Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Hulu Langat... Mahyon Ismail Meninggal Dunia...

Berita  ini di ambil dari mStar Online....

Al-Fatihah buat yang pergi... dan bagi yang tertimbus... semoga ALLAH menyelamatkan mereka.

Sama-samalah kita mendoakan mereka... agar mereka terselamat dari menjadi mangsa kejadian tersebut.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



KAJANG: Lima mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, 12 lagi berjaya diselamatkan.
Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
- Foto UTUSAN
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.
Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.
Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Al-Fatihah juga buat seniwati Mahyon Ismail yang telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi di Hospital Ampang Puteri...
Semoga rohnya dicucuri rahmat....
Berita selanjutnya di sini.... Dunia dari Dapur Kak Jee....




... 



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

zino said...

al fatihah kepada mangsa tragedi....sangat sedih...

secangkir madu merah said...

Al-Fatihah kpd mangsa2 yg terkorban dlm tragedi tanah runtuh.,..

Acik Erna said...

Ani..memang sangat sedih..masa baca paper tadi pun..sebak sungguh..
Alfatihah..

sheschocoholic @ leeya said...

alfatihah.semoga semuanya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..aminnn...

aNIe said...

Zino... al-fatihah pada yang kehilangan...

------------

SMM...sedih aje bila membaca cerita dari mangsa yang cedera ttg kejadian tersebut

aNIe said...

Kak... sedihkan...bila membaca ada adik2 yang tertimbus didepan mata abang2nya

-------------------

Sheschocoholic...semoga mereka aman di sana...dan ditempatkan bersama oang2 yang disayangi...

etiey.com© said...

al fatihah utk mereka.. moga roh mereka ditempatkan dlm kalangan org beriman. amin

sharifah rosidah said...

al-fatihah untuk mereka2 yang telah mengadap ilahi moga diampunkan segala dosa-dosanya.Amin.

aNIe said...

etiey...sedih kan...tapi ini semua sudah ditakdirkan....

Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang disayangi...

-------------

Shidah... betul tu... semoga anak2 tersebut diletakkan bersama sama orang2 yang disayangi

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails