Semalam Hari Ulang Tahun cik abang.
Aku berada di Melaka sejak Sabtu... tapi cik abang pulak berada di Sabah...
Nasib baik dia ke sana sehari sahaja... jadi Ahad kami masih ada peluang untuk meraikannya bersama...
Hari Ahad kami bertolak dari rumah mertua awal...selepas tugas membeli segala barangan yang dipesan mertua...aku dan anak2 berkemas untuk ke pejabat cik abang...
Cik abang yang balik dari Sabah telah menanti ketika kami sampai di sana...
Dari pejabat cik abang... aku dan anak2... termasuk Munir dan Ade menuju ke Windmill Station Bukit Beruang...
Dalam masa yang singkat...hanya itu saja tempat terdekat yang dpt kami fikirkan untuk makan bersama2...
Menu kami petang tu... cuma... Double Sirlion Steak pilihan anak2... dan aku serta cik abg dan anak dara aku memilih...
Rasa gembira sangat bila berkumpul bersama satu keluarga ... makan2... berbual dan bercerita... anak2 begitu riuh mengusik antara satu sama lain...itulah kebahgiaan kami...
Buat cik abang...
Selamat Hari Jadi...Semoga dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki... berjaya dalam kerjaya...dikurniakan kesihatan yang baik...diberkati dan dirahmati selalu... dan semoga kebahagian kita sekeluarga berkekalan hingga ke akhir hayat...Ameen....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
12 comments:
alaaa... terlupa pasal kedai ni.. nanti nak terjah jgk la..
happy birthday utk king of the house..
semoga terus berbahagia seisi keluarga ni...amin.
Amennn..
Semoga bahagia selama-lamanya...
Happy birthday utk cik abang akak tu..azwa aminkan doa akak..semoga bahagia selamanya...amin amin amin
amin..happy birthday buat cik abang anie...semoga sihat sejahtera sentiasa dan berbahagia disamping keluarga
selamat hari ulangtahun buat cik abang kak Anie....moga berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.
Mulan...terima kasih... kalau kat melaka akak tak tau nak mkn steak kat mana...teringat Windmill je...
---------------
ckLah... terima kasih...ameen...
Alina...terima kasih...
----------
Ainnoraini...ameen...terima kasih
Terima kasih Mokcik...semoga semua doa dikabulkan ALLAH...ameen
----------
Terima kasih kak Erna...ameen
Yus...terima kasih juga..semoga segala doa dari kawan2 termakbul...ameen
Happy Birthday buat En.Sharabudin semuga dilimpahkan rezeki yang banyak dan dijauhkan dari penyakit yang berbahaya, amin.
Post a Comment