Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, August 18, 2011

Bila Kurang Yakin Pada Diri...



Perasan tak ... kita kadang kadang kurang yakin pada diri sendiri.

Kalau bab mengira... walaupun tambah campur yang mudah kita masih yakin menggunakan kalkulator..

Kadang2 kita dah dapat jawapan yang betul pun kita masih nak cek dengan kalkulator.

Kelmarin ... aku ke kedai membeli buku...

Kedai tu takde cash register...cuma menggunakan kalkulator...

Setelah dikira buku2 yang aku beli...budak penjual buku tu beritau aku...

'RM69.10 kak...'

Aku pun menghulurkan kepadanya RM 70.10...

Dia kemudian menanti kawan yang sorang lagi yg sedang mengira jumlah pembelian pelanggan lain.

Aku terus menunggu... ingatkan dia nak tunggu untuk membuka laci menukar wang....

Kemudian aku nampak dia menarik kalkulator dari kawannya...

Sebelum sempat dia menekan butang kalkulator... aku terus cakap...

'Dik pulangkan akak RM1.00 je...'

Terus dia tak jadi mengira...

Aku tak taulah samada dia konfius atau dia memang tak yakin pada diri sendiri...

Itulah akibatnya kalau kita terlalu bergantung sangat pada alat2 elektronik...dan lebih mempercayai mesin tersebut dari apa yang kita congak sendiri.


...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

secangkir madu merah said...

dah kebiasaanlah tu.. tak konfiden pada diri sendiri atau mmg tak tau kira hahhhahaha...

MOKCIK AZWA said...

Kak Anie..kenkadang ada orang ni terkonfius bila kita beri duit camtu..bagi dia mungkin lebih mudah kalau beri RM70. Bila akak beri RM70.10 terus dia jem dan terpaksa pakai kalkulator..alahai..

pB said...

bangsa kita kurang mahir dalam bab bab pengiraan ini.


tak leh lawan bangsa Cina

~ yus ~ said...

70-69 pun nak guna kalkulator ke?...hihi, tak boleh jadi cashier patutnya tu kan kak...:)

HappyIrfa said...

sy pun sama ngan akak..siap sediakan syiling supaya cashier tak perlu bagi baki duit syiling kat saya ;-)

iina said...

kalau nilai tuh beza besar sgt xpelah.. nie takat singgit jek emmm..

aNIe said...

SMM... ntahlah... akak memang selalu bagi syilings kalau ada jumlah syiling...sebab malas nak simpan syiling banyak2...

Dia konfius kot...hehehe

-----------------

Mokcik...tu ler pasal...dah lah yang nak membayar tu ada 2-3 orang lagik... jadi lambat plak

aNIe said...

PB... yelah...sekolah kebangsaan china memang anak2 muridnya pandai matematik tau...

Sepatutnya anak2 sekarang kena selalu buat mental sums...

----------------

Yus ...tulah berderet yang menunggu kat belakang akak

aNIe said...

Irfa... syiling banyak dlm beg ...jadi berat beg tu...senget bahu nak bawak

-----------------

iina... hehehe...akak dulu pi Indonesia memang confius sebab duit diorang banyak 00000 kat belakang...hahahah...kira ribu2 je...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails