Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, January 11, 2012

Catatan Percutian Keluarga ke Medan (23-12-11)

Ketika Melaka Air dilancarkan pada 11-11-11 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka...destinasi pertamanya ialah ke Medan...

Selepas tarikh pelancaran tersebut... adik2 ipar di Melaka telah pun menjejakkan kaki ke Medan mengikut jadual penerbangan masing-masing... dan keluarga aku adalah yang terakhir ke sana kerana kami semua sibuk dengan urusan masing2...

Setiap hujung minggu ada saja ahli keluarga yang terpaksa menguruskan hal masing-masing..

Hinggalah pada tarikh 23hb Disember... yang telah cik abang tetapkan...maka kami semua meluangkan tarikh tersebut untuk percutian bersama...

Aku bertolak balik ke Melaka pada malam Khamis... dan sampai di rumah mertua pada waktu tengah malam...

Pagi Jumaat... seawal 6 pagi kami semua sudah bangun untuk bersiap2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam...

Selesai sarapan... kami bertolak ke Batu Berendam...


Anak-anak semasa menanti kedatangan Firefly di Airport Melaka untuk bertolak 


Si Kecik & abangnya dlm pesawat... tak sabar nak terbang dah...


Dah sampai pun....Yeayyy!!!

Sampai sahaja di lapangan terbang Medan.. kami disambut oleh ketua Agen Pelancongan di sana... dan bila semua urusan dah siap... kami terus menuju ke bas yang telah pun tersedia menanti..



Di dalam bas... pemandu pelancong kami ialah Pak Herman... kami begitu terhibur dengan kelucuan beliau setiap kali menceritakan ttg tempat2 yang kami lawati... dan berbagai lagi cerita2 yg membuatkan aku tekun mendengar dan sesekali di selangseli dengan gelak ketawa oleh kelucuan Pak Herman...

Tempat pertama yang kami singgah ialah... Istana Maimon











Beberapa sudut dalam Istana Maimun... ada kumpulan yang bermain alat muzik... di atas tu adalah orang yang  diberi tanggungjawab untuk menerangkan kepada kami salasilah keluarga di raja itu....


Kemudian... kami dibawa ke sebuah kedai menjual telekong... boleh gila melihat telekong2 yang cantik2 kat sana...tapi apa2 pun sabar dulu... nanti boleh beli....tengok dulu di tempat lain...


Bila selesai melihat2...perut dah berkeroncong... singgah makan di Restoran Famili...untuk mengisi perut...


Pelbagai jenis  gulai yang disediakan...ada gulai lemak cili padi... ayam... ulam ...sambal.. dan macam2 lagi.


Selesai makan...berposing sekejap... sambil menanti ahli rombongan menunaikan solat...

Bila semua sudah bersedia... perjalanan diteruskan...tempat tujuan ialah ke Tasik Toba....

Perjalanan yang begitu panjang membuatkan kami semua keletihan... waktu asar... singgah lagi untuk menyejukkan tekak...



Mesti cuba alpokat coklat yg memang terkenal di sana... Ude je yang suka sgt dengan minuman ni... yang lain tak berapa nak minat...

Melalui jalan yang bengkang bengkok... membuatkan perjalanan begitu lambat sampai ke puncak...

Sampai di Parapat... hari dah malam... jadi kami makan malam dan bermalam di Hotel Niagara... 

Bila dah penat... apa lagi yang ada dalam fikiran ini selain dari...tidurrrr....


Bilik kami besar dan selesa... connecting room dengan Farhan, Fareez & Ude... Munir & Ade di bilik yang lain...

Bilik yang diuntukkan pada kami adalah bilik yang mengadap betul2 ke Tasik Toba yang indah...namun malam yang gelap membuatkan pandangan kami terbatas...

Bersambung.....



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

Yunus Badawi said...

Jadi tak beli telekong kat kedai tu atau kak Anie beli di tempat lain?

aNIe said...

YB... memang tak beli telekong kat situ... kami membeli pada hari ketiga di sana di sebuah kedai lagi...

MOKCIK AZWA said...

Kat tempat kak Anie beli tu lagi murah ker?

Adoii tengok barisan telekong tu pun boleh meroyan jadiknya hahahha

Ati Masrif said...

wah..bestnya!
teringin nak gi kalau ada rezeki :)

pB said...

akak ..

seronoknyaaa ....

aNIe said...

Mokcik... ada satu tempat yang diorang panggil pasar ikan... kat situ memang banyak pilihan kedai... kalau takmo beli di kedai ni...kedai sebelah pun ade... mcm kat jalan TAR...

Mokcik... akak jadi rambang mata... semua yang akak tengok cantik...

-----------------

Ati ... pergilah kalau ade rezeki... akak paling seronok sebab nak tengok Tasik Toba...selalunya kita dengar dari cerita orang saja...

aNIe said...

PB...memang seronok... sebab yg pergi masa tu semua ahli keluarga akak ada...termasuk menantu

secangkir madu merah said...

nampak sangat selesa keadaan bilik tu ya kak... rasa macam tak payah gi jenjalan..nak tidor je sepanjang hari hahaha... bilalah saya dapat pergi medan ni... huhuhu

~ yus ~ said...

alpokat coklat tu sedap ya kak? Tengok pun macam sedap je...tiba2 teringin pulak...huhu

seronok akak dapat jalan2 satu family ke sana ya...

Dalila Hamid said...

alahai...bestnya.. dela kluar mlm pun x pernah... cuti2 malaysia saja

sharifah rosidah said...

Sekali sekala percutian dengan anak beranak memang lah seronok, kita pun suka jalan anak beranak, nasib baik anak yang sulong tu walaupun dah kerja masih lagi suka jalan bersama.

Banyak ke shopping kat Medan ataupun lebih seronok shopping di Bandung, tak payah jawab kat sini nanti jumpa kat office bagitahu ya.

aNIe said...

SMM... bila dah sampai bilik...dgn badan yang dilambung bas sepanjang jalan...memang rasa malas nak berjalan pagi esoknya...tapi rugi kalau tak tgk Tasik Toba...hehehe

-----------------

Yus... anak2 yang lain cakap macam rasa sayur yang diblend & campur coklat... lagipun kalau yg tak suka minuman pekat baik jgn order... nanti geli geleman ...hehehe...

Yang sukanya Ude...

Memang seronok Yus...sebab akak jarang dpt berjalan2 dgn anak2...

aNIe said...

Dila... cuti2 Malaysia kalau dengan org tersayang memang seronok...orang kata tak ternilai harganya...biarpun dlm malaysia je... tapi cukup berbaloi...

--------------

Shidah... anak2 yang lain memang senang kalau nak diajak berjalan sama...tapi yang sulong tu dia dah berkeluarga... masing2 bekerja... kenalah cari masa mereka free....

Tak banyak barang yang dibeli... cik abang tu aje membeli untuk anak2...sebab kita tak pegang wang rupiah...jadi tengok aje...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails