Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, May 27, 2011

Renungan di Penghulu Segala Hari...

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat....

Sesuatu yang pendek... tapi amat bermakna dan dalam maksudnya....

Bagi mereka yang sedang berusaha... janganlah berputus asa... kerana ALLAH tidak menyukai orang yang berputus asa....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Bila Allah cepat makbulkan Doamu,

Maka DIA Menyayangimu, 

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, 

Maka DIA Ingin Mengujimu,

 Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, 

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. 

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... 

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului,

KemurkaanNya. 

Ketahuilah...ALLAH sentiasa bersama kita di waktu kita senang dan susah...
Cuma kita sebagai insan yang lemah lagi kerdil ... sentiasa terlupa akan NYA
ketika kita senang....

Minta dijauhkan kita dari sikap sedemikian.. semoga ALLAH sentiasa berada dalam hati kita, dalam apa jua yang kita lakukan...
di saat kita susah... dan di saat kita senang....
Ameen



Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.


Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...


Jadilah seperti sifat garam...
Adanya ia tidak dirasai...
Tapi tiadanya ia...
akan terasa kekurangannya...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

8 comments:

Kaktiny said...

Alhamdulillah...

pesanan yg sangat baik..
akan diambil iktibar daripadanya..


:)

Acik Erna said...

anie..memang begitu sifat manusia kan..kalau manis ada salahnya..jika masin pun tetap juga ada yang tak berpuasa hati..

Mak Su said...

tq kak anie

Neeza Shahril said...

Allah nak uji iman kita sebenarnya.. setakat mana kita ni tahan di uji. Kalau tahan, naiklah taraf iman. Kalau tak tahan, duduk lah takuk tu ataupun turun darjat..

MULAN said...

tqs for sharing kak anie.. bila susah baru nak ingat, bila senang lupa asal usul sebagai hamba Allah...

moga kita semua berada di dalam lindungan & diberkati Yang Maha Esa, selamanya...

aNIe said...

Tiny, Kak Erna, Maksu, Neeza & Mulan... terima kasih kerana meninggalkan jejak...

Lama baru dpt balas komen...penat...heheh

AuntieYan said...

Salam Anie,

Tak tahu pulak dah ada Wonderland....ha, apa yang ada kat sana ye...kalau untuk orang tua macam Kak Yan ni ok ke kalau ke sana??? Takut bila dah sampai, tak bersesuaian dengan usia le pulak... :-)

aNIe said...

Kak Yan... wonderland tempat mandi manda... macam sunway lagoon...tapi keciklah dari sunway... nak pergi okay tapi jalan masuk ke dalam tu jauh... kalau anie tak kerana nak bawak bebudak tu memang malas nak pergi kak.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails