Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, April 24, 2011

Semoga Ibu Mertuaku Bertambah Baik...

Beberapa hari lepas... dapat berita kesihatan mertua tidak berapa stabil... masih lagi sukar bernafas...

Sejak pulang dari hospital minggu lepas...biarpun telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital... tapi kesihatan mertua masih tidak memuaskan.

Sedikit pergerakan pun mertua sudah sukar bernafas.

Menurut doktor... paru2 mertua yang hanya tinggal kurang dari 30% berfungsi sudah dipenuhi air.

Water rentention... tak tau apa sebabnya.

Pertama kali masalah ini berlaku ialah ketika di Kuching dahulu...

Selepas itu kesihatan  mertua on and off sahaja...kejap baik... kejap tidak.

Baru baru ini... doktor dari klinik yang selalu merawat mertua mengesyorkan supaya mertua dirujuk ke IJN... kerana keadaan jantungnya juga telah diselaputi air.  Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan air yang memenuhi paru-paru dan yang menyelaputi jantung.

Sekarang... adik beradik cik abang hanya menanti surat dari doktor pakar untuk membawa mertua ke IJN...

Semoga dengan apa yang akan dilakukan nanti keadaan ibu mertuaku akan bertambah baik. 

Hati ini begitu risau melihatkan cik abang bimbang dengan kesihatan ibu tercinta...









...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

Zareda Norman said...

mudah mudahan..semoga MIL kak aniesegera sembuh

ainnoraini said...

selamat malam kak anie...
semoga ibu mertua kak anie cepat sembuh ye...

siapa tak risaukan org yg kite sayangi sakit...

Kak Elle said...

semoga bertambah sihat tapi air tu kena di keluarkan dulu...mungkin kerena batok2 dan juga selalu berbaring tanpa exercise membuat air memenuhi.

Ummi M.I.M said...

semoga mak mertua kak anie cepat sembuh.. mudah-mudahan, insyallah...

Zaitun said...

Semoga ibu mertua anie cepat sembuh.

Maya Mayana said...

semoga ibu mertua akak cepat sembuh yer...

MOKCIK AZWA said...

Molek la disegerakan berjumpa pakar kak..semoga cepat sembuh MIL. Aminnnn

secangkir madu merah said...

sabar ya kakAnie, semoga ibu mertua mu segera sembuh..

Ila said...

doa untuk ibu mertua kak anie..semoga baik2 saja

Mak Su said...

sy mendoakan yg terbaek utk ibu mertua akak

kak ina kl said...

semuga mil kamu di kurniakan kesihatan yang baik...beruntung beliau mendapat anak-anak dan menantu yang baik.

best kan gi langkawi..yang best bila beli coklat dan pinggang mangkuk

sharifah rosidah said...

Anie cepat2 usahakan ibu mertua anie ke IJN, dulu sedara shidah pun pernah mengalami jantungnya dipenuhi air doktor beritahu sangat merbahaya apatah lagi kalau sudah berumur dlm 70an, tapi tu lah anaknya asyik bertangguh-tangguh penyudahnya meninggal juga orang tua tu.

Sementara tu berdoa banyak2 lah anie, semuga segalanya akan selamat, insyaallah.

Sari Yusa Ibrahim said...

betul kak, kalau suami risau, keadaan rumahtgga pun bleh kacau, smoga kak anie dpt slalu menenangkan hati suami, smoga ibu mertua kak anie cepat sembuh... Amin.

Erna said...

anie..semoga milanie cepat sembuh

etiey.com© said...

insyaallah.. moga semuanya dilindinguNya dan cepat sembuh

MULAN said...

moga MIL kak anie cepat sembuh..

Alina... said...

hati anak mana tak risau kak ni tgk kesihatan mak tak brp sihat..mmg risau...kita doakan byk2 kan kak ni...

Kak Anie said...

Zar & ain... terima kasih... kami sentiasa berdoa akan kesihatannya... kesian tengok dia...

---------------

Kak... memang mertua anie tu ada batuk.. & asthma... dari dulu lagik dia memang makan pil untuk membuang air kecil...kalau tak dia sempot... agaknya pil tu dah imune dengan tubuh dia...tak berkesan lagik

Kak Anie said...

Ummi... kak Zai & Mayana...terima kasih... dgr khabar semalam dah nampak ceria sedikit... hari2 telefon adik ipar untuk tau perkembangan dia

------------

Mokcik...SMM dan Ila... terima kasih... semoga doa ini dikabulkan

Kak Anie said...

Maksu...terima kasih...

-----------

Ina...terima kasih juga...

Nanti nak pegi lagik... nak simpan duit borong pinggan mangkok pulak...hehehe

Kak Anie said...

Shidah... mertua tu memang dah berumur lebih 70 tahun... selalu dah kesihatannya terganggu... tapi sebagai anak2... kita berusaha sedaya upaya untuk kesihatannya...

---------------

Sari... dia anak sulong... dia telah menjaga ibunya sejak ayahnya meninggal hampir 30 tahun lepas... tu yang segalanya terpikul dibahunya sebagai tanggungjawap

Kak Anie said...

Kak erna... etiey.. terima kasih... hari ni hati rasa lega sikit sebab adik ipar kata dia dah ceria sikit...

-----------------

Mulan & Alina.. terima kasih... betullah alina... siapa tak risau kalau orang yg disayang sakit...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails