Memang dah lama teringin nak masuk ke mahligai indah Tuan Hj Burhanuddin dan isterinya Pn. Ainon.
Kalau dari luar memang rumahnya sangatlah cantik... dihiasi pula dengan deruan air terjun yang dibina berdekatan dengan rumahnya membuatkan hati begitu teruja untuk ke jamuan makan malam semalam.
Jamuan makan malam tersebut dibuat untuk staff2nya dan mereka yang telah bertungkus lumus atas kejayaan Karnival Upin Ipin di Shah Alam Convention Centre tempoh hari... entry di sini...
Sampai sahaja di sana... orang dah ramai masa tu... siap ada pentas persembahan... dan yang jadi pengacara malam tadi ialah... Roslan Shah... memang entertaining.
Orang yang pertama aku jumpa ialah Pn Ainon... setelah bersalaman... kami dipersilakan makan.
Macam2 ade... yang paling best... ada kambing bakar... my feveret you....!!
Ada juga nasi ayam & itek...dan pasti itek menjadi pilihanku... Satay juga tidak ketinggalan...
Kemudian aku bertemu dengan biras pada Pn Ainon..Syidah...
Syidah adalah pembaca setia blog ku... pada mulanya aku malu2... segan dengannya... tapi rupanya dia telah mengikuti blogku dan adikku Sya sejak lama dulu..
Kami berbual seperti dah kenal lama... maklumlah semua kawan2 blog ku dikenalinya...
Sambil berbual sambil kami dihiburkan oleh kakitangan Les Copaque yang berkaroke dan macam2 lagi gelagat Roslan Shah yang menghiburkan hati...
Kemudian aku terlihat kelibat Siti Saedah... kakak penyanyi No. 1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza...
Memang cantik dan manis orangnya...
Syidah kemudian duduk di meja bersama Saedah dan melayannya.
Aku terus memberi isyarat pada Syidah yang ingin bergambar dengannya & Saedah... bila aku duduk saja bersama di meja Saedah... dan Ude ready dengan kameranya.. tiba2 si kecik dah menyelit...hahaha... memang budak sorang ni pantang tengok wanita yang cantik lah....
Selesai bergambar aku berbual2 dengan Saedah... orangnya cantik...lembut dan peramah.
Aku memperkenalkan dia dengan si kecik aku ....
'Ni Fareez... anak bongsu akak...'
Dia terus bersalam ngan si kecik dan memegang2 si kecik yang tersipu2 malu...
'Geramnya kak... dia makan apa...'
'Hehehe... makan nasilah Saedah...'
'Sukanya saya tengok... anak saya kecik2 je....'
'Alah... tengoklah pulak mak dia... mak dia pun kecik...slim je...tentulah anak2 pun kecik...'
Yang gelihati... sambil berbual dia terus memegang tangan Fareez...
Geram katanya...
Bukan main seronok lagi si kecik tu....
Sebelum pulang anak2 aku sempat lagi posing2 kat swimming pool tuan rumah tu...
Bebudak ni....asalkan nampak tempat yang cantik... tak abis2 nak posing...
Kami pulang dengan perut yang kenyang....
Alhamdulillah tuanrumah...
Terima kasih daun keladi... kalau ada majlis nanti jemputlah lagi...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
8 comments:
anie..tengok gambar pun dah tau kan..memang manis orangnya..
akak masa mula2 tengok dia masuk AF pun dah kata dah..kalah siti..he he..masa tu..cakap dengan anak2 sedar...
sikecik anie tu pun apa kurangnya..tersenyum simpul tu..he he..
saedah ni kecik aje orgnya kan, tak padan dgn anak 4 hehehhe.. zar pernah jumpa dia masa geng motor pi pesta harley davidson, dia ni geng motor jugak..
seronoknya Kak..;)
Rezeki fareez kena pegang hehehe.. mesti dia senyum xsudah2 kan hehehe ;)
Kak....memang si kecik tu tersenyum simpul je...suka sangat...
Kak...masa jumpa dia tu...dia tak makeup langsung...tapi masih cantik
----------------
Zar...tulah pasal...memang dia kecik je... tak padan dengan anak empat...hehehe
---------------
Pinatbate...seronok... malu masa kena layan dia berbual tu...sebab tak tau nak bual apa...hahaha
--------------
iina...memang senyum je... mata kejap2 pandang kat orang tu...maklumlah orang tu cantik
suke sikecik akak tu senyum malu2 tu bergambar dgn artis comey cam tu...
Sesekali jumpa penyanyi best juga.Siti lebih tembam dari kakaknya saedah kan.
Kambing bakar ....sedapnyaaa.....
ainnoraini... dia memang suka tu..
-----------------
Kak zai..memang pun saedah tu comel je...
Kambing bakar... feveret anie kak...suka sgt...
Post a Comment