Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, May 26, 2015

Cara2 Membuat Telur Asin...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum....

Dulu semasa ke Kuala Pilah untuk menghadiri majlis tahlil arwah adik ipar yg dibuat di sana... acik memborong telur itik 1 papan 30 biji... memula terfikir nak buat apa ye... en hubby cakap buat ler telur asin... so akak pun surf kat internet cara2 membuat telur asin.  Dah 50 tahun baru nak tau buat telur asin...hahahaha.... teruknya..!!!

Selepas 3 minggu baru keluarkan telur2 tu dari air garam dan rebus...

Tadaaaaaa..... 


Cantik kan kuning tu... tp sayang termasin sikit bahagian putihnya...merahnya memang tip top...syedappp...!!

Untuk yang nak resepi ... acik share kat kat sini...


Memula cuci telur bersih2... kemudian lap kering... pastikan telur.telah bersih dari najis.  Kemudian masak air 2 liter dgn 500 gm garam kasar... ikut pd bilangan telur... 

Sejukkan air garam tersebut dahulu... baru masukkan telur tadi... biar air garam menutupi telur... mengikut pesanan sahabat akak cik Milah .. letakkan piring atas telur2 tersebut biar telur2 tenggelam.. kemudian 2 selalu lah terbalikkan telur tersebut supaya merahnya cantik terletak di tengah2.
 
Pastikan tarikh telur tersebut di rendam kerana selepas 2 minggu atau kurang beberapa hari ianya sudah sedia direbus dan dimakan.

Menurut kak Erna pula...kalau nak buat masak lemak cili padi dgn telur ain tersebut... selepas 1 minggu ianya telah boleh digunakan...

Selamat mencuba...


9 comments:

Jehan Bakar said...

Tenkiu!

Ilmu yg bermanfaat ni dah dapat dari sini.

izawani said...

Terima kasih...

Maksudnya kak... kalaulah kita nak makan skit skit... selepas 2 minggu kita keluarkan dari air garam tu semuanya... dan simpan dalam peti macam telur biasa la yer ?

aNIe said...

Assalamualaikum Jehan.... jgn lupa keluarkan.sblm 2 minggu kalau tak nanti masin sgt bhgn putihnya tu

aNIe said...

Izawani...kena keluarkan. ..lepas tu masukkan dlm fridge... sbb takut terlebih masin

Acik Erna said...

Cantik kuning telur asin anie tu..kalau lepas seminggu buat masak lonak cili api sedap tu kan anie

nurazzah8 said...

Salam Kak Anie,
Terimakasih kerana berkongsi resepi telur asin itu di sini ...
akak beli 30 biji tu berapa ringgit kak?
kalau kat pasar Seksyen 6 Shah Alam ni nak beli yang dah siap tu sebiji mahal juga .

dongmei pan said...

Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

Nanung Nur Zula said...

.


tenkiu

KENANGAN ITU BERMUNCULAN KEMBALI


.

Aku, Dia & Rezeki. said...

Makan pembuka selera, khususnya sewaktu bersahur ...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails