Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, June 17, 2011

Empat Punca Hati Tidak Tenang...

Assalamualaikum...

Sebelum terlupa... aku ingin mengucapkan terima kasih pada semua 'followers' baru blog aku... kadang2 aku tak perasan pun... tiba2 dah bertambah 4 -5 orang...

Terima kasih sekali lagi kerana sudi mengikuti blog aku...

Dan untuk renungan di hari Jumaat yang mulia ini... aku kongsikan bersama email yang aku dapat dari seorang sahabat...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Dalam kehidupan hari ini yang serba mencabar, tidak mustahil kita akan mengalami tekanan bila berhadapan kerenah manusia sama ada di rumah, di tempat kerja dan anak-anak. Jika dalam entry yang lepas, kita dianjurkan mengamalkan doa pagi, petang bagi mengatasi masalah jiwa, kali ini dikongsikan petua untuk mengelak tekanan dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Menurut Ustaz Zahazan, ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan dan empat perkara itu adalah:



Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.

Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: 


“Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta.” 


(Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).



Kedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: 


“Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”




Ketiga: Bersikap iri hati, dendam dan dengki

memmpunyai sikap iri hati sesama manusia serta muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud:


 “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.”

Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


 “Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.”


Keempat: Berpaling daripada mengingati Allah.

Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud:


 “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.”

Demikian empat perkara disebut ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu, Insya-Allah hidup akan tenang. Wallahua’lam.




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

3 comments:

shafarina said...

terima kasih kak anie :)

cuci hati sikit ni

Acik Erna said...

anie..terima kasih.

Ati Masrif said...

4 perkara yg patuu kita elak

tapi bersungut tu kadang2 ati
terbuat juga :)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails