Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, July 8, 2011

Acara di Mal Ciputra Semarang...

Keletihan yang datang sebaik sahaja aku sampai di rumah membuatkan aku tidak berblog berhari2...

Letih... mungkin disebabkan tidak tidur pada hari bertolak dan juga pada hari sepatutnya kami balik...

Aku pulun tidur berjam2...bila saja ada masa terluang... buruk mata betul...

Okay...sambung cerita...

Sampai di Hotel Ciputra Semarang... kami di sambut oleh Pak Catur Agus...sambutan yang begitu mesra dan dia amat mengalu2kan kedatangan kami.


Pak Aguslah yang mengaturkan segala agenda di sana...dan bertanggung jawab pada event di Mal Ciputra.

Setelah masing2 mendapat kunci bilik...aku terus naik dan merebahkan badan...

Belum pun sempat berehat... jam sudah hampir 7 mlm....

Dan kami dijadualkan untuk turun ke lobby... kerana akan bersama2 dengan Pak Catur untuk makan malam di sebuah restoran Kampung Nelayan di tepi laut...

Sampai saja di sana... cuaca yang elok sudah gerimis... tempat yang telah disediakan untuk kami di tepi laut terpaksa dipindahkan...sayang sungguh..tempat itu begitu cantik.

Selang berapa lama...makanan pun dihidangkan...macam2 ade...tapi macam biasa bila dah banyak makan pun tak larat dah...badan dah penat...walau bagaimana pun makanan yang dihidangkan memang sedap.

Bila segalanya selesai... kami dan anak2... balik ke Mal...yang telah pun ditutup.  Mereka yang terlibat dengan acara untuk esok pun diberikan skrip dan berlatih beberapa kali. 


Pulang ke bilik badan letih ... tapi mata tak boleh nak lelap... sebab dah biasa tidur lewat di sini.

Si kecik yang keletihan... bila dpt saja bantal dan tilam yang empuk... terus lelap...

Tapi aku masih ditemani TV  dan laptop...hingga mata mula mengantuk...

Kami telah dipesan bahawa acara di Mal bermula jam 11 pagi dan hendaklah bersedia ke sana jam 10.45pg...  Waktu sarapan pula akan bermula seawal 6.30 pg...

Nanti sambung lagik ya....




...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

Anonymous said...

salam kak, nak beritau..bila Fareez buat dua jari tu, kalau tapak tangan menghala keluar maknaya peace.
tapi bila dua jari tu dgn belakang tangan menghala ke luar(arah org) maknanya adalah tak baik= up yrs.....(mencarut)
satu finger tahu maknanya la. dua finger camtu maknanya up yrs.....


tu sajalah supaya tak berlaku lagi.
nanti org ingat budak kecik kecik dah pandai buat sign mencarut lak..

salam

Mak Su said...

caiyuk caiyuk ! tapi makanan dorang kena tak ngan selera kita orang malaysia?

MOKCIK AZWA said...

Sangat cantik nampaknya bilik hotel tu..surely pemandangan di sekitarnya pun cantik juga kan..

elok juga pandangan anon tu untuk peringatan kita semua, sebab kita sendiri pun kenkadang tak faham makna perlakuan tu.. kalau di Barat, even warna tie pun ada makna. sharing is caring..

Aeez said...

Anon...terima kasih atas info yang diberi...kita kadang tak tau...apa lagi anak2...nanti kene beritau dia...sebab dia memang suka buat tanda peace tu...

------------------

Maksu...makanan mereka sikit lebih kurang dgn kita aje...sambal penyetnya memang sedap... masa makan kat hotel ada sambal yang dimakan dengan bubur pun sedap....

Aeez said...

Mokcik...pemandangan di bilik akak tak berapa cantik sebab menghala ke bangunan2...tapi kalau di bilik sebelah pemandangan menghala ke bandar & swimming pool dia

Tulah...terima kasih pada anon... kadang kita pun tak tau kan...

aNIe said...

Alamak... terkomen guna profile si kecik tu pulak lah...hahahaha...takpelah...

kak ina kl said...

jogja memang best,makanan sedap dan murah.

setuju dgn pandangan anon..jadi peringatan buat kita semua

Acik Erna said...

anie..he he..ingatkan saje nak mintak aeez jawabkan untuk anon tu..
dah hilang penat..boleh la sharekan pengalaman disana kan anie.

Zaitun said...

Bagus pandangan Anon tu sebab kita sebagai ibubapa kadang2 terlepas pandang dengan benda2 tu.

~ yus ~ said...

wah akak. makanan semua nampak sedap.

menepati citarasa kita tak kak?

Tp makanan dari sana mmg sedap2lah bagi yus..:)

MulutPayau said...

tak prnah sampai ke jogja...mesti seronokkan di sana..tmbahan pulak mknannnya nmpak best2 ....

Kak anie said...

Ina KL...mmg sedap tp murah tu tak tau pulak...sebab semua dibayar...hehehe...

-------------

Kak Erna...anie selalu jugak kadang bukak profile dia...tu yang terlupa tu...

aNIe said...

Kak Zai...betul tu...kita kadang pun tak tau benda2 camtu kan? mungkin sebab terlepas pandang perkara tersebut

--------------

Yus... yang sedap sambalnya... makan bubur pun ada sambal...sedap sambalnya...

--------------

Mulutpayau...memang sedap...sebab sesekali kita betukar selera...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails