Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, May 23, 2011

Deman Periksa...




Minggu ini kedua-dua anakku yang berada di alam persekolahan akan menduduki peperiksaan.

Sebenarnya peperiksaan sudah pun bermula dari hari Jumaat lepas...

Jadi... hujung minggu lepas aku tidak ke mana-mana.

Selalunya aku akan balik ke Melaka...

Tapi disebabkan anak2 terpaksa mengulangkaji... maka aku berada di rumah sepanjang masa.

Seperti biasa... bila bab belajar... anak2 lelaki ni memang liat sikit.

Diketuk sekali...dibuatnya sekali...

Asyik nak kena ketuk aje....

Berleter usahlah cakap.... pagi petang...siang malam... mulut aku ni pet pot pet pot...

Sampai si anak2 berdua tu rimas...

Kalau bab mengadap komputer ... aku rasa diberi 10 jam pun mereka sanggup...

Bila suruh mengadap buku... mulalah masa tu nak makan... nak terberak... nak terkencing...adoyai...

Apa-apa pun... aku berharap semoga mereka akan melakukan yang terbaik...

Kalau tak...siaplah nanti bila keluar keputusan... macam rasa nak terkencing bila aku beritau nak cakap kat ayahnya keputusan yang tak memuaskan...

Semoga anak2 ku akan lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun ini... begitu juga pada anak2 rakan2 yang sedang menghadapi peperiksaan minggu ini.... sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

Acik Erna said...

anie..insyaallah..semoga anak2 kita berjaya dalam peperiksaannya.
anak akak dari rabu lepas lagi periksanya.

sekadar satu coretan said...

anak2 saye pun minggu ni periksa jugak...
mintak2 ok la...jawap dgn tenangkan..selalunye nak cepat habis jer anak2 saye tu...soalan yg senang pun kadang2 salah ...geram betul dibuatnya...

pB said...

salam kak anie


anak dara pB lepas raya ni PMR


buku latihan yang pB beli elok lagi.
Macam baru beli , tak belek belek


geram tul rasanya

shafarina said...

samalah kita kak..

dia leh kata no tv no books.. hampeh betul

sharifah rosidah said...

Ya Allah Anie samalah dengan anak shidah si Afiq tu dah macam2 ayat shidah hamborkan kat dia pasal exam ni rasa dah penat betul membebel, dia dah start dari minggu lepas lagi habis pada hari khamis ni, habistu macam mana abahnya nak kemelaka pada hujung minggu ni, kan ada konsert dan karnival dimelaka wonderland nanti bukan main sibuk cakap kat abah dia nak ikut. Bila tiba anak bongsu abahnya cair dulu masa kakak dan abang abah nak tengok dulu result baru boleh ikut kemana2 atau mintak barang2 yang mereka hendak. dugaan betul rasa nak picit picit je bapak dgn anaknya sekali.

Alina... said...

kak ani...sebijik mcm ewan....masa suruh baca buku....mesti perut dia lapar....

kalo ngadap komputer puasa 2 ari pun tkper kak anie....hehhe...

secangkir madu merah said...

samalah dgn anak kita yg kat rumah ni... naik letih dah bercakap. Mintak2 mereka lulus hendaknya ya...

aNIe said...

Kak...harap2 mereka akan berjaya dgn cemerlang

---------------

ain... diorang tu kadang cuai ... tak nampak kesilapan mereka... bila kita tunjukkan silapnya baru diorang tau...

aNIe said...

PB... bab itulah yang akak bising kat diorang... dah beli buku latihan tapi tak baca... akak cakap.. nanti dah nak dkt periksa... rebus buku tu minum air dia...hehehe

-------------

Wan...hehehe...pandai aje dia...

aNIe said...

Hahahah... shidah...tu biasalah anak bongsu... cik abang akak tu dengan yang bongsu ni pun cair... semua di ya kan aje... akak kdg geram betul...

Bila tiba bab yang bongsu kita pun kalah lah...

------------------

Alina...tulah pasal...geram kan...ade ade je bebudak ni...hahaha

aNIe said...

SMM... Itu doa kita...semoga dimakbulkan...

ckLah @xiiinam said...

Semoga anak-anak berjaya menjawab dengan baik ya...

Zaitun said...

Si bongsu kak Zai pun tengah ambik periksa harap2 semuanya akan beroleh keputusan dengan cemerlang.

Anie said...

CkLah..begitulah hendaknya..ibu cuma dpt mendoakan dari rumah


--------------------------------------


Kak ...rasanya semua sekolah di Selangor sedang periksa kot

Unknown said...

betullah anie..anak lelaki ni buat sakit tekak ajer membebel..dia boleh buat derk ajer..
semuga anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat

Anie said...

Ina... betul tu...yg geram bila diorang buat derk je... doa kita semoga diorang berjaya ...

Mulan said...

sama la yg kat rumah ni.. time suruh study, nak minum la, nak pi toilet laa..

moga sukses semua....!!

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails