Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, May 14, 2012

Si Kecil di Mentor 6 Bersama Anas Ridzuan...

Assalamualaikum...

Minggu ni walaupun dapat 4 hari cuti sekolah tapi rasa macam tak cukup rehat je...

Khamis & Jumaat cuti sempena Sedekad Sekolah Bukit Jelutong...

Jumaat pagi cik abang balik dari US... maka sibuk 'unpack' barang2nya... kemudian...masak2...makan2 dengan famili...

Cadangnya nak balik kampung bersama cik abang Sabtu tengahari...tetapi terpaksa dibatalkan kerana menerima panggilan dari cikgu teaternya mempelawa dia untuk tampil dalam rancangan Mentor mengiringi Protege Anas...

Dalam kegembiraan dia menerima pelawaan itu timbul juga kesal dihati kerana tidak dapat bersuka ria bersama kawan2 di karnival sekolah....

Sabtu pagi...aku menghantar dia ke Laman Budaya Shah Alam... bertahun duduk di Shah Alam ini baru pertama kali ke Laman Budaya...

Petangnya aku ke Dewan MBSA untuk mengambil dia yang telah habis selesai latihan...

Semalam... seawal jam 1 tengahari aku dah menghantar dia ke sana... setelah duduk sebentar berpesan dgn berbagai bagai pesanan barulah aku balik...

Dia hadir di sana bersama kawan2 sekolah yang lain...

Sebagai ibu...biar pun dia selalu bersama aku...tapi bila meninggalkan dia bersama orang lain untuk menjalani latihan atau sebagainya...aku pasti akan berpesan padanya... jangan nakal2... dengar cakap cikgu... jangan kurang ajar... dan masuk waktu jgn lupa solat...

Dan setakat ini... aku jarang mendapat apa2 komplen dari mereka yg bertanggungjawab menjaganya yang dia berlaku kurang ajar... selalunya mereka akan berkata yang dia ni hyperaktif...tak kenal penat...

Jadi malam semalam...pertama kali aku menonton Mentor di Dewan secara live... hanya kerana nak melihat si kecik aku...

Kelihatan dia begitu seronok di atas pentas... dan kelihatan begitu ceria sekali... sedangkan aku tau...dia sudah keletihan...maklumlah berlatih dari tengahari hingga ke malam...

Balik dari persembahan tu... dia sudah terbaring dalam kereta...keletihan...

Hari ini... dia kata kepala sakit... tapi aku suruh dia ke sekolah jugak... tapi kemudian terima panggilan dari sekolah yang menyuruh aku datang mengambilnya...

Mungkin kerana keletihan...dan berlatih di dewan yang 'fully carpet' membuatkan dia mula bersin...batuk dan selsema...kerana dia memang alahan pada habuk... kalau berada di tempat yang habuknya berlebih pasti dia akan mula bersin dan selsema...



Ally Iskandar selaku Pengacara


Anas Ridzuan - Protege Faizal Tahir



Si kecik yang sedang berseronok membuat persembahan...



Si kecik yang mudah mesra membuatkan dia senang bila didampingi...cuma sayangnya dia tak berkesempatan bergambar dengan Anas...

Buat Anas... semoga dia akan berjaya hingga ke peringkat akhir dan jika rezeki menyebelahinya semoga dia berjaya dinobatkan sebagai Juara Mentor 6

Dan buat Anas...'aunty tak berkesempatan untuk berjumpa dan mengucapkan tahniah pada Anas kerana berjaya ke peringkat separuh akhir...ingin juga berpesan padanya... jika berjaya menjadi juara... kalau dah terkenal nanti...kekalkanlah sikap merendah diri ... peramah dan mesra  yang ada padanya...'  (macamlah Anas baca blog aku ni...hehehe)








...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

15 comments:

sinar said...

lepas ni kak anie boleh jadi manager merangkap PA fareez la ..hehhe - yuka

MOKCIK AZWA said...

oo miss la pulak menonton mentor..mesti bestt punya...harap Anas berjaya, coz mokcik peminat Faizal Tahir hehehe

Masy said...

hahaha malam td tgk si kecik tu kemain lagi menggelinjang atas pentas. hahahaahahah

Led said...

wahh dah berlakon skg

aNIe said...

Yuka...tulah...abih siapa lagi nak menguruskan dia..akak ni lah yang ke hulu ke hilir bersama dia...hehehe

--------------

Mokcik...akak pun minat kat Faizal Tahir...harap2 dia menang...Anas ni humble je budak ni...

aNIe said...

Hahahha....Masy..tulah...diorang kata bukan main lagik dia kat dalam TV tu...akak tgk live...tak berapa nak concentrate sebab sibuk amik gambar...nanti nak cari kat u tube...

-------------------

Led...berlakon tu tak ler...cuma sbab dia buat suara Ehsan dlm Upin Ipin tu... sbb tu lah diorang panggil dia

secangkir madu merah said...

tak sempat tengok mentor... huhuhu sebb malam tadi keluar. Tak apa nanti tengok kat Youtube...

Acik Erna said...

anie..sikecik anie tu memang ceria je..macam mana dengan batuk selsema dia nak baik ke..harap2 aeez tak demam dan cepat baik dari batuk

aNIe said...

SMM... ahah...akak pun tungguk kat Youtube...semalam tak concentrate sbb asyik amik gambau...

--------------

Kak...alhamdulillah...dah bongkar bangun dah... balik tadi bagi dia Jus Khairah untuk batuknya...dan bagi dia tidur puas2...

~ yus ~ said...

alahai akak, tak tengok mentor lah pulak...

mesti seronok Aeez tu walaupun penat kan.

m.u.l.a.n said...

laaaaa.. patut kak anie roger2 kitorang... boleh tengok aeez kat mentor.. (sbb tak pernah tengok mentor)..

aNIe said...

Yus... akak pun tak pernah tgk mentor... tp pergi tengok jugak malam tu... masa jumpa cikgu yg melatih mereka...dia memuji Fareez... dia macam terlebih tenaga...hehehe

----------

Mulan...akak dah roger2 kat FB...mungkin Mulan terlepas kot...

ibundo said...

wah.. betul betul sibuk ni anie. Suka tengok dia seronok.
Kpah pula tak ikut siri mentor ni. Tak ada lah tengok..

aNIe said...

Kak..sibuk melayan si bongsu tu...anie pun tak pernah tgk pun

sharifah rosidah said...

Siapa yang tak suka Aeez, dia memang pandai ambik hati kita, kita pun suka menyakat dia, hehehe.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails