Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, March 6, 2012

Program Hujung MInggu...

Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas cik abang tak balik...jadi kami bertiga balik ke Melaka....

Seperti biasa kalau cik abang tak balik ke sini... itu bermakna dia banyak program...

Antara programnya ialah memenuhi undangan majlis perkahwinan...

Hari Sabtu kami ke 2 rumah majlis perkahwinan... 1 di Bachang... dan 1 lagi di Tedong Merlimau...

Semasa menghadiri majlis di Bachang... aku bertemu dengan dua pupu aku yang dah lama tak berjumpa... rasanya dah berpuluh tahun...

Kali terakhir aku berjumpa dgnnya ialah tahun bila eh...?  Dah tak ingat dah... yang aku tau ... memang sejak dia kawin... sampailah anak dia dah besar baru kami terjumpa...

Seronok sungguh berpeluk2an... dia memperkenalkan aku pada suami dia sebagai 'guru tusyen' dia dulu...

Memang pun masa dia bersekolah dulu aku selalu ke rumahnya dan mengajar dia... suka sangat ke rumahnya sebab dia duduk quarters Bomba di Kubu... rumah batu...syok ler duduk...maklumlah kita dulu duduk rumah papan je....

Dari sana kami ke Tedong... singgah sekejap je... sebab nak makan pun rasa tak larat... asyik tengok daging dengan nasi minyak... tekak dah rasa tak boleh nak telan lagik dah.

Semasa hari Sabtu... aku mengajak si kecik bersama... kesian dia... sampai tertidur dalam kereta ... keletihan... ataupun... bosan kot...

Oleh itu semasa memenuhi jemputan hari Ahad... aku pergi dgn cik abang je... si kecik dah serik...takmo ikut dah...

Hari Ahad pun ada 2 jemputan... nasib baik aku ada tinggalkan baju kurung kat Melaka... kalau tak melepas tak dpt ikut....

Rumah pertama yang kami pergi di Pokok Mangga... masih awal ketika itu... rasanya kamilah jemputan pertama yang sampai...



Disebabkan hidangan masih lagi sedang disediakan... kami pun duduk di khemah sambil dihiburkan dgn penyanyi berkot merah ini...



Tengok aje rupa camtu.. tapi suara dia sedap...gelak2 aku melihat gelagat dia menyanyi....

Selesai di sana... kami ke Ayer Keroh pula... majlis yang diadakan di Dewan Bistari ni diadakan besar2an.



Di majlis ni pun aku terjumpa dengan kawan lama, kawan semasa zaman kanak2 lagi,.. yang dah lama betul tak jumpa... bila bersembang rupanya dia duduk berdekatan dengan rumah aku di Shah Alam... alahai... keciknya dunia...!!  Sempat juga bertukar2 nombor telefon... hati terasa seronok sangat...

Sampai saja di rumah... si kecik dah berlari mengejar untuk mendapatkan buahtangan dari aku...

Bila dibuka saja...seronoknya dia bukan main....

Sebab dalam salah satu cenderahati tu terdapat biskut yang comel... aku rasa biskut ni dulu mesti menjadi kegemaran sebahagian daripada kita semasa kecik2 dulu...



Teruja dgn kesedapan biskut tu... si kecik siap ambil gambar
 untuk diabadikan sebelum habis dimakannya

Kalau aku makan biskut ni dulu... aku mesti makan gulanya dulu...kemudian baru biskutnya...

Si kecik siap cakap....

'Inilah biskut yang paling sedap pernah dia rasa....'


Katanya...kalaulah dia ikut hari tu...mesti dapat banyak...

Hahahahaha... sampai camtu sekali...

Agaknya memang bebudak kecik suka makan biskut tu agaknya...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

kasihredha said...

biskut tu memang mknan waktu kecik akak...sekarang dah susah nak dapat kan :)

Kaktiny said...

kak.. biskut tu mmg evergreen...
anak2 tiny pon suka.. (kt mamak jual kacang ada jual.. kalau nampak je mamak tu, bebudak ni bising nk biskut tu.. hehehe).

mmg idea yg sgt kreatif utk letak biskut tu sbg ole2.. hihihi..

yuka said...

masa kecik2 dulu yuka pun suka biskut tu..tp makan gula dia yg colourful tu jer. pastu tinggal biskut yg dogol tu. sekarang bila jumpa biskut tu tak lalu nak makan gula dia dah. makan biskut jer ..dah terbalik...tu la tanda2 umor dah tua gamaknya...hehe

Unknown said...

betul tu,suka biskut tu dulu..susah nak cari dah sekarang

Acik Erna said...

assalam anie..seronok kan dapat jumpa kawan2 lama.
dah jadi trend pulak kan anie..akak pun dah 2,3 rumah pergi dapat biskut bunga tu.kalau akak pulak makan biskut dulu..gula kemudian he he

aNIe said...

Kasihredha... akak tak jumpa pun kat kedai dah... susah kot nak cari sekarang

--------------

Tiny... masih ingat lagi biskut tu dari akak sekolah darjah satu dah ade dah...

Sekarang susah nak jumpa dah...

aNIe said...

Yuka...hahahah... sekarang zaman dah berubah...maknanya umur kita dah meningkat... akak pun sama ... skrg tak minat dah gula tu...

---------------

Ila...biskut kegemaran anak2 tu... sekarang mak budak dah tak berapa nak minat dah...

aNIe said...

Kak... anie dulu makan gula dulu sekarang baru makan biskut dulu...hehehe

Mulan said...

ngapa saya tak dapat jemputan kawin..?? frust la.. saya suka pi kenduri kawin..

biskut tu..!!! feveret masa kecik.. sekarang dah banyak jual semula kan..

Mummy Rizq said...

BANYAKNYA ORANG KAHWIN KAK ANIE.. PADAHAL BUKAN MUSIM CUTI SEKOLAH KAN...

aNIe said...

Mulan.. memang banyak jemputan kahwin sekarang... akak pun suka pergi majlis perkahwinan... tunggulah cuti sekolah nanti mulan...mesti banyak dpt...hehehe

Sekarang biskut tu dah ada semula kot...sebab ramai yang buat sebagai cenderahati majlis perkahwinan

------------------

Mummy Rizq... mungkin sebab cuti sekolah nanti semua dah fully booked...

sharifah rosidah said...

Anie masa shidah kecik2 dulu mak suka beli 1 tin besar, pagi petang siang malam asyik duk hadap biskut ni je. pernah sekali shidah terjumpa biskut ni tapi lupa kat mana, tapi bila bawa balek rumah anak2 shidah tak makan langsung diorang cuma cakap cantek nya mama biskut ni, boleeeeh.

aNIe said...

Shidah...hahahha... bebudak sekarang dah makan biskut oreo ... chipsmore lah...tak minat biskut ni lagik..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails