Lama sungguh aku tak bertemu dan berbual2 dengan aunty India belakang rumah ni...
Selalunya kalau aku buat kerja kat belakang... membasuh dan menyidai baju... mesti bertegur sapa dengan dia.
Tapi disebabkan kami balik raya hujung minggu tu.. lamalah dia tak nampak kelibat aku...
Semalam...semasa aku mengangkat baju dari ampaian... dia menegur aku...
'Adik... raya mana pigi...'
'Tak pergi mana aunty... balik kampung je...'
'Ohhh... berapa lama?'
'Balik sekejap je...Jumaat dah balik sini...anak mau periksa lah aunty... tak boleh nak raya lama2...'
'Ohhh....' sambil dia merapati tembok rumah yang memisahkan rumah aku dan dia...
'Adik....hari tu adik ada jalan2 belakang sini kah? ' dia bertanya....sambil menunjuk halaman belakang rumah aku...
'Kelmarin... saya nampak ada worang... ini kapala kasi tutup...muka tada nampak...jalan2 jugak sini... sana pigi...sini pigi... depan pigi...sudah ilang....' sambil dia menunjukkan seolah2 org itu berjalan mundar mandir dari hujung tembok rumah sebelah... ke tembok rumah sebelah kiri... di kawasan belakang rumah aku..
'Muka tak nampak? Dia tutup kepala ?' Aku bertanya balik...isssykkk!! Seram ni...
'Ya... ini kapala tutup... tapi ini muka tada nampak... dia tutup kapala pakai... apa itu... saya lupa apa nama '
'Telekong...?' Aku menyoal balik... Wah!! Bila dah mula seram... dalam kepala aku dah terbayang macam2 ni...mulut ni terus menyebut telekong...(sebab kalau dalam citer antu... antu merayap pakai telekong tu memang seram) saper pulak yang lalu belakang rumah aku pakai telekong ni... kalau cerita kat anak2 aku ni... memang diorang tak berani tinggal sendiri malam2...
'Ya... kapala tutup ...' sambil dia menunjukkan cara2 seolah2 orang yang memakai tudung ...
'Kelmarin...'
'Ahad?'
'Yah....adik sudah balik kah...?'
'Sudah aunty... jumaat sudah balik... Aunty nampak waktu siang ke malam...?'
'Siang hari...'
'Ohhhh....siang hari... itu saya lah aunty... saya pakai tu towel atas kepala...panas... saya cari kucing saya lari rumah sebelah.. tu sebab saya jalan sana jalan sini....'
Alahai aunty ni pun...buat tegak bulu roma je... awal2 cakap lah nampak waktu siang... tak lah aku suspen bayangkan yang bukan2 ...pastu cakap pulak pakai telekong.. ade ke patut... (rupanya aunty tu terlupa perkataan towel tu... aku terus cakap telekong...hehehe)
Seram juga kalau dia kata nampak waktu malam... pakai telekong mundar mandir belakang rumah...issykkk!! Kalau camtu aku pun tak berani nak dok rumah sensorang waktu malam....
...

20 comments:
adoi kak. yus mula2 baca pun dah seram. Akak rupanya yg dia nampak tu..huhu
salam aidilfitri kak...maaf zahir dan batin
suspen'do' betul
kahkahkah.. itu la kan Kak..kita ni suka benor 'jump to conclusion' hehehe..seram nieh...hahaha
ha ha.. aku baru nak cakap.. tak nak tido kat rumah ko lagik lah.. sabau jelah aunty tu.. mata rabun. Apa ke jadah le pulak hantu jalan tengahari buta kiri kanan kiri kanan.. ha ha ha
ingatkan betul2 da hantu tadi..hehehe
Macam aunty tu real nampak hantu aje tapi disiang hari huhuhu....
issh kak anie ni.. kasi seram je..
akak tu yg menakutkan aunty tuh or aunty tu yg menakotkan akak ni?
ekekekke
kakakakahkakahkha.....sakit perut aku hehhehehehhehe
Selamat Hari Raya Yus...
Memang dia nampak akak...tapi memula dia tak cakap dia nampak tu siang hari... kalau tak takdelah kita rasa cuak
------------------
PB...akak yang dengar pun suspen tau
Mokcik...tulah pasal... bila dia cakap pakai tutup kepala je akak terus pikir telekong...
--------------
Sya...aku yang jadi hantunya kalau tengahari buta tu
Hahahaha....
Ila... I pun ingatkan betul2 lah ada orang pakai telekong kat laman rumah tu..hehehhe...
-----------------
Betul tu Kak...dia bercerita macam betul2... anie pun takut mula2nya...
Mulan... tu seram baru sikit...hehehe
-------------
Nanonano...dua2 sama kot...hahaha
------------
Alina...kalau ita dengar memang pecah perut dia ketawa...
Buat suspen jek kan kak hehehe ;)
buat saspen je aci tu..
hqahahahahahahahhaahhaha
Salam anie lama tak menjelajah blog anie sbb banyak sangat nak dibuat. Hahahaha anie pun buat shidah suspen je. Anie jumpa ditrengganu nanti. Karnival yang seterusnya nanti ditrengganu tau, mungkin pertengahan atau hujung bulan ni tunggu shamsul meeting dengan tv9 hari isnin ni baru confirm tarikhnya.
Caittttt.... Tp kalau betul pun hantu watlah apa yg patut...
iina..hehehe...aunty tu yang buat suspens...akak lagik lah suspen...hehehe
---------------
SMM... tuler pasal...sabar je ngan aci tu...
Anon...tumpang gelak
-------------
Shidah...alamak rindu dgn awaklah...bilalah dpt jumpa kan...?
Harap2 dapat jumpa masa event nanti... open house rumah En hassan pun mungkin tak dpt pergi sebab nak balik melaka...
-------------
Zar... kalau antu kan... kita tak berani dah keluar memalam kat belakang tu...
Post a Comment