Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, March 29, 2012

Lebih Banyak Membaca Lebih Sedikit Yang Kita Tau..

Assalamualaikum...

Dalam bulan ni aje aku rasa dah beratus duit aku membeli buku2....

Kalau semasa di Karnival Karangkraf  aku membeli buku2 novel tulisan novelis2 kegemaran...tapi kali ini aku banyak menghabiskan pembelian buku2 rujukan agama.

Setiap kali ke pasaraya... aku dan si kecil mesti singgah ke kedai buku MPH...(selalunya ke Giant, Bukit Raja atau SACC)

Dan setiap kali ke MPH.. aku takkan keluar dengan tangan kosong.

Bermula dengan membeli sebuah buku... aku mula mencari lagi bahan2 bacaan yang banyak memberikan pengetahuan.




Kerana lebih banyak membaca... membuatkan aku terasa betapa sedikitnya pengetahuan aku tentang ilmu ALLAH...

Benar kata orang... ilmu yang kita ada ibarat setitik air jika dibandingkan dengan selautan ilmu yang ada...

Jika ingin diterokai terasa singkatnya usia ini untuk menimba ilmu ALLAH itu...

Tapi walau bagaimana ghairah pun aku dalam mencari bahan bacaan berunsur Islam... namun aku tetap berhati2.. kerana aku tidak mau mencari buku tentang ilmu yang terlalu tinggi yang bagi aku ianya memerlukan kita merujuk pada guru yang lebih arif... takut juga kalau tersilap tafsir tentang apa yang ditulis itu.

Buku2 yang aku pilih selalunya tentang rujukan amalan ibadat harian... ataupun buku2 tentang perjuangan Rasulullah s.a.w. dan aku selalu melihat siapa penulisnya...

Aku menjadi begitu berhati2 kerana semasa berbual2 dengan seorang sahabat tentang buku2 yang aku beli... dia menasihatkan aku supaya jgn membeli buku2 yang terlalu berat... contohnya tentang ilmu Tasawwuf... kerana ianya memerlukan ilmu agama yang lebih tinggi...

Menurutnya juga... adiknya yang masih muda dan berusia 20an tahun kini suka duduk bersendirian... bercakap sendiri... dan tidak mengindahkan diri atau keluarganya lagi.  Puas sudah dibawa berubat ke mana2 namun ramai yang mengatakan bahawa adiknya ada pendamping... mungkin dia mengamalkan doa2 atau zikir dari buku2 yang dibelinya...

Oleh itu bagi anak2 muda yang sedang begitu ghairah untuk mendekatkan diri pada agama... ingatlah bahawa apa yang yang diragukan hendaklah kita merujuk pada orang yang lebih arif... kerana mereka lebih tahu... dan kita juga tidak membuat andaian sendiri kelak takut nanti akan merosakkan akidah...



Ini adalah 'batch' terakhir yang aku beli... puashati aku sebab dapat mencari buku Hadis 40 Imam Nawawi yang disarankan oleh Ustaz Don untuk membacanya...






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Irfa said...

betul tu kak anie..
lagi banyak kita belajar lagi 'bodoh' rasanya.maksud saya lagi bodoh sbb banyak rupanya yang kita tak tahu.sbb tu pepatah berkata 'tuntutlah ilmu smpi ke negeri china.ilmu itu tak pernah habis'

aNIe said...

Irfa... tulah... bila akak membaca lebih banyak yang akak rasa akak tak tau... kadang2 banyak juga kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar...

Kaktiny said...

Assalamualaikum kak..

Sungguh benar kak.. lagi kita membaca, mmg rupanya banyak lagi yg kita tak tahu.. even yg kita rasa kita tahu pon sebenarnya salah dan pincang sini sana.. terasa kecil sgt diri dan sedikit sgt ilmu yg ada.. huhuhu...

Membaca dan mencari ilmu itu perlu, tapi perlu juga berguru.. nk plak bab ilmu agama.. kata para ilmuan, kalau belajar sendiri (terutamanya ilmu agama), tok gurunya adalah syaitan.. (syaitan qarin pendamping kita sgt jahat kak.. dia menginap di seluruh pembuluh darah kita utk mencari jalan menyesatkan kita - tu, tak masuk kroni2 iblislaknatullah yg lain lagi.. melalui jalan mencari ilmu pun iblis2 ni nk ganggu..).. - tu pasal kita dengar ada org kena gila isim la.. belajar tasawwuf terus jadi 'hilang dunia'.. disebabkan dek ilmu pengetahuan yg cetek dan syaitan yg menyesatkan tu le..

moga buku yg dibaca memberi manfaat kepada diri juga memberi munafaat kpd yg berada disekeliling kita dengan perkongsian ilmu yg kita ada..


moga juga ilmu-ilmu yg kita perolehi dpt membantu kita di akhirat kelak.. ameen.

Acik Erna said...

anie..membaca jambatan ilmu..itu apa yang kita diberitahu dulu kan...
akak pun suka baca buku2 yang tak memberatkan sangat fikiran kita

m.u.l.a.n said...

membaca memang lah jambatan ilmu bak kata acik erna..

ni ada beberapa buku belum khatam ni.. bila la nak start..

Zareda Norman said...

Yerlah menuntut ilmu ni dah ada banyak cara. Buku, intenet, youtube, semua ada.. Nak dengan tak nak je kan..

Tapi ilmu yg berat macam tasauf tu mmg kena berguru lah...

sharifah rosidah said...

As Salam Anie, membeli buku2 agama pun kegemaran cik abang kita, kalaumkekedai buku memang buku agama lah yang dicari, dia siap ada buku agama yang bersiri walaupun mahal dia tak kisah bila dia dah beli kita tumpang baca je.

Memang betul kata Anie, semakin banyak kita membaca buku2 agama ni baru kita sedar rupa2 nya pengetahuan kita dalam hal2 agama tak sebanyak mana pun.

aNIe said...

Tiny...terima kasih kerana perkongsian itu... semoga kita akan sama2 berhati2 dan membaca serta berkongsi apa yang baik untuk kita semua..

-------------------

Kak Erna... betul tu...sebab tulah kita disarankan sentiasa belajar kerana ilmu yang kita ada tak pernah mencukupi untuk kita di dunia ini

aNIe said...

Mulan... nak start tu memang susah...tapi bila dah start kita akan terus membacanya kan?

-------------

Zar...betul yang zar cakap tu...semuanya nak dengan idak je... terpulang pada kita....

aNIe said...

Shidah...seronok kan bila pasangan kita suka membeli dan kita pulak dpt menumpang baca...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails