Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, January 31, 2012

Jalan-jalan di Tahun Baru China...

...

...sambungan percutian Tahun Baru China....

Petang hari Ahad... setelah balik dari membeli kamera untuk si kecil... aku dan anak2 bergolek2 di rumah Munir...

Bila tengok telefon...ada miss call dari adik ipar... rupa2nya dia mengajak kami semua ke Tiara Golf Resort untuk membawa si kecik mandi manda di kolam renang...

Walaupun masa tu hari dah petang... si kecik yang dengar aje mak sedara mempelawa dia ke sana... terus sahaja berlari menukar baju mandi...(memang sentiasa bawa spare kalau balik Melaka)



Anak2 kalau pasal mandi memang tak hengat...


Apabila dah maghrib... panggil mereka semua naik ... mandi dan solat di sana... 


Aku dan anak2 bercadang untuk balik pada hari Isnin... jadi malam Ahad aku tidur di rumah mertua... tu pun dah jam lebih 12 malam baru kami sampai di rumah mertua... orang semua dah tidur...hehehe...

Keesokan harinya... geng2 anak aku datang rumah nenek...apalagi riuh rendah jadinya...


Tengahari... kami keluar beramai2 untuk melihat sebuah rumah yang telah siap di bina di Bukit Katil... memang besar dan cantik...amat tertarik dengan kawasannya yang betul2 di tepi jalan...


Gambar rumah tu si kecik ni tak ambil pulak... tapi memang besar... 

Cik abang cuba menghubungi nombor yg tertera... sekali pemaju tu beritau...harga rumah tu...RM1.6 JUTA....

Terus kami terdiam... ntahlah... bagi aku kalau rumah yang besar begitu ...tapi terletak di Melaka... harga 1.6 juta tu mahal...lainlah kalau kat Shah Alam ni... 1.6 juta tu memang dah biasa kita dengar....

Dari lokasi itu kami bergerak ke rumah adik ipar yang sedang dalam pembinaan....


Masih lagi belum siap... tapi segala pembinaan asas dah siap...




Ini adalah rumah2 jirannya... aku suka tengok bentuk asal rumah tersebut...comel aje...
Rumah sebelah ni tak berpagar... cantik...


Dari sana... ke rumah Munir yang berdekatan kawasan itu...


Si kecik sedang bergaya dengan motor baru munir...

Duduk di rumah Munir hingga selepas Isyak... kemudian kami bertolak balik.  Kali ini aku balik bersama kereta cik abang... anak dara aku balik sendiri bersama sepupunya...

Keesokan harinya cik abang ada rumah... jadi kami menghabiskan masa bersama si kecik & anak sedara yg mengikut kami balik ke Shah Alam...

Destinasi kami ialah Sunway Piramid... dan seperti biasa... bila Tahun Baru China.. jalan menjadi lengang... tapi Sunway masih ramai pengunjungnya...

Setelah menghantar Farhan ke tempat kerjanya... kami pun pusing2 dalam Sunway Piramid... bukan nak beli apa pun...



Tapi kemudian cik abang terpikat dengan Galaxy Note....semasa melintas di hadapan Kiosk Samsung...



Jadi...tersambarlah sebuah Galaxy Note... biarpun cik abang yang pakai...aku pulak yang teruja... !!

Dari kedai Samsung... kami menuju ke TGV... mau menonton cerita apa ye..?

Hmmmm.... tak banyak cerita yang menarik...

Jadi untuk membuang masa kami membeli tiket untuk menonton filem Bujang Terlajak... 



Semasa dah masuk panggung dan filem mula diputarkan... alamak... Filem  Prof.Abdul Razak Mohaideen pulak dah... (aku memang jarang tengok filem dia)

Tapi tengoklah jugak...

Kira okay jelah... saja menonton untuk menghilangkan stress... gelak2 tengok gelagat si Nabil & Johan...(macamlah stress sgt..hahaha)

Maka tamatlah sessi jalan-jalan di hari kedua Tahun Baru China 








Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

sharifah rosidah said...

Anie, kita suka rumah Munir, tak besar dan tak kecik, kalau duduk rumah besar2 penat dan macam sekarang ni bila Afiq masuk U nanti rumah ni tinggal kami berdua je. Ada juga jalan2 kami teringin nak beli rumah teres setingkat lot tepi dan bosan dengan rumah besar dah dan senang bila dah tua tak penat nak mengemas nya.

Acik Erna said...

anie..masih mencari ke..dah dapat rumah dimelaka..jadi ke hajat nak pindah ke melaka..

Dalila Hamid said...

alahai... percutian yg menarik

MULAN said...

seronoknya...

aNIe said...

Shidah... i pun kalau nak cari atau buat rumah... takmo yang besar2 sgt... cukup untuk bilik2 anak sorang sebiji...& bilik master... dapur & ruang tamu... nanti kalau besar2 penat nak berkemas...

---------------

Kak Erna... dalam pencarian... kalau dpt yang dah siap... senang je boleh pindah... tapi kena tunggu keputusan cik abang...

aNIe said...

Dalila...cuti2 kat kampung je.. hehehe

-------------

Mulan ..memang seronok...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails