Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, December 12, 2011

Hujung Minggu Di Ganu...

Berhujung minggu di Ganu...

Minggu lepas kami ke Terengganu...

Rasa tak sabar nak ke sana sebaik sahaja mendapat berita yang Ida akan melangsungkan perkahwinannya pada 10hb.Disember.

Sejak dari awal perancangan telah dibuat bersama adik2 ipar yang lain...

Malangnya mereka yang ingin bersama ke majlis tersebut terpaksa membatalkan niat untuk bersama kami kerana hal-hal yang datang kemudian.

Ada yang terpaksa ke JB untuk mengikuti kursus... ada yg mendapat jemputan perkahwinan yang wajib dihadiri ada juga yang ke Medan setelah tiket untuk ke Medan ditempah pada minggu itu.

Maka hanya aku sekeluarga saja yang ke sana.

Kami bertolak hari Jumaat sebaik sahaja cik abang sampai selepas maghrib dari Melaka setelah menghadiri suatu pertemuan di Kuala Lumpur..

Usai solat maghrib...kami pun bertolak anak beranak... bersama 2 orang anak sedara yg datang ke rumah ku untuk percutian sempena cuti sekolah.

Cik abang yang memandu dari Shah Alam... biar pun letih tapi cik abang begitu sukar untuk melepaskan steering itu pada aku atau pun Ude... kerana dia lebih yakin memandu sendiri.

Perjalanan diteruskan tanpa berhenti...sebab rasanya semua pun kenyang...

Kami cuma berhenti di R & R Kuantan...



Sunyi sepi kat R & R tu... kami berhenti untuk ke tandas je... selepas tu perjalanan diteruskan.

Perbualan yang rancak dari anak2 dibelakang...lama2 sudah senyap... maklumlah keletihan dek perjalanan yang panjang.

Ude yang duduk di belakang kerusi aku tak habis2 mencolek lengan aku untuk memastikan aku tidak tidur... takut dia untuk meninggalkan ayahnya memandu bersaorangan.

Sampai di Kuala Terengganu... jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi...

Cik Abang memberhentikan kereta di sebuah gerai untuk mengisi perut...maklumlah sepanjang perjalanan di Terengganu hujan mula turun...laparrrrr....

Selesai makan... kami terus check in di hotel Tanjong Vista... hotel 3 bintang... tapi masih baru dibuka.



Disebabkan keletihan... sampai saja terus tertidur... kerana dah pesan kat anak2... esok kena bangun awal...

Keesokan harinya...

Selepas bersarapan di Cafe hotel... anak2 yang dah siap berpakaian renang tak sabar2 untuk ke kolam renang hotel tersebut... termasuk Farhan...

Tapi sampai sahaja di kawasan kolam...Farhan terus mengeluh...


Hmmmm.... kolam renangnya yang merupakan kolam renang 'indoor' lebih sesuai untuk anak2 sahaja...

Jadi mak ayah tengok aje anak2 bermain air.  Biar pun ada kolam yang besar... tapi ianya hanya separas dada Fareez... takde maknanya Farhan nak berenang...




Ude  pula... awal pagi dah ke rumah Ida membawa kamera... pesannya dalam jam 1 tengahari nanti dia akan kembali mengambil kami...

Oleh itu aku biarkan aje anak2 tu berendam di kolam sementara menanti panggilan dari Ude....

Esok sambung ye....


...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

@xiiinam said...

Salam kak Anie...
Ni kalau Nuha tengok ni, mesti dia mengaruk cemburu....ibunya belum sempat lagi. Hehehe

aNIe said...

Waalaikum salam ckLah... hehehe...akak ni pun terpaksa...memang rancang awal2...sebab Ida tu bagai anak pada akak... 4 tahun tinggal bersama di rumah...

Dalila Hamid said...

bestnya cuti2..... thun ni cuti2 dela kena cut dibawa ke tahun depan...hhee

aNIe said...

Dalila... cik abang akak tu jarang dpt cuti... tu yang kelam kabut je percutian kami...

Acik Erna said...

anie..dapat bercuti dengan cik abang kali ni ye..
alhamdulillah naie selamatsampai ke terengganu dan balik semula ke shah alam.

MULAN said...

oohh... baru tau ada hotel baru tu... nanti buleh warwar kan...

aNIe said...

Kak Erna...ahah... kali ni dpt bercuti dgn cik abang... alhamdulillah dah selamat sampai ke shah alam biarpun hujan renyai sepanjang jalan...


--------------

Hotel tu berdekatan dengan Grand Continental...

~ yus ~ said...

Yus pun baru balik dari Terengganu ni kak. Letih, tp seronok sbb dapat jumpa kak Mulan dan kak rina...:)

sharifah rosidah said...

Anie, krew lescoupage dan tv 9 tidur di hotel ini juga semasa kami mengadakan karnival di moonsoon cup tu. Hotelnya boleh tahan, shidah dan Borhan dapat bilek di Riyaz tapi shidah bagi bilek tu pada Zaid, kami lebih suka tidur di Tanjong Vista bersama krew2 yang lain.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails