Nuffnang sedang menawarkan tiket 3D untuk blogger2 yg bertuah untuk premiere screening filem arahan Steven Spielberg The Adventure of Tin Tin...
Kisah pengembaraan seorang pemberita muda Tintin bersama anjing kesayangannya yang setia bernama Snowy...
Untuk mendapatkan tiket tersebut... nuffnangers kenalah menulis tentang pengembaraan yang mereka impikan bersama binatang peliharaan mereka.
Puas aku memikirkan... apakah pengembaraan yang ingin aku lalui bersama kucing kesayangan aku Lolly...
Camaner nak pergi mengembara dengan dia... sebab dia ni penakot... penakot giler.
Lagi pun dia tak pernah lagi keluar melihat keadaan dunia ini... kat rumah ni dia asyik duduk dalam sangkar tu aje...kalau tak pun... aku cuma lepaskan dia bermain2 di dalam rumah...
Hah..!! Kali ini aku nak bawa Lolly bersama...
Tapi aku kena pakaikan dia collar & tali supaya dia tidak ketakutan dan lari ketika bersama aku.
Aku ingin membawa dia mengelilingi Pulau Besar bersama rakan2 dengan berjalan kaki.
Pantai pulau yang cantik...
Kami akan tidur di dalam kemah... membawa segala keperluan dengan bag pack .. dan Lolly pula akan ku bawa bersama.
Tali collar dia mestilah panjang... kerana ketika kami mengharung air di tepi2 pantai berbatu yang curam... dia akan aku lepaskan melalui jalan darat... kalau tak terpaksalah aku memikirkan cara yang selamat untuk membawa dia. Maklumlah kalau anjing boleh lah berenang... rasanya kucing tak boleh berenang pada jarak yang jauh... mereka akan kepenatan...
Di kawasan tebing yang berbatu begini...terpaksalah mengharung air laut yang apabila pasang boleh sampai ke paras dada bagi orang yang serendah aku...
Di Pulau itu .. banyak tempat yang boleh diterokai... kerana terdapat juga pulau2 kecil yg berdekatan dengan pulau tersebutdan aku harap aku dpt membawa Lolly bersama2 mendaki bukit... menuruni cerun curam dan mengharung air laut dan merasai adventure yang pernah aku lalui dahulu....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
4 comments:
cam best jer...nak ikott boleh?? hihi ;)
iemah...ni angan2 je...
Ok sila pelawa kita bila nak pergi lagi,hehehe.
Shidah..ni cerita impian utk dapatkan tiket nuffnang
Post a Comment