aku tersenyum....betapa segala barang2 atau apa sahaja yang dia miliki yang boleh dijadikan kenangan disimpan dalam buku tersebut....




Label kaset yang dibeli semasa di sana....dia ni peminat fanatik SRK....






Tali jam tangan pemberian ayahnya yang dah rosak disimpan juga...




Pasti ramai yang masih ingat pada kumpulan ini...Kumpulan A to Z

yang begitu terkenal satu masa dulu dengan lagunya Itek Gembo Gembo...


Kumpulan ini merupakan kumpulan kegemaran Ude & Farhan ketika itu....

Dia minat sangat ngan CHAP tu...



Peket cokelat Crunchie pun disimpannya...heheheh....Dulu harga baru RM2.00 sekarang tak tau berapa dah....


Resit pembelian barang2 & tiket2 konsert serta tiket wayang juga dilekatkan dalam buku ni...




...dan juga kad-kad pemberian kawan2...


...semuanya buat aku tersenyum sendiri ...terasa yang anak aku ni dalam brutal2

jiwa dia begitu sentimental ...
tapi tiba di satu lembaran...
aku tergolek2 ketawa bagai nak pecah perut...
Luahan hati dia pada bintang filem Hindustan
kesayangannya
Sh*h Rukh Kh*an... (OD jangan jeles ye...heheheh)



(sila klik utk besarkan image)


Patutlah sampai sekarang dia belum ada boipren lagik...rupanya hatinya telah dicuri oleh si pelakon ini....


Hahahahahah...syian anak aku ni...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

39 comments:

Zareda Norman said...

kak ani..

cakap kay uda.. don worry.. SRK ada 3 lagik kosong.. huhuhu lariksss...

^ez^ said...

mmg fanatik betul uda ngan srk.tergelak2 saya baca luahan hati tu.hihihi (*0*)

buku camtu mmg jadi kenangan kan..kdg2 ez pun ada gak simpan lagi buku2 yg ada sentimental value camtu..

Neeza Shahril said...

hehehee... tak sangka Ude macam tu..
tapi neeza suka sebab neeza suka orang yang ingat dan simpan kenangan2 lama yang best untuk diingat..

pssttt.. Kak Anie, Ude tak marah ke akak usik barang dia?? hehehe..

Unknown said...

Hmm... masalah ni. Camana nak buat ni? Kena tanya kat SRK ni, sapa dia lebih sayang. Opah De ke Ude? He he he... sabar aje aku. Real-real punya luahan hati. InsyaALLAH, satu hari nanti, orang yang lebih baik daripada SRK akan datang membuatkan hati Ude bergetar. Percayalah cakap opah de.

Kak Elle said...

anie cute nya ude takde gambar bf terselit ke?

Ummi365 said...

kalau ummi buat macam tu kat barang kakak.. mesti kena marah hehehe..

azny said...

hi kak anie...terima ksh sbb bagi tau cara nk cari kawan dlm blog ni..terima ksh bebanyak ye..rai tu penin azny tp pas k.anie bagi tau azny dah pandai..bleh x azny nk jadi kwn k.anie?

iina said...

wah kak jiwang ye dia hehehehe.. cinta pandang pertama takkan lupa tau kak ;) masa SK dapat dato' ari tu dia tak pergi tgk ke?

Laracroft74 said...

bagusla ude nie...rajin buat scrap book pastu simpan lagi sampai sekarang...apa kata kak anie pun buat macam dia..at least esok boleh anak cucu baca...

tulipurple said...

sy salute uda!!tabik springg wooo!
patut lah dia keje ngan lescoupaqe..dia mmg creative.org kata yg brutal2 nie sebenaunye lg sensitip dan berjiwa sentimental...hehe.
wahhhh...nnt tak lama lg uda dpt lah title 'datin' ek...hehe.

+sy tunggu apa reaction uda bila baca N3 nie..huhu

PINATBATE said...

hehehe..
suka lah kat DATIN Ude ni...very creative..tapi bab luahan hati kat SRK tu..memang gelak menggigil lah..hikhikhik..

Tirana said...

hehehe..habis rahsia Ude..mama dah bocorkan di sini..

ida napi said...

kak anie tergelak tergolek? tak baik tau nanti ude kata lagi kak anie ibu kejam n zalim...huhuhu

Anonymous said...

kak anie teruk tau... sian kat ude luahan rahsia hati dia terpampang buat tatapan. tapi bila baca kelakarlah pula..heheheh.

ude ude.. jiwang jugak anak dara kak anie ni :) takpe nnt datanglah lelaki idaman dia tu kak.

tang brg2 yg ude simpan tu saya skeeee sbb saya pun camtu. bukan apa tu... menghargai pemberian org & juga duit yg telah kita belanjakan..hik.

kak... leh tanya kat ude tak, dvd movie upin & ipin takde jual ke :D?

MOKCIK AZWA said...

kah kah kah

tergolek2 gelak baca puisi utk SRK ittewww... teringat masa remaja dulu memang selalu gak buat puisi cenggitu huhuhuhu...

Unknown said...

hahahahha..

siap ada puisi untuk SRK tuh. Cayalah Ude.

p/s: kak, satu ketika saya juga peminat fanatik SRK nih kak. Hampir semua vcd dia saya ada dulu, dari filem pertama dia. Ada gak buku skrap mengenai dia, dari gambar dia kahwin, gambar anak2 dia. Sampai masa hari pertunangan saya pun, gambar dia kat bilik saya tak buka, mak saya bising giler masa tuh..huhu. Tp skrg tak tahu kemana buku skrap tuh. Mak saya buang kot kat rumah tuh..huhu. Tapi tak leh lawan Udelah, siap buat puisi tuh..hihihi.

saya said...

owhhh...scrap book.. muda2 dulu suka gak. dah tua2 ni kumpul bill aje la. hehehe...

aNIe said...

Zar...hahaha...dia tak ingin dah sekarang...minat2 gitu je dah...yang paling tak tahan dia kata SRK banyak melanggar larangan yang maha Esa...adoiii...

-----------------------------

Ez...tulah...dulu kalau balik sini aje...asyik layan lagu industan...fenin akak...

Buku skrap tu dah disimpan aje buat kenangan...sekarang dia tak buat lagi dah...

-----------------------------

Neeza...dia tak marah dah akak tengok buku tu...dia siap bagi akak amik gambar lagi...bagi dia tu semua kenangan lampau yang buat dia ketawa berdekah2 bila membacanya semula...jiwang gilosss....

-----------------------------

OD...hahahhaa....tulah pasal...dua2 minat giler...tapi selepas SRK...hati dia bergetar dgn Mawi...tapi Mawi dah kawin lah pulak...sekarang ni...lom ade yang menambat hati dia...hehehehe

----------------------------

Kak elle...gambar bf takde lah pulak...memang dia takde bf masa tu...

----------------------------

Ummi...dulu memang buku tu akak tak dpt tengok...tapi bila dia dah dewasa...semua tu jadi kenangan masa remaja...dah tak kesah dah kalau kita baca...dia pun golek2 ketawa masa sama2 membaca coretan dia tu...adoii...

Dah mintak izin dia nak buat entry...heheheh

-----------------------------

azny...dalam dunia blogging ni ramai yang boleh kita buat kawan...apa salahnya kita menambah kawan2 di alam siber ni...boleh aje jadi kawan akak...nanti akak tambah link azny pada blog akak ye...

-----------------------------

ina...sekarang dia dah tak kuasa nak pi tengok dah...dia kata buat buang masa aje...dah tak ingin dah dia ngan SRK tu...tu cinta monyet dia kot...hahahaha...

-----------------------------

Laracroft...dulu akak ada buat buku skrap...kompilasi gambar2 hero Industan jugak...tapi sekarang ntah kemana perginya...rasanya arwah mak akak dah balingkan kemana ntah...

Agaknya Ude ikut akak kot...minat Industan...hehehe

-----------------------------

Tulip...memang dia kreatif...dulu kalau kad Mother day atau kad Birthday akak dan adik2 dia semua dia buat sendiri...memang cantik...

Akak dah tunjukkan dah entry ni...dia ketawa 'golek'2

'Dah lah ibu ni...sakit perut Ude tau...Jahat eh...'

------------------------------

Pinatbate...tu lah pasal...yang akak tak tahan...siap kata 'Kau juga banyak melanggar larangan yang Maha Esa'....hahahahah

------------------------------

Tirana...mak dia bocorkan takpe...dia pun jadi gelihati camaner le dia boleh tulis sampai camtu sekali...

Dia nak letak kat blog dia malu...biar ibu dia letak...hahahha

---------------------------

Idahani...hahahah...dah dpt izin...

Tu luahan hati dia masa dia remaja dulu...ntah aper giler sgt kat SRK tu...

Kalau dia ada anak nanti mesti anak dia pun golek2 ketawakan dia...

----------------------------

Ayu_mkay...

Luahan hati dia tu dah bukan rahsia lagi...dia dah bacakan pada mak2 sedara dia jugak...bagi dia benda tu dah jadi kelakar sebab dia pun heran camaner ler dia boleh tulis benda2 merapu tu...hahahaha

Akak pun sama ...apa aje pemberian orang akak simpan...biarpun tak berapa suka...tapi pemberian orang mestilah dihargai...

DVD cerita Geng takde lagik...tapi kalau episod2 kat TV tu adalah...

------------------------------

Azwa...tu puisi dia masa mengong ...hahahha...sekarang ni dia dah tak heran dah lagi ngan SRK tu...cuma minat gitu2 je

------------------------------

Yus...wah!! sama lah ngan Ude...banyaknya dia simpan gambar SRK tu dulu...

Akak dah lama tak tengok Industan...sampailah Ude suruh akak tengok Kuch2 Hota Hai...pastu berjangkit tengok Dilwale...dan semua filem2 SRK...tapi lepas SRK...akak dah tak berapa minat lagi citer Industan...cuma abang je minat...dia minat Amitabh Bachan...sampai sekarang pun minat lagik....heheheh

--------------------------

Saya...kumpul bill sebab nak claim ke...? ...heheheh

Mama Rock said...

kak anie, i still keep my scrap book dari zaman mrsm lagi. the scrap book di siapkan masa form 5...and now i am 43, dah dekat 26 tahun tu!

cikceriacorner said...

hehehe..kak anie..kalo ude tau....heheheh
tp ude mempunyai idola yg sama mcm sy kump A to Z..ehhehe..kalo ngantuk bile time study, sy akan tgk muka abg2 tu tetibe jadi x ngantuk plak..heheeh...

Memey Anuar said...

dan kau juga banyak melanggar larangan yang maha esa?

hehehe bagus ude ni.
klaka la kak anieeee

Mak Su said...

tak sangka ya, anak kak anie simpan barang2 dia begitu, kalau saya tu, semuanya saya dah buang dah.

saya ni, tak dak jiwa sentimental
:(

KV said...

oh, ude jatuh chinta ngan SRK yer. Hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

bagus anak akak tuuuu....pandai dia, leh wat kenangan semua tu kak.....sy pun suka belek2 buku lame zaman2 sy sekolah rendah dulu....tapi x tau la camane dah brg2 tu semua, maklumlah...mak pun dah duk kl, umah kat kg sekali sekala jer kami jenguk....tu pun x sempat nak menyelongkar brg2 lame....

zue said...

barang2 lama anak2 zue semuanya dah 'surat kabar lama'
tak tahan berserak je bilik dia org.

simah said...

masa zaman dulu semua zaman buku scrap.. la ni semua masuk internet...tapi bila jumpa semua kenangan lama mcm tu.. memang special kan akak? bole la perli si tuan punya buku scrap sama.. :0)

akak apa khabar? sihat=? sori lama tak blog hop...

:::jillian de jill::: said...

kak anie...

waaaaaaaaa... anak akak punya rupanya...

ops...salam ziarah ye

teruja sgt...

dulu saya pun da buat gini... tp bila tak de tempat nka letak brg saya tapis dan buang yang mana tidak berkenaan... bila tgk entry akka..rasa nyesal pulak... sbb macam macam yg saya gile kan masa muda remaja dulu...

NJ@Goboklama said...

waheii....sejibik perangai anak buah sy,dlm brutalnya ada gak sentimental tu,hihii...

Masy said...

akakk!!! ahahahahaha jahat tauuu ubuh surat ude kat sini hahahah sian dia!! klu sy mesti dah guling2 malu hahahaha

small gun said...

Apasal dia x stick gambar mak dia eh?

aNIe said...

Mamarock...lamanya buku tu...dah 26 tahun...

Akak tak buat scrapbook...tapi simpan autograph...ingat tak dulu sibuk ngan buku autograph tu...

----------------------------

Ez...Ude tak kisah dah...dia tau...masa amik gambar ni pun dia ada sebab dah bawak balik scrap book tu balik sini...dia baca gelak2...terasa betapa mengongnya dia masa tu

----------------------------

memey...tulah...masa baca ayat tu...kitorang terbahak2 ketawa...

---------------------------

Maksu...hehehe...kalau wrappers kita buanglah ye...tapi kalau yang boleh disimpan tu...kita simpanlah ye...

----------------------------

KV...cinta zaman remaja tu...

----------------------------

rafflesia...sayang kan...buku2 tu kalau di simpan jadi kenangan...boleh bukak2 dan baca sebab kadang kita tak ingat apa yang kita buat masa usia kita diperingkat itu

-----------------------------

zue...barang2 ude tu tahan lama sebab dia simpan masa kat kolej...masuk itm pun dia simpan...jadi memang ada dgn dia sepanjang masa...

-----------------------------

simah...alhamdulillah akak sihat...dan harap simah pun begitu juga...

Memang...apa yang kita simpan diinternet cuma image...tapi ni semuanya real...tak teringat pulak nak buat camtu dulu...kalau tak boleh belek2 semula...hehehe

------------------------

hi xillix...salam kenal...

Barang2 yang kita simpan masa zaman remaja dulu boleh menjadi kenangan yang buat kita tersenyum membacanya...

Terasa sayang bila benda2 tu semua dah kita buang dari simpanan..

-------------------------

goboklama...tulah...bairpun dia nampak brutal...tapi jiwanya halus...

-------------------------

Masy...bagi Ude...benda2 tu semua dah jadi sejarah...segala apa yang ditulis dah jadi bahan gelak dia memikirkan camaner dia dizaman remaja dulu...

---------------------------

smallgun...gambar mak dia dlm purse dia je...heheheh

Mamamanja said...

adeh.. kelakar lah ude.
MM pun dulu peminat fanatik SRK juga.
tapi sejak SRK dah tua ni cam kureng sket heheheh

Anonymous said...

Bab UdeShah tu yang tak tahan tu... memang peminat SRK no 1 ni.

Takde scrap book khas untuk SRK ke? ;)

P/S: Teringat dulu2 kat KLCC penah tengok shooting Bollywood..

Sastri said...

aowwwwww... ude... sangat comellll apa yang dia buat...

kak, nanti kalau kita jumpa, nak jumpa ude gak la... *hugs* untuk akak dan ude... :)

aNIe said...

Mamamanja...tulah...kelakar sungguh...akak ngan dia gelak tak hengat masa dia membaca semula kata2 dia tu...

Sekarang dia pun dah kureng minat ngan SRK dah...

--------------------------

Ida...tulah...memang peminat fanatik...selepas tengok Kuch2 Hota Hai...habis segala dvd SRK lama2 diborongnya...

----------------------------

sastri...jom le nanti boleh jumpa kan?...hehehe...ntah bila le tu dapat jumpa...

Anonymous said...

hai kak anie...satu lagi azny nk tanya bleh..cam ner nk wat ruangan sembang2 tu..azny dah puas cari tp x gak jumpe..

Anonymous said...

terima kasih akak...azny sebenar nya byk x tau psl blog ni...bla dah tau suka plak..tambah2 dpt kwn cam akak..mmg happy..

Unknown said...

hehe..untuk semua kawan blog kak anie, a.k.a ibu saya..hehe..luahan hati SRK tuh saje jer..mase tuh zaman jahiliah lagi..hehe,,skrang masih kumpul barang jugak..kumpul tiket wayang..dah banyak dah~hehe..malu jer~

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. lawak ler ude...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails