Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, April 17, 2012

Birthday Si Kecil Yang Tertunda...

Assalamualaikum...berjumpa semula selepas beberapa tidak bersua...

Jadual masa yang padat membuatkan aku tak berkesempatan untuk mengupdate blog

Sehingga entry untuk si bongsu aku yang menyambut hari kelahirannya yang ke 11 pada 11hb April kelmarin pun tak sempat aku buat.

Oleh kerana tarikh 11 hb tersebut jatuh pada hari cuti... sempena pertabalan Duli Yang DiPertuan Agong.... aku .. Ude dan dia berada di Melaka.

Hanya ucapan Selamat Hari Lahir saja yang sempat kami berikan pada dia.

Hari cuti tersebut merupakan hari untuk kami sekeluarga.. tanpa Farhan (sbb dia dah mula bekerja di U& I Butik)

Tujuan balik Melaka pada hari tersebut ialah untuk menjengah cucu yang baru seminggu dilahirkan...lagi pun Ude baru dpt cuti untuk balik bersama

Sejak dari pagi...setelah bersiap..keluar ke rumah anak di Bkt Katil... petang baru kami ke rumah ipar yang baru siap dibina di Melaka Perdana...

Dari sana... aku dan anak2 mengucapkan selamat tinggal pada cik abang... kerana kami akan bertolak balik ke Shah Alam sebaik keluar dari rumah adik ipar tersebut...

Dalam perjalanan si kecik merungut-rungut sebab kami tak sambut birthday dia...

Jadi untuk tidak menghampakannya... aku pun ajak dia pergi makan buat alas perut sebelum betul2 menyambutnya dengan cik abang....

Kami ke Restoran Qareena di Bukit Katil Melaka...

Pernah ke restoran ni sekali je dulu...makanannya boleh tahan sedap dan murah ... hiasan kedai pun cantik dan selesa...ada makanan western jugak...






Nasi goreng Qasreena Special...


Lamb Chop Birthday boy

Alhamdulillah... dlm perjalanan balik tu...dia dah berhenti merungut...cuma dia masih mengharapkan makan2 bersama ayahnya juga.... sebab baginya tak sempurna sambut birthday tanpa makan2 dengan ayah....

Semoga anak bongsu ku ini akan membesar menjadi anak yang soleh dan taat mengerjakan perintah ALLAH... dapat mendoakan aku jika aku tiada lagi di dunia ini...berjaya di dunia dan diakhirat... serta sentiasa menjadi anak yang menyejukkan hati ibu dan ayahnya... ameen...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Zareda Norman said...

happy birthday untuk si bongsu... :-)

Mulan said...

happy birthday aeez..!!! dah besar dah.. moga menjadi anak yg soleh..

Acik Erna said...

happy birthday aeez..semoga menjadi anak yang solleh.

faridmw said...

salam kak anie
selamat hari lahir moga leh jadi anak yang soleh.. amin...

aNIe said...

Zar...terima kasih...

-------------

Mulan...terima kasih... memang dia besar dah...tinggi pun

aNIe said...

Kak Erna...terima kasih...Ameeen...semoga dia menjadi anak yang soleh...

--------

Faridmw...terima kasih... Ameen...

sekadar satu coretan said...

semoga jd anak yg soleh..aminn..

Dah besar yee...

pB said...

kejab jer masa berlalu

Unknown said...

happy belated birthday untuk Aeez anak bongsu akak. Cantik lah kak hiasan dalam restoran tu...

MOKCIK AZWA said...

Happy Birthday untuk Aeez...cantik juga restoran qasreena tu ek..

aNIe said...

Ain...terima kasih... semoga segala doa dimakbulkan..ameen...

---------

PB... rasanya PB melihat dia membesar dari blog akak kan? Memang terasa cepat masa berlalu...

aNIe said...

Yus...begitu juga yus... bertahun mengikuti blog akak...pasti Aeez selalu menjadi bahan untuk update blog semasa dia kecil...

Alhamdulillah dia dah pun besar...

Memang cantik hiasan dalamannya ... macam English style...

secangkir madu merah said...

Happy Bufday kepada Pak Usu hehehe.. dah jadi bapak sedara dah... didoakan Pak Usu menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia dan akhirat..Amin.

aNIe said...

SMM...terima kasih...Ameen...semoga doa dimakbulkan

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails