Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, January 9, 2012

Santapan Penamat MasterChef Malaysia Malam Ini...Updated

Tahniah buat Ezani kerana menjadi MasterChef Malaysia yang pertama...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Beberapa hari ketinggalan menonton Masterchef... tau tau malam ini sudah pun sampai ke Santapan Penamat..

Semasa pertama kali Masterchef Malaysia disiarkan beberapa bulan dahulu aku memang tak mengikutinya sangat...

Aku tak pernah melekat di depan TV untuk menontonnya...

Tapi bila aku terlihat ada Ary Malik pelakon comel yang aku minat... kemudian terpikat dengan Ezani semasa dia menyediakan Baklava dgn Puding Durian serta mendapat pujian dari Chef Riz... aku mula menonton rancangan ini.




Kemudian aku jadi kagum dengan Zamir dan Daniel iaitu dua pelajar muda belasan tahun yang berjaya melaksanakan beberapa tugasan yang di beri oleh Chef dengan baik...



Setelah Ary terkeluar... aku cuma mengharapkan Ezani dan Zamir untuk ke peringkat akhir...malangnya Zamir terkandas...

Walaubagaimana pun ... sama-samalah kita doakan supaya peserta peringkat akhir iaitu Ezani Farhana dan Wahidan Awang Supair  akan melakukan yang terbaik...



Tak kiralah siapa yang menang... kerana aku rasa kedua2nya layak untuk menjadi peserta akhir dan layak untuk mendapat gelaran tersebut...(tp aku minat kat Ezani...hehehe)

Jangan lupa ye... saksikan di Astro Ria... jam 9 malam nanti...

Selamat Memasak bagi kedua2 peserta...

p/s ... photo dari sjiehan.com




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

kak ina kl said...

dapat jemputan ke situ tgk beramai-ramai final episod tapi hb ada kat rumah terpaksa suruh pa akak gi ajer

aNIe said...

Larrr... seronoknya kalau dpt tgk kat sana... tapi nak buat camaner kan? PA lah yang seronok kan?

ainnoraini said...

tengok jugak tadi kak anie...seronok jer tengok dia org ni masakkan...

kalau saya la yg masuk tak tahu la mcm mana la rasenya masakan saya tu...

aNIe said...

Ain... kita ni yang nak masak kat rumah terkial2 nak fikir resepinya... tu pun kadang baru 1-2 lauk kan...hahaha

shahjiehan said...

thanks akak...

pic tu saya amik kat fb panpage je...

=)

aNIe said...

shahjiehan.. hehehe...takpe... :D

Dalila Hamid said...

minat jugak tgok..... tpi x berapa minat dgn anak chef wan tu... terlalu control macho sgt... nmpak mcm kaku... hhee.... sedihkan bila teringt tarikh kehilangan org tersayang.... hari ni kita sembang2 pastu esok dia telah pergi tnggalkan kita.... terkejut sgt... Takziah!! Al-fatihah...

Zaitun said...

Kak Zai pun suka tengok rancangan ni tambahan pula ada arry malik.Artis pun pandai masak.

MULAN said...

kita yg suspen tengok depa kena masak macam2 dgn bahan & waktu yg terhad...

aNIe said...

Dalila ... akak pun tak minat dgn chef Riz tu...cara dia senyum sebelah tu nampak kerek...hehehe...

Al-Fatihan untuk ibu2 yg telah pergi...

-------------

Kak Zai...anie pun suka kat ary malik tu...comel kan? Nampak gediks tapi comel...hehehe

aNIe said...

Mulan... kalau akak lah... mau mengong sekejap... yelah semua nak masak ikut waktu...pastu memang rasa tertekan ... pengsan..!!

sharifah rosidah said...

Anie semenjak kerja ni banyak program tv kita dah tak tengok, balik dah letih malas dah nak ngadap tv.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails