Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, April 13, 2012

Tazkirah Jumaat ... Tips Amalan Pemakanan Sihat...


Assalamualaikum...dan Salam Jumaat buat semua sahabat dan pengunjung blog...

Pada penghulu segala hari ini marilah kita sama2 memperbanyakkan Selawat ke atas Junjungan kita Baginda Rasulullah s.a.w....

Entry kali ini dipetik dari FB Pencinta Rasulullah... 

Dah selalu baca tapi selalu terlupa...maka aku ingin mengabadikan di sini supaya mudah untuk aku merujuknya...

Tips Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w...

Semoga kita dapat mengamalkan yang baik dan mengelakkan apa yang boleh memudaratkan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam. Baginda pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit. ( Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.

2. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

3. Jangan makan buah bersama susu atau dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.

4. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

5. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging atau telur.

6. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.

7. Rasulullah akan tidur sekejab selepas makan tengahari sebelum masuk waktu Zuhur.

8. Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan MAKAN MALAM. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Magrib.

9. Elakkan makan makanan darat bercampur makanan laut. Contohnya jika seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun, percampuran makanan ini ( antara makanan  darat dan makanan laut ) tidaklah dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.

10. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk secara perlahan-lahan. Nabi melarang kita untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang sedang diminum.

Rasulullah SAW mengajarkan etika makan kepada ummatnya. Di antara hal-hal yang beliau ajarkan adalah :

1. Tidak mencela makanan yang tidak di sukai
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
3. Membaca basmalah dan berdo’a
4. Makan menggunakan tangan kanan
5. Tidak bersandar ketika makan
6. Memakan makanan yang terdekat
7. Memulai makan dari pinggir dan bukan dari tengah
8. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
9. Menyisip tangan bagi yang makan tanpa sendok/garpu
10. Membersihkan piring dan membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya
11. Tidak memperlihatkan rasa jijik terhadap makanan yang tidak biasa dimakan atau tidak disukai
12. Makan dan minum sambil duduk
13. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
14. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit
15. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram
16. Mendahulukan orang yang dikanan
17. Pemberi minuman yang paling akhir minum
18. Mendoakan shahibul bait (yang mengundang makan)
19. Menutup tempat makan dan minum

Mudah-mudahan kita sebagai umat Islam boleh mencontohnya dengan baik.






...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Irfa said...

banyak sunah rasul telah diputar belit oleh org kafir..nak org islam ikut diorang.dulu tak tahu psl ni..skrg dah tahu mmg elak kan makanan laut campur dgn haiwan darat
cth:tomyam campur (ayam+udang+sotong)

pB said...

thanx akak ....



cucu ada kat mana ??

Acik Erna said...

terima kasih anie.

Zaitun said...

Terima kasih kongsi.

Masy said...

kak, mekasih ye utk tiket wayang aritu.. lupe nk amek pic ape2 masa gi sana. kot tak bole buat entry uhuhuhuh

zaty luvlianncezzz said...

terima kasih atas pengkongsian. sangat bermanfaat. baru tau :)

aNIe said...

Irfa... tulah ... akak pun seboleh2nya mengelakkan makan makanan darat dan laut sekali gus... kalau hari ni masak ikan... semua seafood je...

Semoga kita beroleh kesihatan yg baik...

--------------

PB... cucu kat Melaka...hehehe... nenek merindu kat sini

aNIe said...

Kak Erna...sama2...

---------------

Sama sama kak Zai...

aNIe said...

Masy..hehehe...baru nak tanya Masy jadi amik ke idak... best tak?

-------------

Zaty...sama2....

Ayahanda said...

Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini.

Tapi saya suka makan Tomyam campur...aisehhh...

Kena tukar menulah nampaknya!

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails