Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, December 30, 2011

Berakhir Sudah Tentang Dhia...Bahagialah Dia Di 'Sana'...




Hari ni ... drama Tentang Dhia telah berakhir...

Sepanjang drama ni memang aku tak pernah buat entry pasal drama ni... ada masa dapat tengok... ada masa terlepas beberapa episod...

Memula drama ni memang membuat aku melekat di depan TV... tapi bila masuk bab menggunakan bomoh dan dah jadi macam slot cerita seram pulak... masa tulah aku terlepas beberapa episod... bab bomoh Boon tu diorang dpt tau dah mati pun aku tak tengok...

Tapi aku mula ikut balik bila Meli dah berpurdah...

Apa-apapun... drama ni memang memberikan kita banyak pengajaran... memang adakala kita melihat macam tak logik ada orang setabah Dhia... dan ada anak setaat Zikir pada ibunya...

Tapi apa yang digambarkan di dalam drama itu memang kadangkala terjadi di sekeliling kita.  Mereka yang setabah Dhia seringkali diuji ALLAH dengan berbagai ujian... dan memang ada orang yang percaya sangat pada bomoh hingga lupa bahawa perbuatan itu boleh membawa kepada rosaknya akidah dan kepada syirik...

Semoga kita dijauhkan dari segala sikap dan sifat negatif yang digambarkan di dalam drama tersebut...apa yang tidak elok tu kita jadikanlah sempadan dan baik itu kita jadikan teladan...

Terharu melihat betapa luhur dan sucinya cinta Dhia pada suaminya sehingga membawa ke mati...


Tahniah pada semua pendukong watak...terutama pada Nora Danish yang comel dan lemah lembut hingga membuat ramai yang sedih dan menangisi derita yang dilalui... Adi Putera..suami yang terpaksa mengikut telunjuk ibunya kerana telah diguna2kan.

Paling best ialah .. Liza Abdullah yang membawa watak Ku Salmi... teruk juga kena sumpah seranah... kesian Liza... tapi lakonan memang mantap... sakit hati betul tgk lakonan dia.  Tak lupa juga pada Izreen Azminda yang selalu berjaya membawa watak jahat dalam apa jua drama...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

dalila said...

tak sempat tgok tadi.... nora danish comel

Unknown said...

Tak berkesempatan nak tgk cite ni... sibuk betul org ckp ttg dhia ni di wall fb ;)

Ati Masrif said...

aduhh..kak ani
ati menangis ter esak sbb
tak sangka suami isteri mati bersama
syahdu sekali...

Anonymous said...

memang sedih... mak saya siap kutuk2 liza abdullah sebab jahat sangat. emosi tgk cerita ini ~

aNIe said...

Dalila...memang comel sgt...nampak ayu..lembut je...

--------------

Marya... hari ni kebanyakan status di FB pasal Dhia...

aNIe said...

Ati...sedih sebab diorang tu macam berjanji sehidup semati... kan?

--------------

Manje... akak pun asyik mengutuk si Liza je...banyak dosa dgn dia...hahahah

MOKCIK AZWA said...

Watak Dhia tu memang sesuai dgn Nora sebab dia memang nampak sangat lemah lembut hehe

Tak mengikuti sangat citer ni, cuma semalam kebetulan masa nak keluar sempatlah tengok endingnya...huhuhu sedeyyy la jugak hehehe

dEeWaN said...

salam...mmg sedey lah citer ni....dhia tu syik dpt dugaan jer...tp sentiasa tabah....apa pun akhirnya mereka bahgia di akhiratkan...

aNIe said...

Mokcik...ramai yang suka tgk cerita tu sebab suka tgk Nora Danish yang lembut... redup aja wajahnya...


--------------------

dEewan... selalunya orang yang tabah dan sabar banyak dugaan yang diberi ALLAH... semoga mereka bahagia diakhirat...chewah...macam betul2 je

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails