Pada meminat Drama Nur Kasih... pasti Nur Kasih the Movie dinanti-nantikan.
Tayangan Nur Kasih the Movie akan menemui penonton di pawagam pada 19hb. Mei 2011 ni...
Tak sabar rasanya kan....
Aku juga tidak ketinggalan merasa amat teruja untuk menonton drama yang pernah mencatat rating tertinggi di TV3 suatu masa dahulu...
Gambar ehsan dari FB Nur Kasih The Movie...
Nampak tak dalam gambar2 Nur Kasih The Movie ni... adik Mia Sara pun ade.. bertuah sungguh anak kecil ini... Mia Sara sentiasa menjadi kesayangan ramai kerana gayanya yang manja dan keletah....
Yang paling buat aku berkobar2 untuk ke pawagam ialah kerana Hot FM sekarang begitu galak memainkan lagu soundtrack filem ini di radio.
Hari ni je aku dah tak ingat berapa kali aku mendengarnya...
Suara Tiz Zakiah begitu lembut mendayu-dayu menusuk gegendang telinga...begitu gemersik... hingga aku jatuh cinta dgn lagu ini...
Balik dari ambil si kecil terus aku surf di You Tube untuk klip dan lirik lagunya...
Layan....
NUR KASIH
Lewat ini ku rasakan
kasih kian ku dambakan
resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih (2x)
Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur Kasih (2x)
Chorus:
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur Kasih (3x)
Ya Nur Kasih....
Nur Kasih..
Ulang Chorus...
Nur Kasih (2x)
Nur...oh Kasih...
...
19 comments:
anie..akak tau dah..anie mesti tak mau ketinggalan nanti ni..
akak ingat lagi dulu anie ada buat n3 masa drama nurkasih ditayangkan ditv3..peminat setia ni..
Kak...hehehe...memang peminat setia... tak sabar nak tunggu...
harap yng kali ni boleh la layan. yang dulu sekerat kerat je.. huhu
suka asih..hope dapat tgk movienya
dalam movie dengan dalam drama jalan cerita yg sama ke?
wow...bestnya dah nk di tayangkan
harusss ajak hubby gi tgk :)
salam
mula2 dlu mls nk lyn cite tuuu...skali tertonton, hammbikkkk!
heheh kabir bathia best!
kak, meremang dengar suara tiz kak..
Sedap dia nyanyi..yus baru pertama kali dgr lagu ni versi tiz dan yassin ni..
Best! Tak sabar nak tunggu movie dia...:)
etiey...kalau kat movie tak boleh tengok sekerat sekerat...hehehe
---------------
ila... mesti tengok...sebab masa drama dulu tak pernah tinggal...
Zino... mungkin jalan cerita lebih kurang tapi kalau kat movie tak taulah camaner diorang buat skrip dia... tapi kat movie banyak watak yang dimembangkan
-------------
ati... mesti tengok sebab drama ini pernah menyentuh hati akak...
So Shy Lady... sentuhan Kabir Bathia memang terbaik... akak jatuh cinta dengan drama2 dia bila dia berjaya menambat hati akak dengan dramanya Kekasih ku Seru...
---------------
Yus... akak dgr kat Hot FM... berkali2 diputarkan... terus suka sgt kat lagu ni...
Suara Yassin pun sedap kan...? Tak sangka suara Tiz pun sedap...
wow kak anie .. memang best .. rasa nak tengok ni .. ada satu lagi movie yang saya tunggu may ni: kungfu panda hehe :)
saya pun nak tengok movie ni nanti... hari tu semasa tengok merong di pawagam sempat jugak tengok sedutan filem ni....
teruja ya kakAnie..minat sangat awak ya..
emm best ya..kat pc ni tk boleh dgar la pulak..ni yg nk kena cari kat you tube balik nanti nih...
dapat tengok akhir2 je drama ni dolu2.. berkesan sbb dapat menakluk sanubari ribuan/jutaan rakyat malaya..
tak sabar nk tgk movie dia.... tgk ada ad billboard tepi hiway federal semalam...
Iza...akak pun nak tunggu kungfu panda tu... suka sgt... gelak guling2 tgk citer tu
-----------------
SMM memang minat... cuma akak tak dpt tengok Hikayat Merong Mahawangsa tu... keciwa...
Mayana...cari jgn tak cari...hehehe
--------------
Mulan...akak memang minat...minat giler...
--------------
Led... drama ni dulu kan hit... tu yang ramai menanti filemnya...
tiap kali tv3 buat ulang siar,tiap kali tu jugak layan...
Post a Comment