Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, January 6, 2012

Di Penghujung Cuti Sekolah...

Sehari sebelum balik ke Melaka selepas hari terakhir percutian hujung tahun aku dan si kecik singgah kat PD...

Sebenarnya takde dalam perancangan kami pun... aku balik ke Melaka sebab cik abang sibuk menguruskan program berbasikal  Big Boss...

Jadi dia tak dpt balik Shah Alam... aku dengan si kecik je yang balik...

Hari Ahad aku dgn cik abang keluar mencari keperluan sekolah si kecik... baju dan seluarnya... yang lain2 tak beli sebab nak beli kat Shah Alam je... lagi pun tak bawak dia... takut pulak nanti kasut yg dibeli tak muat...

Hari Isnin...selepas zohor aku nak bertolak balik ke SA... sementara tu nak singgah rumah Ita,... Munir & bapak dahulu...

Semasa menghubungi biras ku Ita... dia nak bertolak ke PD katanya... dia mempelawa aku ikut bersama... bila mendengar aje pelawaan Ita si kecik dah merengek2 untuk ikut serta.

Setelah mendapat lampu hijau dari cik abang... aku pun bertolak dari rumah Munir untuk ke Hospital Seremban setelah mendapat berita dari Sya yang anak sedara aku kemalangan dan sedang terlantar di hospital tersebut.

Selesai melawat... aku dan Sya berpecah haluan... dia balik ke BBST... dan aku menuju ke Resort Sri Intan untuk bersama Ita...


Sampai PD.. hari dah gelap... jadi kami cuma pusing2 di kedai2 yang berdekatan...




Malam tu kami berBBQ di luar pagar Resort... adik ipar sibuk membakar satay dan ikan...


Pagi yang cerah... anak2 dah turun ke kolam awal2 pagi sebaik sahaja pekerja Resort selesai membersihkannya...


 Seronok berendam... tak puas2 bermandi manda sampai ke saat akhir nak check out...



Anak2 yang sama2 menceriakan hari kami... gambar diambil sejurus sebelum bertolak pulang Selasa tengahari....



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

Dalila Hamid said...

ramai tul yg masih bercuti... cemburunya...

ROZILA said...

Salam aNie,

Selamat tahun baru 2012.....
Patutlah lama tak muncul,rupanya ke Medan,banyak bawa ole-ole balik?

Zaitun said...

Sempat juga berlibur walaupun tak dirancang.
Budak2 memang suka kalau jumpa swimming pool.

Zareda Norman said...

zar pun di penghujung cuti tu cuti terkejut ke kuantan...

dah buka sekolah.. back to rutin.. balik dari pejabat.. terus pengsan.. lepas sampai esok pagi.. hehehe

sharifah rosidah said...

Wah cik Anie kita berjalan je memanjang, Anie hari isnin ni Tun Hasmah nak datang lescoupaque tau.,

aNIe said...

Dila.. tu percutian tak dirancang...hehehe

-----------

Selamat Tahun Baru Rozila... semasa kat Medan tak banyak berbelanja...sebab kita tak membawa rupiah...cik abang yg bawa...jadi hasrat untuk berbelanja lebih tak tercapai...hehehe

aNIe said...

Kak zai...anak tu dgr aje ade swimming pool...tak tentu arah kita dibuatnya... masa kat hospital pun dah buat muncung... sebab kita terlewat

--------------

Zar...hari2 sekolah memang buat kita nak pengsan...macam anie sebab penat drive ke sana ke mari...maklumlah badan dah veteran

aNIe said...

Shidah...perjlanan yang tak dirancang...

Aha....tau yang Tun Hasmah nak datang...sibuklah ye kat pejabat tu...

ashrafi said...

Assalamualaikum.

Seronoknya bercuti. :)

Salam ukhuwwah

aNIe said...

Salam ukhuwah ashrafi... bercuti untuk anak2...sebab diorang yang lebih seronok

Dalila Hamid said...

al-fatihah utk arwah mak akak..... tpi mmg sayu ja hati bila teringtkan tarikh mereka meninggalkan kita... terima kasih kak.. :)

aNIe said...

Dila... tulah...akak akan ingat setiap tahun...dan setiap masa...masih merindu dan rasa macam baru aje...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails