Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, November 4, 2011

Kunci Syurga...

Assalamualaikum...salam pagi Jumaat buat kawan2... semoga hari ini segala kerja dan urusan yang akan dilakukan diberkati .... dan semoga kita sentiasa di bawah peliharaannya...

Di hari yang mulia ini... ingin aku berkongsi sesuatu yang begitu menarik ... aku pernah menerima email tentang kisah ini...tapi terlupa untuk menyimpannya... Semalam terjumpa semula di blog Noorlara...

Ku pinta izin untuk mencetaknya semula...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di

Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,
dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan
dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan
semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku
dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka
serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat
itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

 "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari

sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan
perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya paderi itu berkata,

 "Aku minta dia keluar dari sini dan aku

menjamin keselamatannya."

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang

pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

 "Bagaimana anda tahu bahawa saya

seorang Muslim?" 



Paderi itu menjawab,

 "Dari tanda yang terdapat di

wajahmu."

Kemudian dia berganjak hendak keluar. Namun, paderi ingin

memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,
tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.


Paderi berkata, 

"Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan
tepat. " 

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" 

Sang paderi pun mulai bertanya, 


"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga
yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam
yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada
sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga
belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang
dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan
berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang
tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang
terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab
dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran
matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan
keyakinan kepada Allah.Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra':
12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat
kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat 
dalam firman Allah, 
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman,

"
Pukullah batu itu dengan tongkatmu.
"



Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air.  (Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman,
 "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing." (At-Takwir :1 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -
Mereka 
yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf,
yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 
"Wahai ayah kami,sesungguhnya 
kami pergi berlumba-lumba 

dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang
kami, lalu dia dimakan serigala.
"





Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata  
kepada mereka, 
"Tak ada cercaan terhadap kamu semua."
Dan ayah mereka Ya'qub  
berkata, 

"Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya
Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara
Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah
suara keldai." (Luqman: 19).

-  Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat,
Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul 
Kahfi  


(penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita 
itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i)

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30
daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah
sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun
adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu,
Tiga dikerjakan di 
malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya
dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini
disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, 

"Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.Mereka berkata, 

"Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata,
"Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, 

"Kami akan jamin keselamatan anda."

Paderi pun berkata,

"Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar
Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terusmemeluk agama Islam.
Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup
bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan
Al-Quran bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan
orang-orang kafir.   Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya
paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah.
Kerana itu  (kononnya)  apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang
membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalamIslam.

Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang
nazak)benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa
Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah.  Cuma, mereka tidak mahu mengaku
(kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan
duniawi.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah..
kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2..
Insyaallah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


p/s.... Aku pun pernah mendengar dakwaan tentang membisikkan kalimah ke telinga mereka yang nazak tapi tidak jelas tentang kebenarannya....




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Unknown said...

suka baca artikel ni kak..

perkongsian yg baik di hari Jumaat ini...

salam aidiladha kak anie..:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terima kasih, Kak Anie...
Salam Aidil Adha utk Kak Anie sekeluarga..

Acik Erna said...

salam aidiladha anie..terima kasih kongsikan disini..

sharifah rosidah said...

Subhanallah Anie, terima kaseh sebab sebarkan cerita yang sebegini buat kita rasa syukur sangat sangat.

aNIe said...

Yus... akak pun suka baca... baca tiap jawapan yang diberi oleh pemuda tu...

-----------------

Selamat Hari Raya Aidil Adha Sari juga...

aNIe said...

Salam Aidil Adha kak...semoga akak sihat sebelum raya ni...dptlah masak yang sedap2 untuk hero2 akak...

---------------

Shidah... suka baca cerita ni...dpt menambah pengetahuan pada kita...

Unknown said...

bagus info ni anne.

klu nak jual kaki mesin tu bagitau kita tau..kita nak..tapi jangan jual mahal-mahal ek

aNIe said...

Ina...hehehe...berkenan eh dengan kaki meja tu.. nantilah insyaallah kalau nak jual kita beritau...

Faradilla Rashid said...

Salam Kak Anie....

Mohon share artikel ini bersama sahabat di blog dan email.

Terima kasih.

aNIe said...

Waalaikumsalam Faradilla...silakan...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails