Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, December 2, 2011

Muzium Negara...Jejak Upin & Ipin...

Sekarang...kat Muzium Negara sempena cuti sekolah ni ada pameran Jejak Upin & Ipin... untuk sebulan.

Macam2 aktiviti ade...

Jadi semalam aku bawa si kecil ke sana bersama kakaknya Ude.

Awal pagi dah bertolak dari rumah...terus ke pejabat Ude.  Mengambil sedikit barang2 di sana dan terus ke muzium.

Bagi Fareez inilah kali pertama dia menjejak kaki ke Muzium.  Sebenarnya dia takde program di sana...cuma nak ikut tengok Jejak Upin & Ipin.

Sampai aje di sana... aku yang dah lama tak sampai ke muzium pun dah macam orang yang baru sampai.  Dah banyak yang berubah wajah...

Kalau dulu ... paling kerap ke Muzium ialah ketika di alam persekolahan.   Rombongan sekolah dari Melaka mesti singgah di Muzium...tempat wajib tu.  Rasanya bukan sekolah dari Melaka saja... kebanyakan sekolah di negeri lain pun membawa anak murid mereka melawat Muzium pada musim cuti sekolah.

Si kecik begitu seronok... asyik2 suruh aku ambil gambar dia.

Kami berada di muzium dari pagi sampai petang... (aku dah macam kakitangan Les Copaque... bersadai kat situ sampai petang... sampai nak terlelap menahan ngantuk bila dah penat berjalan)

Jom kita layan gambar...


semasa baru sampai...si kecik tak sabar2 nak masuk...laju aje menolong kakaknya mengangkat barang2...



 pintu gerbang masuk dari belakang...


ada pameran khazanah kapal karam rupanya...

Sampai je...terus sarapan di Cafe Muzium...murah dah sedap....



di hadapan jalan masuk ke Jejak Upin & Ipin....






di bahagian dalam...sempat mengambil beberapa gambar sahaja...











Kemudian... kami ke pameran Khazanah Kapal Karam...


tak banyak gambar yang diambil di sini... kemudian terus ke bahagian hadapan muzium untuk masuk ke Galeri pameran Muzium Negara...






ada pameran Busana Pengantin Mutiara oleh Raflesia di tingkat bawah muzium... cantik2 gaun2 pengantin yang dipamerkan ...gaun2 tersebut adalah gaun yang dipakai oleh artis2 terkenal... gaun pengantin Ning Baizura... Amber Chia... gaun pengantin Siti Nurhaliza & dan gaun pengantin yg kontroversi iaitu gaun pengantin Memey...

Aku tak sempat ambil gambar masa ni...sebab sibuk melihat gaun2 yang cantik dan kasut2 Dt Jimmy Choo yang dipamerkan yg berhias dengan permata & mutiara... memang sukar untuk digambarkan kecantikannya.

Seronok pergi muzium dengan si kecik ni... dia suka membaca segala apa cerita serta kisah yang ditulis di setiap apa yang dipamerkan...cuma lama kelamaan aku yang tak sabar nak keluar cepat... capek dah...!!

Dulu kalau ke muzium dengan cik abang... dia laju je jalan sampai aku tak sempat membaca segala apa cerita tertulis... sekarang aku pulak yang tak tahan... tapi dia beruntung sebab aku sabar menanti dan mengikut dia melihat SETIAP BARANG yang dipamerkan di sana...

Seharian aku kat sana... dari pagi sampai ke petang....

Dan dalam perjalanan keluar untuk pulang petangnya... sempat lagi bergambar...






 Heheheh... semua gambar si kecik je... maklumlah model aku tu sorang je...jadi semua adalah gambar dia...

Jadi pada yang ada anak2 tu... cuti sekolah ni  masukkanlah agenda untuk ke Muzium Negara... dan jangan lupa untuk ke Jejak Upin & Ipin....pasti anak2 suka... kerana ada macam2 aktiviti di sana termasuk berjumpa dengan maskot Upin & Ipin...



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Azian Elias said...

serronok nya. dah lama tak ke sana. ada plan nak bawak anak2..

pandai betul model awak berposing yeee..

Unknown said...

akak! Muka Fareez ni mmg macam Ehsan tu tau! Sesuai sangat dia yang bawa suara Ehsan tu dalam Upin Ipin hehe...:)

aNIe said...

Yan...anak2 paling seronok...muzium tu banyak mengajar anak2 mengenal sejarah silam... lebih2 lagi yang minat membaca...at least ada jugak perkara yang dipelajari masa cuti sekolah ni...

-------------

Yus...hahahah...ramai yang cakap mcm tu... masa pergi test suara ari tu...diorang nak bagi dia watak aris dalam Pada Zaman Dahulu...tapi suara dia cuma sesuai untuk budak2 yang montel...hehhehe...aris tu kurus je dlm katun Pada Zaman Dahulu tu...

----------------

Zaitun said...

Kak Zai setiap tahun bawa anak ke Muzium Negara banyak ilmu boleh diperolehi jika ke sana.

Mulan said...

best best... kalo sempat nak sgt pergi..

ida napi said...

lama dah tak pegi muzium..plg ingat pun potret hang tuah yg guna tembaga..rasanya ada lagi kat situ kot..planetarium n taman burung dah dkt tu, dpt singgah sure fareez lagi suka..

sharifah rosidah said...

Sorry kita dapat berbual dengan Anie sekejap je sebab lepas tu kita lari ke KPJ ada meeting untuk projek seterus nya di Istana Budaya tahun depan. Kita masih tak sempat nak explore baju2 pengantin tu tak pa kita boleh dikatakan setiap hari ada disitu.

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

dalila said...

seronoknya... rasa2 last masuk muzium umur 12 tahun... lama dah tu...hhee

Mak Su said...

sy pi muzium last masa pameran silat...fuyooo, lama dah tu... :)

aNIe said...

Kak Zai..tu yang bawak si kecik tu...nak ajak dia tengok apa yang ade kat Muzium tu...memang berbagai ilmu yang dpt ditimba di sana...

----------------

Mulan...datanglah... sampai hujung bulan ni...tapi akak tak selalu ade...

aNIe said...

Ida napi... gambar Hang Tuah tu ade lagik... banyak dah berubah... tak sempat pun nak bawa dia ke tempat2 yang berdekatan... dia membaca setiap yg ada dlm muzium tu... lama dia kat sana...penat menanti...

-----------------

Shidah...takpe...faham sangat keadaan you sibuk memanjang... nanti bila senang2 boleh lah kita jumpa lagik kan...

aNIe said...

Salam Jhazkitaro...akak selalu jugak singgah di sana...

----------------

Dalila...akak memang suka pergi muzium...suka tgk mcm2 khazanah kat sana...

aNIe said...

Maksu... sekarang banyak yg dah baru...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails