Petang tadi pula aku menonton Di Sebalik Tabir ... 7 Petala Cinta.
Cerita cinta ini rasanya lain dari yang lain...
Seringkali kita disogokkan dengan kisah cinta anak2 muda zaman sekarang yang banyak adegan2 yang tidak sesuai ditonton oleh anak2.. tapi 7 Petala Cinta ini sungguh berlainan.
Jadi... hujung minggu ni... hati sudah berbelah bagi... nak tengok Seafood ke 7 Petala Cinta ke?
Tapi kalau dikaji... mestilah aku terpaksa tengok Seafood dulu untuk minggu ni... (kerana dah janji dengan si kecik ni) dan 7 Petala Cinta akan menyusul kemudian... Entah bilalah dpt pergi tengok cerita ni pun tak tau sebab minggu depan anak2 dah mula sekolah... dan si kecik siang malam pun sibuk...
Namun... aku MESTI nak pergi tengok jugak...
Sinopsis filem tersebut dari...sini ...
Pengarah | |||||||||
Lakonan:
| |||||||||
Krew:
| |||||||||
Penerbit:
| |||||||||
Sinopsis:
Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya.
Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.
Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.
Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?
|
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
16 comments:
oh please update nanti bila dah tengok .... :D
Bawalah si kecik tu tengok Seefood. Saya baru saja balik dari menonton filem itu dgn anak2 termasuk Adam. Lebih separuh panggung dipenuhi oleh kanak2.
Zafi...Insyaallah nanti akak review...tapi akak ni taklah berapa nak pandai bab komen2 ni...
--------------
YB...tulah sikecik ni dah bising dah katanya kelmarin dah janji tapi tak pergi2 jugak...hehehe
mcm best je cite ke dua tu..dah lama xdpt tgk wayang sejak ada baby ni la kak..tggu kua kat astro first jelah..hihi..
Ez...dulu akak masa anak2 kecik2 pun tak bawak tgk wayang.. leceh.....Ahah... tunggu je kat astro first...
anie.giliran le..minggu ni anie ikut cerita sikecik..minggu depa..sikecik pulak tengok cerita anie.
hehe.. tunggu wayang kat channel first.
Anie kita dah lama tak tengok wayang, rasa rasanya dah 3-4 tahun. Nanti kalau dah tengok seefood tu cerita sikit kat sini ye.
akak dah tengok seafood...teman anak.
bagi akak citenya slow sikit..tp anak akak kata ok la
Tgk the making dia cam best jer kan kak Anie..islamik sungguh...tak macam filem2 selalu tu....
Anak2 pun dok ajak gi nengok seefood...tapi abah dorang tak bagi..baik dok rumah katanya hehehe
tu ari masa kakak balik nak tgk citer seafood tapi tayangan petang.so kami tgk the lorax je ;)
Ibundo... hehehe... kadang anie kalau tak sempat tgk movie tunggu kat astro first je...
-------------
Kak Erna... tak tgk pun Seafood...dia tukar nak tgk Lorax lah pulak
Shidah...tak jadi tgk Seafood.. kitorang tgk Lorax...bolehlah tahan jugak cerita tu
----------
Kasihredha... kitorang kensel Seafood... tgk Lorax je...
Anna...tulah akak pun tengok the making macam best...
------------
Mokcik...heheheh... anak akak sorang ni merengek dah macam kumbang korek lobang...tak tahan dah...
Irfa...akak pun tengok Lorax je semalam... slowlah sikit cerita dia kan?
Post a Comment