Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, July 11, 2011

Hari ke 2 di Semarang...

Bila perjalanan itu telah pun lama berlalu... cerita mengenainya macam dah basi... maka aku pun jadi malas nak menulis...hehehhe...

Selalu aje macam tu kan?

Okay...paling mudah..letak gambar...tulis description sikit... kerana gambar menggambarkan pelbagai cerita...



Sabtu... (2-7-2011)...selepas bersarapan bersama si kecil di cafe Hotel... kami turun untuk bertemu dengan Ecy yang membawa kami semua ke Excelso Cafe di tingkat 1 Mal tersebut.

Di sana...pelakon2 suara ditempatkan sementara maskot2 mereka beraksi dipentas menggunakan suara2 anak2 tersebut...


Bila selesai maskot2 tersebut bergambar bersama anak2 kecil...pelakon2 suara dibawa ke pentas untuk diperkenalkan...

Masa tu lah kita dapat melihat betapa gembiranya anak2 kecil bila pelakon2 suara itu membuat tagline mereka....


Kemudian mereka semua sama2 bernyanyi dengan Asyiela Putri iaitu pelakon suara Upin & Ipin diiringi pelakon suara yang lain termasuk Fareez,...

Event itu berlangsung 4 kali sehari...dan setiap kali habis setiap sessi... kami akan berjalan2 di Mal... aku pula kadang2 balik ke bilik untuk merehatkan diri dan keluar semula 15 minit selepas setiap sessi bermula.

Malam pertama di sana... kami tak ke mana2... sebab mungkin keletihan masing2 balik ke bilik dan tidur..

Nanti esok aku masukkan gambar2 pemandangan sekitar Ciputra Mal....





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

Anonymous said...

ramai sungguh peminat Upin dan Ipin nie



-pB-

~ yus ~ said...

Akak, Fareez jadi suara siapa ya? Yus ni jarang tgk Upin ipin ni..hehe

MOKCIK AZWA said...

sampai bila agaknya Asyiela Putri akan jadi suara Upin Ipin hehe..tapi tak heran pon sebab suara Doraemon ngan Nobita pun guna sora pompuan kan..

Acik Erna said...

anie..tak pe anie..tak basi pun..jangan lupa..kongsikan gambar2 lagi ye.

Kak Anie said...

PB... kat sana ramai PB... macam orang jumpa artis terkenal...anak2 berebut2 nak ambil gambar

-----------

Yus... Fareez jadi suara Ehsan...si Intan Payung ...ketua darjah diorang...

Kak Anie said...

Mokcik...rasanya lama kot...sebab selalunya budak perempuan tak pecah suara...yg berganti selalunya pelakon suara lelaki


----------------

Kak...nanti anie masukkan lagik...sebab itu gambar kenangan... nak kena masukkan..

Tirana said...

Tengok gambar2 tu..semua orang nampak happy aje..hehehe

kak ina kl said...

sukanya tenguk gambar diorang disambut mesra oleh orang indonesia. rezeki anak kamu kan

iina said...

wah bkn main sonok si kecik ye kak ;)

NJ@Goboklama said...

teringat kat sorg drebar jkt tu, kemain riuh dia berciter pasal upin ipin, bangga plak NJ mndengarnya, hikhikss...

aNIe said...

Tirana...budak2 tu paling happy...mak2 lagik lah happy...

---------------

Ina... Upin Ipin mempunyai peminat yang ramai kat sana... diorang jumpa budak2 tu macam jumpa artis terkenal....

Alhamdulillah...rezeki si kecil...

aNIe said...

iina...mak dia bertambah seronok 2 kali ganda....hahaha

----------------

NJ... diorang kat sana memang suka Upin Ipin...diorang dah siap ada teaternya.... lagi advance

AuntieYan said...

Salam Anie,

Lama tak dengar kabar berita....sibuk betul ye bila dah jadi manager artis ni...:-)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails