Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, December 30, 2011

Doa Pelembut Hati Anak2...


Di hari yang mulia ini aku ingin berkongsi sesuatu yang aku dapat dari email...yang baik untuk kita amalkan...

Semoga amalan yang kita lakukan diberkati ALLAH... kerana apa yang kita lakukan ini adalah untuk kesejahteraan keluarga kita

-----------------------------------------------------





Doa Melembutkan Hati

(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras

Hendaklah membaca surah Taa'haa  dari ayat 1 - 6 dan juga surah Al-Hajj ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

[1] Taa' Haa  [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan  [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah  [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi  [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy  [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi


[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka

---------------------------------------------


(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang

Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu

Maksudnya :

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

----------------------------------


(3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati

Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 sehingga 129 semasa berjumpa atau bertentang mata

Maksud ayatnya...

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman  [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"


-------------------------------------


Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud:

“Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” 

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud:

“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya:

 "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ” 

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu, amalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud:

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.” 

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud:

 “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 


--------------------------------------

Untuk melembutkan hati anak-anak.

Bacalah surah Thoohaa ayat 1 hingga 5

Caranya:

Bacalah ayat di atas semasa anak kita tidur. Hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung semasa anak menarik nafas dalam lena. Ulanginya beberapa kali @ seberapa mampu.


Bacalah surah Al-Hash ayat 21 hingga 24

Caranya:

Baca dan tiupkan pada ubun-ubun anak kita sambil berdoa semoga anak-anak kita dilembutkan hati.




Semoga anak2 kita nanti baik akhlaknya...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

7 comments:

Azian Elias said...

thanks for sharing..

INSYALLAH boleh dipraktik kan..

Ati Masrif said...

good info kak ani

maaf komen kak ani pagi tadi
kt blog ati dah terdelete dgn
n3 tu sekali...ada problah..geram je :)

Anonymous said...

terima kasih untuk perkongsian ni kak... sangat bermanafaat... :) ~

aNIe said...

Azian.. sama2.. kita sebagai ibu kena berusaha lebih sekarang sebab anak2 remaja sekarang dah banyak yang tak mendengar kata... keras hati... semoga usaha kita diberkati

-----------------

Ati ...hehehe...ye ke? Alah takpe... hehehe...

Sesuatu yg baik untuk kita... lebih2 lagi sebagai seorang ibu...

aNIe said...

Manje... sesuatu yang baik... elok kita sebarkan... akak pun sedang berusaha... maklumlah ada sorang anak remaja kat rumah ni... nak ikut kepala dia aje... kita nak berkeras sgt pun tak boleh... kenalah minta pertolongan dari ALLAH...

dalila said...

InsyaAllah akan diamalkan

aNIe said...

Dalila... benda yang elok kita kongsi bersama ye...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails