Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, March 2, 2012

Sifat-Sifat Hati...

Assalamualaikum...salam Jumaat buat semua rakan blog... 

Hari Jumaat ini kita kongsikan sesuatu yang saya dapat dari email... sebenarnya email ni panjang tapi saya ambil yang ringkas dan penting sahaja untuk tatapan kita...

Ayuh perbaiki hati kita... semoga kita semua mendapat manafaat darinya...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





SIFAT-SIFAT HATI


Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.

Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:
1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat-sifat yang keji)

Pertama:
Sifat-sifat mahmudah
antaranya:
a) jujur
b) ikhlas
c) tawadhuk
d) amanah
e) taubat
f) sangka baik
g) pemaaf
h) pemurah
i) syukur
j) zuhud
k) tolak ansur (timbang rasa)
l) sabar
m) redha
n) berani
o) lapang dada
p) lemah lembut
q) kasih sayang
r) selalu ingat mati
s) tawakal
t) takut Allah

Kedua:
Sifat-sifat mazmumah
di antaranya:
a) riyak
b) ujub
c) sum’ah
d) takabur atau sombong
e) hasad dengki
f) pemarah
g) dendam
h) bakhil
i) penakut
j) cinta dunia
k) gila pangkat
l) gila puji
m) jahat/buruk sangka
n) putus asa
o) tamak



Sifat keji ini hendaklah dihapus dan ditumpaskan daripada bersarang di hati kita. Kalau perkara ini tidak dikaji dan diteliti, sudah tentu tidak diketahui. Kikiskanlah dengan menanam rasa takut hanya pada Allah. Rasakanlah Allah Maha Berkuasa, Maha Besar dan Allah-lah Maha Kuat dan Maha Gagah daripada segala-galanya. Semua makhluk ini sama-sama lemah di sisi Tuhan yang Maha Perkasa itu. Kalaupun makhluk itu kuat atau berkuasa, hanya kerana dia diberi nikmat yang lebih sedikit saja daripada orang lain. Tetapi dia tetap lemah dan tetap dalam kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Allah telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Menganugerah, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Allah-lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah-lah yang menentukan nasib makhluk. Allah-lah yang muassir (memberi bekas). Selain-Nya semuanya tidak lebih gagah, tidak lebih besar dan tidak memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak besar dan hebat, gagah dan berkuasa tapi hakikatnya semua makhluk itu tetap dalam genggaman Allah SWT. Hanya empat sifat mazmumah saja yang kita kaji secara terperinci di sini, yang merupakan sebahagian daripada sifatsifat mazmumah yang banyak itu. Perlu diingat juga bahawa sifat-sifat yang jahat ini semuanya sudah wujud bersama lahirnya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar. Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti di awal-awal lagi.

Dengan menggunakan teropong mata hati dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat jahat ini mesti ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi (yang akan kita bincangkan dalam bab akan datang). Barulah sifat mazmumah ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang akhirnya sifat mahmudah dapat diisi dalam hati.

Di sinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati). Supaya setelah kedua-duanya dikesan, yang mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat dihapuskan. Barulah manusia itu kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat manusia itu sendiri. Ini kerana nilai diri manusia itu adalah pada sifat roh (hati)nya. Ia jadi penentu yang mencorak kehidupannya dan manusia seluruhnya.

Roh ini dikekalkan untuk ditanya dan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Roh inilah yang mukalaf. Ia yang akan merasai nikmat atau azab. Roh inilah juga yang akan ke Syurga

-- 


...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

5 comments:

Acik Erna said...

assalam anie..terima kasih anie..akak nak copy ni.senang nak baca selalu buat peringatan.

sharifah rosidah said...

As-salam Anie, masih ada orang yang hatinya penuh dengan takbur, sombong, riak dan pelbagai sifat yang tak baik sesungguh nya mereka ini akan dibalas setimpal dengan perbuatan mereka. Aaah saya sedang berasa kecewa dan sedih Anie.

m.u.l.a.n said...

tqs for sharing kak anie.. hati sendiri saya ini perlu banyak dibersihkan jugak.. banyak nya yang bertanduk kat keliling saya ni.. cuba lawan sedaya upaya... hehe.. moga Allah merahmati kita semua & kuatkan iman kita selamanya..

aNIe said...

Kak erna... apa yang anie kongsi bersama ni akak copylah... tak pe...memang untuk disebarkan...


------------

Shidah...jgnlah terlalu berasa kecewa shidah...anggaplah itu semua sudah takdir.. apa yang terjadi...pasti ada balasannya...semoga mereka yang bersifat demikian akan sedar kesilapan mereka nanti

------------

Mulan...bukan mulan je...akak pun sama... sedang berusaha untuk ke arah yang lebih baik dan diredhai...semoga kita diberikan hidayah untuk terus berusaha...

aNIe said...

Kak erna... apa yang anie kongsi bersama ni akak copylah... tak pe...memang untuk disebarkan...


------------

Shidah...jgnlah terlalu berasa kecewa shidah...anggaplah itu semua sudah takdir.. apa yang terjadi...pasti ada balasannya...semoga mereka yang bersifat demikian akan sedar kesilapan mereka nanti

------------

Mulan...bukan mulan je...akak pun sama... sedang berusaha untuk ke arah yang lebih baik dan diredhai...semoga kita diberikan hidayah untuk terus berusaha...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails