Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, June 17, 2011

Bahagialah Sudah Nora Elena...

Semalam petang tamatlah sudah drama yang sedang hangat diperkatakan akhir2 ini... Nora Elena...



Hero dan heroin Drama Nora Elena...


Ramai yang menanti setiap petang untuk slot Akasia untuk menonton siri drama kehidupan Seth Tan dan Nora Elena.

Terlalu besar pengaruhnya drama adaptasi dari novel 'Kasih Yang Suci' ini hingga menyebabkan novel tersebut laris di pasaran.

Petang itu kebetulan Ude  ke Karangkraf  dia bertanyakan novel tersebut...

'Habis dah kak... tadi baru habis'

Dengar khabar novel itu telah diulang cetak berkali2 impak dari drama yang bualan hangat.  Rezeki penulisnya kan? Alhamdulillah...

Aku bukan seorang pengkritik drama... jadi aku takmo nak kritik apa- apa...

Bagi aku drama itu mampu membuatkan orang jatuh cinta dengan Seth Tan kerana watak dia sebagai suami yang penyayang... penyabar dan romantik.

Tapi tak payahlah kita pulak berangan suami2 kita nak belikan bunga yang banyak macam dibuat oleh si Seth tu... amik duit tu pergi bawak anak2 jenjalan... makan2 satu famili lagik best...

Semalam... episod cerita Nora Elena dan Seth Tan... berakhir...

Apa yang aku rasa ialah akhir cerita ini akak terlalu pantas....

Walaupun kita dpt andaikan Seth dan Nora hidup bahagia bersama anak mereka...tapi macam terlalu cepat babak2 akhir tu...macam tak puas.

Kalau ikut arwah mak dulu... dan ibu mertua ku... dia mesti tak berapa suka pengakhiran cerita macam tu...

Arwah mak mesti cakap....

'Tak baguslah cerita dia ...tak khusus.... orang tunjuklah... kawan dia tu kawin tak dengan Insp. Amir tu.  Kawan dia yang Nilawati tu pun tak tunjuk dia bicara... tunjukkanlah laki dia kena bicara.  Lepas tu... dia tak tunjukkan si Nora tu mintak maaf sebab kat laki dia sebab cakap laki dia macam2....'

Heheheh...

Arwah mak dan mertua aku ... kalau tengok drama atau apa jua cerita... kalau betul orang tu kawin... nak kena tunjuk orang tu bersanding kat pelamin atau dinikahkan.. kena tunjukkan pengakhiran semua watak dalam cerita tu...

Maksudnya.. yang jahat mesti dilihat kena hukum... yang bercinta mesti dilihat berkahwin... yang sakit kalau nak baik tunjuklah dah sembuh... kalau tak tunjukkanlah dah meninggal...

Kita memang dah terbiasa dan memang mengharapkan apa jua drama berakhir dengan kegembiraan... kalau tak mesti rasa tak puas hati...

Macam drama semalam... biarpun terasa terlalu cepat babak2 akhir tu...tapi aku puashati....







...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Acik Erna said...

anie..kalau diikutkan..mau berjela2 cerita nora elena tu..macam cerita indonesia tu..he he..

aNIe said...

Kak ... kalau dah panjang macam tu ...kita pulak yang tak sabar nak tunggu apa akhirnya.. last2 jadi malas nak tengok...

ibundo said...

salam anie,
tak dapat nak komen sebab tak tengok hehe..

nanonano said...

betul tu kak,
sy pun jarang tgk citer ni,
tahu2 dah ending pun?
cptnye? citer ni ramai penengok setia tiap2 ptg,
rating tv3 tggi,
tp mcm rugi sgt2 sbb jln citer xpjg,
huhu

aNIe said...

Ibundo...hehehe... sebab slot tayangannya waktu maghrib...

-----------------

Nanonano... kalau dah panjang berjela sangat nanti penat menanti...hehehe

Zaitun said...

Kak Zai jarang tengok drama kat tv,bila orang dah cakap2 barulah sibuk nak tengok itu pun separuh jalan.

secangkir madu merah said...

waktu siarannya sungguh saya tidak setuju.. ditayang pada waktu maghrib, waktu org sibuk nak bersiap2 menunaikan kewajipan, solat pun boleh jadi tak sempurna bila hati nak cepat2 habiskan solat sebb takut terlepas drama ni.. saya jarang dapat tengok..

aNIe said...

Kak Zai...tulah pasal... kadang kita tak tgk tapi bila dah sibuk2 baru kita nak tengok separuh jalan

-------------

SMM... betul tu...ramai yang komplen waktu tayangan slot Akasia... patutnya pada waktu tersebut di isi dengan cerita kartun...

oren said...

hahaha..dah tak kalut ngadap tv kul 7 mlm..lega..

Anna said...

Kak Anie, saya suka sgt dah abis..mana tak hari2 terkocoh2 mengejar nora elena..balik nak masak pun sambil tgk2..mujur hsbd sporting abis, dipindahkan tv bilik letak dapur..tu smata2 nora elena..bila abis..waah..sungguh lega..apalagi happy ending..kan?

Mulan said...

betol betol betol... saya pon kalo ending citer tu, mesti ada titik noktah yg mantap.. kawin kena bersanding, ngandong kena nampak baby... kalo tak, rasa tak puas hati.. mcm citer korea... rasa tak abis je.. tapi tengok jugak..

Unknown said...

tak layan sangat cerita ni..org kata best ek

aNIe said...

Oren...dah tak kelam kabut lagik kan?

---------------

Anna...betul tu..happy ending semua orang suka...akak pun suka... selalunya kalau keluar kelam kabut nak balik time tu...

----------------

aNIe said...

Mulan...kita sama aje...hehehe... mesti nak tgk happy ending...

---------------

Ina...memang best... sebab aaron aziz pulak yang berlakon... romantik gitu

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails