Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, January 21, 2012

Selamat Bercuti....


Imej dari google...
i
Rasanya sejak semalam ramai antara kawan2 dah pun pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru China yang panjang...

Seperti yang kita ketahui... bila cuti panjang begini... maka akan panjanglah deretan kenderaan yang berada di lebuhraya...

Semua nak balik kampung... kerana bagi yang bekerja jauh... cuti yang panjang inilah yang selalu digunakan untuk menjengah sedara mara yang jauh.

Bagi yang telah merancang cuti... pasti ini masa yang sesuai untuk membawa keluarga berjalan jauh...

Aku seperti biasa... bila cuti panjang akan balik ke kampung.

Selalunya aku cuba mengelak untuk masuk ke lebuhraya pada waktu puncak... harap2...pagi Sabtu ni tak lah ramai yang bercadang untuk bertolak pagi...

Pagi?  Hmm... pagi bagi aku dan anak2 selalunya nak tengahari dah...hahahaha...

Sempena cuti ni... aku ingin mengucapkan kepada kawan2 yang berbangsa Tionghua...SELAMAT TAHUN BARU CHINA...

Dan pada kawan2 yang akan berjalan jauh...

SELAMAT MEMANDU... sentiasa berhati2 di jalanraya... berhemah dan bersabarlah ketika memandu... kerana tak lari kampung yang dikejar...

Ingat pada keluarga di kampung yang sedang menanti...

Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi kita... tak kiralah walau ke mana jua arah tujuan kita....

Dan semoga ALLAH melancarkan dan memudahkan perjalanan kita ...Ameen...






...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

MaryaYusof said...

Salam Kak Anie,

Selamat Bercuti * berjimba-jimba kak ;)

Insya'Allah kak, mana tau rezeki durian runtuh akak smp jgk ke Peru ni... tp kalau dpt pergi Mekkah lg best kan kak... Sy pun entah bile dpt pergi :)

sharifah rosidah said...

Kita pukul 7.00 pagi dah bertolak balik JB, anak2 dah tak sabar nak pergi Universal Studio Singapore sebab ada permainan baru transformer. Kita dengan shamsul malas nak ke USS kita jalan2 kat Orchard Road shopping lah apa lagi.

nurazzah8 said...

Salam Kak aNIe,

selamat bercuti utk Kak aNIe sekeluarga ...

saya bercuti di Shah Alam sajer...hehehe


Azzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/2012/01/tasik-tobarisea-of-galilee-part-2.html

lienda said...

selamat bercuti kak anie,berhati hati di jalan raya !

Mak Su said...

akak dah balik kl?

ainnoraini said...

Saya tak gi mana2 pun kak anie ada jer kt sini...

MulutPayau said...

selamat bercuti ya kak...

MULAN said...

seronoknya semua balik kampung... kami kat sini je sbb hubby keje..

ckLah @xiiinam said...

Lama bercuti ya Anie!

aNIe said...

Marya ...akak betul2 berjimba2 ni... seminggu blog tak berupdate...hehehe

---------------

Shidah...awak bercuti di Singapore ye...wah...bestnya!!!

aNIe said...

Azzah...akak ni seperti biasa cuti panjang mesti di kampung...hehehe

----------------

lienda...terima kasih... dah balik pun bercuti tapi malas nak update blog...hehehe

aNIe said...

Maksu...dh balik dah hari Isnin lepas tapi tak berblog...letih

---------------

ainnoraini...kalau cik abang akak ada kat sini akak pun tak balik melaka...sebab jam tak menahan...dok rumah lagik best

aNIe said...

Mulutpayau...terima kasih...cuti pun dah abis...hehehe

--------------

Mulan...keletihan bila balik kampung ni... penat berjalan2...

aNIe said...

ckLah...kepenatan...hehehe...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails