Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, January 3, 2013

Selamat Tinggal 2012... Yang Tinggal Hanya Kenangan...

Bismillahirohmanirohim...`

Assalmualaikum

Sekejap saja kita dah berada dalam Tahun 2013...2012 pergi dengan berbagai kenangan pahit manis...

Tahun ni... tak ada apa yang baru bagi aku...

Anak kecil pun dah Tahun 6... jadi aku taklah sesibuk ibubapa yang anak2 akan memulakan persekolahan Tahun Satu ... sehingga sesak dan jem yang amat sangat di sepanjang jalan lebih2 lagi di hadapan sekolah...

Aku jadi hairan pada ibubapa yang sibuk menunggu anak  sehingga habis perhimpunan biarpun anak2 dah pun berada pada tahun 4..5.. dan 6...

Setiap awal tahun... ianya mengimbau kenangan silam...

Kenangan ketika si kecik aku  mula2 masuk sekolah tadika...

Betapa azabnya aku terpaksa mengadap kerenahnya selama seminggu...

Bila membaca entry aku mengenai kisah dia di Tadika... aku masih terasa seolah2 ianya masih baru berlaku....


Ini adalah entry recycle aku semasa dia mula2 ke Tadika...

------------------------------------------------------------------------



 Gambar si kecik di hari pertama ke Tadika...

Lega.....

 Pheeewwww!!!...Lega....

Itu lah rasa hati aku bila aku pergi mengambil anak aku di pre-school tengahari tadi....cikgu dia beritau aku ketika aku melintasi gate sekolah untuk menjemput dia....

'Hari ni Fareez okay...nangis sekejap aje...dah mula mahu bercakap...katanya esok dia takmo menangis lagi...'

'Alhamdullillah....''

Aku tersenyum sambil berlalu masuk ke dalam mencari dia...Dia datang pada ku dengan ceria...

'Ibu...aeez tak nangis lagi.....'

'Aha...camtulah anak ibu ....'

Itu cerita hari ni....dua hari sebelum ini keadaan dia membuatkan aku begitu risau....



Hari 1 :

'Ibu....temankan lah aeez...' pinta dia sebelum sampai lagi di sekolahnya...

'Okay...tapi ibu tak boleh tunggu lama...cikgu tak bagi....'

Sesampai saja di sekolah ...dia naik ke atas...aku pergi settlekan yurannya....tetiba aku dengar suara dia...terjerit-jerit memanggil nama aku...

'Ibuuuuuuuuu.....Ibuuuuu......nak ikut ibu......mana ibu kita.....Tepi lah orang nak pegi kat ibu orang'

Cikgu2 cuba tenteramkan dia tapi dia meronta2...dan aku tak sempat lari utk bersembunyi...sebab dia dah nampak aku lantas menarik baju aku macam nak koyak...menangis-nangis meminta aku masuk dgn dia sekali kat dalam kelas tu....

Alamak...aku dah jadi macam budak tadika plak dok atas kerusi kecit...sedangkan ibu bapa yang lain sorang pun tak menemankan anak mereka....

Pujuk punya pujuk pun masih dia enggan melepaskan aku....dpt saja peluang semasa dia sdg lalai...aku pun terus melarikan diri ke kereta...dan sayup2 aku dengar suara dia terjerit pekik memanggil aku ........ Ibu!....Ibu! ....dan dari jauh juga aku dengar dia menggegar pintu besi sekolah tu...hati aku jadi sayu...kesian plak aku mendengarnya...kerana selama ini aku lah yang menjadi pelindung dia...pantang mendengar dia memanggil aku..aku akan berlari datang bertanya mengapa...tapi hari tu...aku yang melarikan diri darinya ketika dia memerlukan aku...
Tapi nak buat macamaner lagi...

Namun aku terus memandu pergi....menuju ke sekolah Farhan untuk membelikan dia buku rampaian sekolah....hampir jam 11.30 aku kembali untuk menjemput Fareez....

Sampai saja di muka pintu...Teacher Rina ade di situ...

'Teacher...macamaner Fareez...?'

'Crying kak...non stop ...masa nak balik ni baru dia berhenti'

Tapi sebaik dia nampak aku dia wajah dia terus ceria...

Sepanjang perjalanan pulang aku memujuk dia dengan pelbagai kata-kata manis....nampaknya macam esok dia akan okay....harap-harap begitu lah....




Hari 2 :


Ketika dalam perjalanan ke sekolah Fareez....

'Ibu...hari ni ibu jangan lari tau....ibu temankan fareez okay'

'Mana boleh...sebab cikgu tak bagi ibu anak2 temankan anak diorang'

'Alah....ibu temankan le...' Airmata dia dah mula ketengah ketepi...

'Okaylah....tapi ibu tunggu kat luar'

'Janji..okay..kalau ibu tak tunggu...ibu berdosa...'

Aku tersenyum......pandai plak dia....

Sampai je di sekolah....dia dah mula dah.....dia peluk aku dan langsung tak mahu masuk ke kelas....datang sorang cikgu dia dtg memujuk...bila cikgu tu bawa dia ke atas...aku terus pergi. Memula aku tunggu di kereta...aku dengan suaranya masih menangis...tapi selepas berfikir...'buat aper aku tunggu dlm kereta tu...bukan boleh buat aper pon..baik aku balik'

So aku pun balik...masak...gorengkan nugget untuk dia dan tepat jam 11.15 aku bertolak ke sekolahnya....kali ni lain pulak komen 'teacher' dia...

'Hari ni Fareez nangis...tapi kejap saja...cuma dia tak mahu masuk kelas....'

'Takpelah teacher...give him until next week...i think he will be okay ...'

Fikiran aku jadi buntu....macamaner aku nak buat lagi ni....sebab anak2 aku yang terdahulu tak pernah ade masalah ni...mungkin sebab selama ni dia cuma bersama aku di rumah dan dia tak pernah berpisah dari aku...



Hari 3 (Hari ni) :

Pagi-pagi semasa di dalam kereta....

'Ibu...nanti balik kita singgap kat Petronas eh...beli keropok....'

'Takmo...kalau Fareez tak nangis...Fareez masuk kelas...baru boleh beli keropok...'

Sebaik saja kereta aku membelok ke kawsa sekolah...

'Ibu fareez rasa macam nak nangis je....'

Larr...pulak...puas dah aku memujuk dia tadi....ade lagi bab nak menangis ni......

Dan sebelum aku pergi tadi...dia langsung tak mahu melepaskan pelukan dia pada ku...dia kata dia dah takmo pergi sekolah...dia nak tolong aku masak je kat umah...dia tak pandai pun tak aper...lorrr...sampai camtu sekali.

Tapi kali ni...aku minta cikgu dia ambil dia dari aku dan aku terus pergi tanpa menghiraukan jeritan dia....

Dan kali ini balik dari menjemput aku terus singgah di Petronas untuk membeli keropok yang aku janjikan....

Dan aku harap sejarah Hari 1, 2 dan hari ini tak akan berulang...kerana tiap kali mendengar suaranya....aku jadi sayu............dan fikiran aku jadi buntu...tak tau nak buat aper....

--------------------------------------------------------------

Ini gambar dia ketika mula2 nak masuk sekolah agama...



Ini pula masa mula2 dia masuk sekolah Tahun 1...





Gambar terbaru si bongsu ku...



How time flies...

Sebak bila melihat gambar2 ni... terasa betapa cepat masa berlalu... kadang aku terasa masih belum puas mencium pipinya... memeluk dia setiap malam...

Semoga dipanjangkan usia ku untuk melihat dia terus membesar dan berjaya dalam hidupnya...




...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

24 comments:

kasihredha said...

Cepatnya Masa berlalu Dan Cepatnya anak2 mbesar

Hunnyzahra said...

so cute

ude said...

hahahahaha..betapa gemoknye fareez sekarang!!! ahahahahhaha..dulu comel..skang makin comel..hahahha

Unknown said...

cepat masa berlalu kan kak. Besar dah Aeez skrg dah ada peminat apa, sebagai Ehsan dalam Upin Ipin...:)

sal said...

selamat menyambut thn baru 2013..moga ceria2 selalu

makchaq said...

Nafisah masuk tadika tahun ni, Alhamdulillah ok, makchaq risau jugak mula2..

tapi masalah bangun pagi susah.. sampai kena dukung ke bilik air

sharifah rosidah said...

Untung lah awak masih ada anak yang bersekolah lagi....makna nya rumah masih ada orang lagi menemani awak ...macam kita ni rugi sebab dah tinggal berdua je....rindu zaman sibuk didapur menyiapkan makanan untuk anak2 sebelum kesekolah.

ibundo said...

salam anie,
nak tau banyak mana masa berlalu tengok rambut di kepala haha..
selamat tahun baru anie.

aNIe said...

Kasihredha...bila dah tua2 ni kita rasa masa berlalu terlalu cepat

aNIe said...

Hunny zahra...dia memang comel sampai sekarang...hehehe

aNIe said...

Ude...tak baik tau... hahahaha..gemok tu sensitif okay

aNIe said...

Yus...tulah sekarang ramai peminat...hehehe... dulu cuma peminat di blog je...

aNIe said...

Sal..terima kasih...dan selamat tahun baru untuk sal juga...

aNIe said...

Mak chaq... takde masalah kat sekolah okaylah jugak... kalau melalak kat sekolah tu yang tak tahan tu...hahahha

aNIe said...

Shidah..sekarang dia jadi peneman kita bukan kat rumah je... ke mana2 pun dia jadi peneman kita...

Skrg ni pun kita jarang masak banyak2 utk anak2...takde yg nak mkn...

aNIe said...

Salam Kak Pah...tulah pasal... rambut makin byk memutih... dan berkurang...

secangkir madu merah said...

Lebih kurang samalah cerita anak bongsu akak tu dgn anak bongsu saya huhuhu... tahun baru ni dia masuk tingkatan 1 di sekolah baru.. Ya Allah kenangan lama mengimbau lagi kak... dia takmo pergi sekolah yg dia pilih sendiri.. haru biru kami sekeluarga memujuk dia.. sampai saya kata kat dia, nak ibu temankan kat dlm kelas macam masa tadika dan darjah satu ke? Nak menangis2 tarik kain tarik baju ibu ke macam dulu2? Geram betul sampai saya ingatkan dia semula masa dia mula2 masuk sekolah dulu... kata saya dulu darjah 1 kawan2 mungkin tak ingat, ini dah tingkatan 1 sampai bila2 pun kawan2 akan ingat dan boleh jadi bahan gelak.. hahahaha.. hari ini hari ke lima sekolah baru dia pergi sekolah, abang dia yg hantar. Saya berdoa byk2 di rumah supaya dia berani dan cekal... macam2 anak bongsu ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alahaiiiii.. tak sangka anak bongsu Kak Anie ni dah jadik orang yg paling berani sekarang.. hehe

Mulan said...

dah besar aeez...!!! masa mula kenal kak naie dulu aeez kecik je lagi kan..

Anonymous said...

aezz yg comel..rindu dulu2 tgk die membesar dpn mata..(ida..hehe)

aNIe said...

SMM...hehehe... anak akak yang buat hal masa Tingkatan 1 dulu tu si anak dara akak tu... haru biru kami masa tu.. hari2 menangis... duduk asrama tiap2 minggu balik...sakitlah..demamlah..adoiyai...

Bila ingat kenangan masa lalu...dia gelak2 sebab siap kena pergi kaunseling...

aNIe said...

Seri Kandi... melibatkan diri dlm acara pentas membina keyakinan diri dia... dah lebih berani dah

aNIe said...

Mulan...samalah dengan Masya..rasanya nanti kalau kita dpt jumpa lagik..anak2 dah setinggi kita dah...

aNIe said...

Ida...kitorang pun rindu sgt kat Ida...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails