Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, June 23, 2011

Resepi 'Coney Dog'...

Kelmarin... aku tak masak...

Ude janji nak buat 'coney dog'

Dan aku pulak berjanji dengan seseorang...untuk mengupload gambar dan resepinya kat blog...

Dah berhari2 baru aku dapat menunaikan janji...

Sorry je Jo Azwa... hehehehehe....


Ni dia 'coney dog' yang Ude buat... tapi takde 'pickle' puas cari 'pickle' timun kat Giant pun takde....

Cara membuatnya Ude kata ambil kat internet... lupa pulak nak tanya dia dari mana...

Bahan-bahannya :

- 400 gm daging kisar
-  3 biji bawang besar (kuning) - di potong dadu
-  2 ulas bawang putih - cincang halus
-  1 sudu kecil  serbuk lada (chilli powder)
-  3/4 sudu kecil lada hitam - kisar halus
-  3/4 cawan sos tomato
-  1/4 cawan air
-  1 sudu kecil garam
-  1 sudu kecil gula
-  sedikit cukup perasa (kalau nak)
-  10-12 biji roti hotdog
-  10-12 biji sosej / frankfurter...

Cara membuatnya  :

1.  Tumis bawang besar & putih sehingga wangi.. Masukkan lada dan masak hingga rempah2nya masak
2.  Masukkan daging kisar..  Gaul sebati hingga daging kisar tersebut mengecut.
3.  Tuangkan sos tomato... gaul lagik.  Masukkan semua bahan2 lain dan tunggu hingga daging benar2 masak.
4.  Masak sosej tersebut...terpulang samada nak goreng atau rebus aje...(sebelum tu sosej tu dikelar2 sedikit)
5.  Sediakan roti hotdog... belah tengah...dan terpulang nak letak sapu sedikit mayonaise ke atau marjerin.
6. Tuangkan sos daging tersebut... kalau ada pickle.. boleh lah di cincang dan letak di atasnya bersama sos mustard... (kalau suka)


Kuah yang siap dimasak.. masih dlm kuali lagik...


Ini resepi pertama dia buat... kali kedua selepas melihat di Youtube... dia masukkan sedikit rempah serbuk dan jintan putih...

Tapi resepi kedua tu anak2 aku tak suka...

Fareez pulak tak suka bila letak sos mustard..

Jadi terpulang lah pada selera masing2...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

18 comments:

pB said...

TENKIU TENKIU



insyaallah , ada masa pB cuba ...

atau pun

pB gie makan jer kat umah Kak Anie
(lagi mudah).
pB ajak Azwa sekali

nizamsani said...

sedapnya.

Mak Wardah said...

teringin sgt, balik nak buat. tqvm kak anie

nanonano said...

sedapnye tgh lapor2 ni, hehe boley la try buat nanti :D

HappyIrfa said...

boleh cuba ni.kanak2 ribena tu mesti suka :-)

Zaitun said...

Mudah... sesekali lupakan nasi.

MOKCIK AZWA said...

Kak Anie...hehehe...tengkiu..harus dicuba hujung minggu nanti [tahun bila tak tahu hahahha]

PB...Azwa tungguuuu.... hahaha

aNIe said...

PB... kalau nak datang dan cuba coney dog tu
kena masa Ude ade...sebab dialah chefnya...hehehe

---------------

nizamsani...mudah dan sedap...cubalah

aNIe said...

Mak Wardah... buat...jgn tak buat...hehehe...anak2 pun suka... pastu kalau ada french fries... goreng curahkan kuah tu kat atas fries... macam chilli fries Carl Jr...sedappp

--------------------

nanonano...senang je... Ude buat sensorang je kat dapur... untuk hiasan boleh tambah2 ikut suka

aNIe said...

Irfa... makanan macam ni memang bebudak suka...

-------------------

Kak Zai...betul tu... bertukar selera...

aNIe said...

Mokcik...hehehe...cubalah...jangan tunggu tahun depan ... nanti dah lupa resepi...hehehhe

Anonymous said...

sedapnya..

Acik Erna said...

anie..sedap la tu..janji ude dah pandai buat sendiri..

iina said...

tgk pun dah tau sedap.. biasalah kalau citarasa org melayu mesti nak letak sikit rempah ratus ;)

sharifah rosidah said...

rajinnya ude memasak, sedap nampak coney dog tu nanti nak cuba.

lama tak masuk sini, penat asyik travel je.

aNIe said...

Anon...memang sedap...makan satu dah kenyang... patut ada fries...tapi malam tu fries dah habis...

----------------

Kak...dia memang rajin ke dapur... kalau dia tak penatlah... kalau dia penat...hmmm...memang memerap kat bilik je...

aNIe said...

iina... yang tak letak rempah ratus lagik best... anak2 akak tak minat pedas2...

----------

shidah...alamak... I miss u lah...!!
Tulah...u asyik sibuk je... Jumpa di JB nanti ye...

Nora said...

Salam kak,

lama dah xblogwalking blog akak... saya nie silent reader akak and adik akak kak sya ehehehe

btw, kalau kat t'ganu nie coney dog nie org panggil Hamlet cuma dia letak telur dadar atas daging tu :)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails