Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, July 22, 2011

Tamat Sudah Drama Annissa - TV3




Tamatlah sudah kisah 4 wanita yang bersahabat baik malam tadi...

Drama Annissa... di slot Samarinda TV3 begitu memikat hatiku...

Aku jarang menonton Samarinda... tapi bila menonton drama ini dari episodnya yang pertama... aku sudah tidak boleh menahan diri dari menanti drama ini setiap malam Selasa, Rabu dan Khamis.

Setiap malam aku akan mengambil Farhan dari Tusyen 30minit lebih lewat kerana tak boleh meninggalkan drama ini... sehingga Farhan merajuk...

Tapi malam tadi adalah episod terakhir....

Sinopsis diambil dari Lepak.com.my...




Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula timbul dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.

Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?



Apa yg buat aku tertarik dalam drama ini ialah watak Balkis yang dibawa oleh Rozita Che Wan.  Sampai hatinya Balkis mengambil suami kawan karib yang telah dianggap seperti saudara untuk menjadi suaminya...

Dan babak di mana Farid suami Anna dan Balkis terpaksa bersandiwara di hadapan semua orang untuk menutup mata kawan2 dari mengetahui tentang perkahwinan mereka...begitu membuat hatiku sakit.

Kesian sangat tengok Anna yang diperbodohkan oleh suami dan kawan karibnya sendiri.

Drama tersebut berakhir dengan kematian Farid dalam kemalangan yang melibatkan Anna dan juga Balkis.

Di sinilah segalanya terbongkar... dan bila segalanya telah ditakdirkan untuk Anna... maka biar bagaimana sakit pun hatinya... biar bagaimana marah pun dia pada arwah suaminya... dia terpaksa menerima hakikat... bahawa segala apa yang terjadi itu telah ditakdirkan.

Balkis yang terlantar di hospital.. sempat memohon ampun dan maaf dari Anna kerana telah mengkhianatinya... sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan menyerahkan anak lelaki hasil dari perkahwinannya dengan suami Anna untuk dijaga oleh Anna.

Itulah sandiwara kehidupan... mungkin apa yang dipaparkan pernah terjadi di sekeliling kita...

Segala yang berlaku telah ditakdirkan untuk kita... dan memohon kemaafan serta memaafkan  adalah kunci pada ketenangan jiwa...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Zareda Norman said...

kak ani

zar tak dapat tgkepisod akhir tapi amik iktibar dari cerita ini.. redha dan ikhlas, wpun teraniaya.. kebahagiaan jua di penghujung

Unknown said...

tak tengoklah drama ni kak....

Ati Masrif said...

ati dan hubby penonton
setia cite ni...

selalu hubby kena cubit
bila bab zamarul tu..hehe~

pB said...

pB tengok sikit jer ...

MOKCIK AZWA said...

Kak Anie.. sekali sekala sempat menengok.. tapi tarikannya tak sekuat citer Aaron ngan Siti Saliha hehehe

Anna said...

Kak Anie, kita pun suka tgk ni, cuma x larat nak tunggu memalam. Salu tgk kat tonton.com jer time lunch hour..yg best citer ni lagu dia tu..dah gila sgt dok layan lagu2 dari 3 suara tu..pe pun ending dia x bape kick gitu kan...sbb dua2 si Farid n Balkish tu mati. Skg ni tgh layan Dewa Cinta, tp berbelit2 citer tak abis2..cepat lah abis. Plot dah bosan giler la ni.

aNIe said...

Zar..tulah...bahagia buat Anna seorang...

-----------

Yus...akak kalau dah tgk episod pertama selalunya terjerat...hehehe

aNIe said...

Ati...Hahaha... jadi macam akak...kalau tgk citer yang terkena kat cik abang tu... memang teruk ler dia kena... pastu dia cakap...' eh...dia ni tgk drama kita pulak yang kena...len kali jgn tengok...' Hahaha

---------------

PB...kalau tgk banyak...sakit hati...hahaha

aNIe said...

Mokcik...citer tu sedap sebab suami dia si aaron tu sgtlah sweet...hehehe

-----------------

Lagu dia yang 'Seribu Sesalan' tu ke? Memang sedap...

Dewa Cinta pun akak layan...tapi citer tu banyak yang jahatlah...ade aje rancangan diorang nak mengenakan orang...sakit hati betul... especially si lynn & Selena tu...geram aje tgk muka diorang

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails