Sambil mulut kecoh memanggil si kecik untuk bangun.
Dia terpaksa ke SACC Convention Center untuk menyertai perarakan Animasi di Karnival Upin & Ipin yang akan dirasmikan pada jam 4 ptg nanti.
Walaupun acara tersebut bermula petang... tapi aku terpaksa pergi awal kerana dia dikehendaki berada di sana waktu tengahari untuk bersiap2...
Oleh kerana 2 orang anak sedara aku juga berada di sini ... maka bertuahlah mereka dapat mengikut aku ke sana...
Aku sampai ke SACC Convention Center jam 2 tengahari...terus masuk ke dalam dan menyerahkan Fareez pada kakaknya Ude yang bertugas untuk menyiapkan peserta2 perarakan animasi...
Acara bermula dengan perarakan tersebut lebih kurang jam 4 petang...
Anak2 yang mengambil bahagian dalam perarakan animasi sedang bersiap di lobby SACC...
Persembahan nasyid anak2 dari sebuah rumah anak yatim... meremang bulu roma bila mendengar mereka mendendangkan lagu2 syahdu... airmata bergenang tanpa disedari...
Anak2 kecil ini memang berbakat....
Persembahan pentomen dari anak2 tersebut...
Anak2 kecil yang ku bawa... riang dpt melihat macam2 di sana...
Ada pameran kucing lagik... aku terkekek2 tengok wajah2 kucing2 yang idung penyek ni...
gelihati.. tapi comel sungguh...
Anak2 dah bersiap sedia untuk melihat perarakan Animasi Upin & Ipin...
Anak2 bersama Maskot Mael dan Mei Mei... yang bercermin mata tu adalah penyumbang suara untuk watak Kak Ros yang garang tu... Idaman... gadis kecil comel dan manis... yang berbaju biru itu adalah Arul... penyumbang suara Mael..
Anak2 bersama Maskot Ehsan... ketua murid kelas Upin Ipin di Tadika Mesra... yang bertudung hitam itu adalah penyumbang suara Cikgu Jasmin... (Ude) dan si kecik aku (Fareez) yang menyumbangkan suara Ehsan...
Maskot Upin & Ipin menaiki kereta Rolls Royce ... klasik sungguh kereta itu...
Anak sedaraku bersama Asyiela Putri... suara Upin Ipin...
Bersama Yuki... suara Mei Mei... besarnya cermin mata dia...hehehe...
Bersama Shafiq... suara Jarjit... seronok anak2 tu bila dengar suara Jarjit secara live...
Sebelum beredar... sempat mengambil gambar di Butik U & I... yang menjual barangan2 original Upin & Ipin... terdapat macam2 koleksi untuk anak2 dan peralatan sekolah Upin & Ipin di sana...
Dan pada sesiapa yang nak jadi ahli Kelap Upin dan Ipin juga boleh dilakukan di sini... dpt goody bag lagik...
Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak2 ke sini...
Pasti anak2 akan merasa seronok berada di sana kerana terdapat banyak booth2 jualan yang menarik...
Karnival tersebut akan berlangsung dari 24- 28 Disember ini....
View Larger Map
...
9 comments:
salam anie..memang seronok budak2 kan.,
oo..suara aeez untuk ehsan ye..puas akak mengingatinya bila aimi tanya..
dah tau la dia ni..
wah kak cam best jek karnival nie kan ;)
nak jugak tengok upin ipin dekat2. leh peluk cium heheh
siap poto tu.. nampak meriah utk budak2 la kot hehe
kenapa dah tukar penyumbang suara upin dan ipin tu..bukan fathiah lagi ker...
Bukan budak2 aje yang suka kak Zai pun minat sangat dengan upin n ipin.
Kak...ahah...suara Farez utk ehsan yang jadi ketua darjah tu...
--------------------
iina best... macam2 ada...
--------------------
lindosh... memang best dpt pelu.. lembut je badan dia
-------------------
Zino...budak2 suka... mak budak pun suka...
-------------------
ila... penyumbang suara untuk Upin Ipin tak sambung kontrak dgn syarikat tu
------------------
Kak Zai...memang anie pun suka
waa best nya kalo dpt dtg karnival ni
anak sy yg br 8bln
mmg minat hbs dgn cite upin ipin ni
ermm
kat mn nk dpt brg2 upin ipin ni erk
Post a Comment