Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, March 22, 2012

Tahniah dan Takziah...

Update terakhir di blog ialah pada 16 Mac... hari ni dah 22 Mac...bermakna hampir seminggu blog tak berupdate...

Seminggu ini macam2 yang berlaku...

Hari Jumaat lepas...menghantar cik abang ke Sarawak... ada majlis dialog di sana...

Sabtu... ke majlis perkahwinan kawan sekolah anak dara aku di Seksyen 8...


Si kecik bergambar di sebelah lukisan hasil tangan tuan rumah sepanjang naik ke tingkat atas...

Majlis perkahwinan yang sweet dan simple.


Pelamin yang simple menarik perhatian..

Kawan anak aku ni dulu sama sekolah dengannya di TKC... mak dan ayahnya pula adalah bekas pelajar TKC dan SDAR... maka riuhlah majlis tersebut... bagai satu majlis reunion...

Aku dan si kecik yang kebetulan duduk di sebuah meja yang hampir semua bekas kawan2 mak pengantin hanya tersenyum simpul bila meja tu di kerumuni dan jadi tempat berposing kawan2 lama...

Kami hanya tunduk menyuap makanan... nak gelak pun ada...

Si kecik siap cakap ngan aku...

'Ibu tau tak...ibu kalau jumpa kengkawan ibu...riuh macam ni ler...'

Sambil dia menggayakan pada aku gaya2 budak2 perempuan yang berjumpa setelah lama tak bertemu...

Hahaha...pandai aje dia...

Tahniah buat kedua mempelai... Najwah & Azhah...semoga kekal bahagia bersama anak2 hingga ke akhir hayat...

Malamnya... aku ke rumah Sya... menghantar mesin jahitnya yang siap diservis di econsave berdekatan dgn rumah aku...kemudian terus ke LCCT... amik cik abang..

Ahadnya... kami bergegas pulang ke Melaka.. sebab utama untuk menjengah besan lelaki ku yang mengikut kata anak ku berada dalam keadaan kritikal...

Isnin ke hospital lagi... dpt berita yang esok iaitu Selasa mereka akan membawa besan balik ke rumah anak lelaki ku...

Selasa pagi... besanku telah kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu berjuang di hospital...

Hajat untuk membawa arwah ke rumah anaknya tak kesampaian kerana dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebaik sahaja kaum keluarga yang berkampung di hospital balik ke rumah anaknya untuk menyambutnya di sana...

Kita semua berusaha... berdoa dan memohon semoga dia sembuh... namun ternyata ALLAH lebih menyayanginya....

Urusan jenazah dan pengebumian dijalankan dengan lancar... jadual untuk mengebumikan jenazah selepas zohor tapi sebelum zohor segalanya telah selesai...segalanya dipermudahkan.

Jenazah disemadikan di Kg Bayan Bukit Katil Melaka... sepanjang urusan pengebumian...cuaca redup...wajah2 sayu anak2 serta saudara mara mengiringi pemergiaannya...biarpun sedih dgn pemergiannya tapi mereka redha kerana mereka telah memberikan yang terbaik untuk bapa mereka.

Takziah buat keluarga menantuku yang kehilangan...

Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...

Ameen...







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

Zaitun said...

Al-Fatihah buat arwah dan takziah juga buat keluarga.

Ati Masrif said...

salam kak ani,

ati pun dah 20hari tak online

tak sangka kak ani ni dah bermenantu
nampak mudo lagi :)

al-fatihah buat besan akak tu

Alina... said...

Sedih..semoga roh bapa ade di cucuri rahmat dan d tempatkn d kalangan org2 beriman..aminn..

kasihredha said...

cantik le pelamin tu..
takziah juga unk keluarga arwah

Azian Elias said...

Bagus gak kan kita wat N3 dalam seminggu gitu.. jimat masa n tenaga..

I ni pun baru nak rajin sikit mengupdate.. hee..

dela said...

takziah buat keluarga besan akak

Irfa said...

alfatihah juga dari saya

aNIe said...

Salam Kak Zai.. terima kasih ye...

--------------

Ati ...terima kasih ye...dah tua dah ati...nak bercucu dah...

aNIe said...

Alina...terima kasih...

----------

Kasihredha... simple je pelaminnya kan...

Terima kasih untuk ucap takziah

aNIe said...

Azian...you rajin jugak update... hehehe...saya ni kalau rajin baru berupdate blog tu

------------

dela...terima kasih...

aNIe said...

Irfa...terima kasih ye...semoga rohnya dicucuri rahmat

sharifah rosidah said...

Alfatihah dan tak takziah untuk keluarga besan dan menantu Anie, dah tak ada rezeki dia nak sambut cucu baru.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails