Hero dan heroin Drama Nora Elena...
Ramai yang menanti setiap petang untuk slot Akasia untuk menonton siri drama kehidupan Seth Tan dan Nora Elena.
Terlalu besar pengaruhnya drama adaptasi dari novel 'Kasih Yang Suci' ini hingga menyebabkan novel tersebut laris di pasaran.
Petang itu kebetulan Ude ke Karangkraf dia bertanyakan novel tersebut...
'Habis dah kak... tadi baru habis'
Dengar khabar novel itu telah diulang cetak berkali2 impak dari drama yang bualan hangat. Rezeki penulisnya kan? Alhamdulillah...
Aku bukan seorang pengkritik drama... jadi aku takmo nak kritik apa- apa...
Bagi aku drama itu mampu membuatkan orang jatuh cinta dengan Seth Tan kerana watak dia sebagai suami yang penyayang... penyabar dan romantik.
Tapi tak payahlah kita pulak berangan suami2 kita nak belikan bunga yang banyak macam dibuat oleh si Seth tu... amik duit tu pergi bawak anak2 jenjalan... makan2 satu famili lagik best...
Semalam... episod cerita Nora Elena dan Seth Tan... berakhir...
Apa yang aku rasa ialah akhir cerita ini akak terlalu pantas....
Walaupun kita dpt andaikan Seth dan Nora hidup bahagia bersama anak mereka...tapi macam terlalu cepat babak2 akhir tu...macam tak puas.
Kalau ikut arwah mak dulu... dan ibu mertua ku... dia mesti tak berapa suka pengakhiran cerita macam tu...
Arwah mak mesti cakap....
'Tak baguslah cerita dia ...tak khusus.... orang tunjuklah... kawan dia tu kawin tak dengan Insp. Amir tu. Kawan dia yang Nilawati tu pun tak tunjuk dia bicara... tunjukkanlah laki dia kena bicara. Lepas tu... dia tak tunjukkan si Nora tu mintak maaf sebab kat laki dia sebab cakap laki dia macam2....'
Heheheh...
Arwah mak dan mertua aku ... kalau tengok drama atau apa jua cerita... kalau betul orang tu kawin... nak kena tunjuk orang tu bersanding kat pelamin atau dinikahkan.. kena tunjukkan pengakhiran semua watak dalam cerita tu...
Maksudnya.. yang jahat mesti dilihat kena hukum... yang bercinta mesti dilihat berkahwin... yang sakit kalau nak baik tunjuklah dah sembuh... kalau tak tunjukkanlah dah meninggal...
Kita memang dah terbiasa dan memang mengharapkan apa jua drama berakhir dengan kegembiraan... kalau tak mesti rasa tak puas hati...
Macam drama semalam... biarpun terasa terlalu cepat babak2 akhir tu...tapi aku puashati....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
14 comments:
anie..kalau diikutkan..mau berjela2 cerita nora elena tu..macam cerita indonesia tu..he he..
Kak ... kalau dah panjang macam tu ...kita pulak yang tak sabar nak tunggu apa akhirnya.. last2 jadi malas nak tengok...
salam anie,
tak dapat nak komen sebab tak tengok hehe..
betul tu kak,
sy pun jarang tgk citer ni,
tahu2 dah ending pun?
cptnye? citer ni ramai penengok setia tiap2 ptg,
rating tv3 tggi,
tp mcm rugi sgt2 sbb jln citer xpjg,
huhu
Ibundo...hehehe... sebab slot tayangannya waktu maghrib...
-----------------
Nanonano... kalau dah panjang berjela sangat nanti penat menanti...hehehe
Kak Zai jarang tengok drama kat tv,bila orang dah cakap2 barulah sibuk nak tengok itu pun separuh jalan.
waktu siarannya sungguh saya tidak setuju.. ditayang pada waktu maghrib, waktu org sibuk nak bersiap2 menunaikan kewajipan, solat pun boleh jadi tak sempurna bila hati nak cepat2 habiskan solat sebb takut terlepas drama ni.. saya jarang dapat tengok..
Kak Zai...tulah pasal... kadang kita tak tgk tapi bila dah sibuk2 baru kita nak tengok separuh jalan
-------------
SMM... betul tu...ramai yang komplen waktu tayangan slot Akasia... patutnya pada waktu tersebut di isi dengan cerita kartun...
hahaha..dah tak kalut ngadap tv kul 7 mlm..lega..
Kak Anie, saya suka sgt dah abis..mana tak hari2 terkocoh2 mengejar nora elena..balik nak masak pun sambil tgk2..mujur hsbd sporting abis, dipindahkan tv bilik letak dapur..tu smata2 nora elena..bila abis..waah..sungguh lega..apalagi happy ending..kan?
betol betol betol... saya pon kalo ending citer tu, mesti ada titik noktah yg mantap.. kawin kena bersanding, ngandong kena nampak baby... kalo tak, rasa tak puas hati.. mcm citer korea... rasa tak abis je.. tapi tengok jugak..
tak layan sangat cerita ni..org kata best ek
Oren...dah tak kelam kabut lagik kan?
---------------
Anna...betul tu..happy ending semua orang suka...akak pun suka... selalunya kalau keluar kelam kabut nak balik time tu...
----------------
Mulan...kita sama aje...hehehe... mesti nak tgk happy ending...
---------------
Ina...memang best... sebab aaron aziz pulak yang berlakon... romantik gitu
Post a Comment