Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, August 12, 2011

Antara Doa Yang Baik Diamalkan...

 Assalamualaikum....salam Jumaat buat semua...

Alhamdulillah sudah 12 hari kita menjalani ibadah puasa... semoga kita diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia agar dapat bersama sama menjalani sisa sisa hari2 yang tinggal untuk kita beribadah kepadaNYA...

Di hari mulia ini aku ingin berkongsi sesuatu yg aku dapat dari email seorang teman...untuk kita renungi dan amalkan...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Amal doa pagi dan petang untuk mengatasi masalah jiwa

Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu:

“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal

(yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).”

Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.

Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Semoga dengan amalan ini, kita dapat menghindari daripada mengalami masalah jiwa.

Wallahua‘lam.




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

5 comments:

Maya Mayana said...

Terima kasih kak atas doa ini,Selamat Berpuasa :D

MOKCIK AZWA said...

Selamat berpuasa kak anie...bagus juga perkongsian ni...jom sama2 kita berdoa..

secangkir madu merah said...

mudah2an dapal mengamalkan doa2 itu.. masak apa hari ini utk berbuka?

sharifah rosidah said...

terima kaseh diatas perkongsian ini.

Anonymous said...

Mohon untuk diamalkan...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails