Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, April 14, 2011

Langkawi Cable Car...

Hari Sabtu 9hb. April 2011...

Awal pagi dah bangun... selepas solat... terus call anak2 untuk bersiap.

Hari ini telah diberitau bahawa mereka semua nak ke Langkawi Cable Car...

Selesai bersiap... kami turun untuk bersarapan... nasi goreng... kuey teow goreng... ada baked beans... scrambled eggs.. dan banyak lagi.

Sambil menanti semuanya turun untuk bergerak bersama-sama... aku ke tepi pantai untuk melihat pemandangan yang begitu menyejukkan mata.  Selesai berposing2 kami terus ke parkir kereta untuk bertolak.

Pemanduan mengambil masa lebih dari 30 minit.  Tak ingat pulak berapa jauhnya tempat itu dari hotel penginapan kami.

Yang pasti... ianya terletak berdekatan dengan Telaga Tujuh.

Semasa kami sampai... matahari dah mula memancar... panas terik... perit kulit wajah terkena pancaran matahari pagi tu...

Sebelum masuk mereka semua bergambar di hadapan pintu masuk Oriental Village  Cable Car...



Dalam perjalanan masuk... terdapat beberapa bangunan tempat menjual cenderamata ...

Kami terus ke kawasan untuk ke Cable Car kerana tiket telah pun ditempah dalam kumpulan.

Okay... jom layan gambar...

 Jambatan yang merentangi kolam untuk ke pintu masuk kereta kabel....

Kedua-duanya seronok dan teruja untuk menaikinya...


Pemandangan yang cantik dari kereta kabel...kelihatan nun jauh laut yang membiru dan banjaran bukit2 yang menghijau...

Farhan yang pada mulanya takut gayat... sudah hilang semua perasaan itu bila berada di dalam kereta kabel



 Setelah sampai di puncak perhentian... kami turun dari kereta kabel dan terus menuju ke Jambatan Gantung
Tangga untuk ke Jambatan Gantung adakalanya curam... tapi disebabkan ingin melihat pemandangan yang cantik di atas tu... aku dan cik abang gagahkan jugak berjalan turun anak2 tangga tersebut....



Cantik sungguh pemandangan di sini... memang bebaloi.  Angin yang bertiup menjadikan suasana di atas sini dingin walaupun terik pancaran matahari...





Sesekali terasa juga Jambatan ini bergoyang sedikit bila angin yang bertiup bertambah kuat...


 Setelah puas bergambar dan menikmati pemandangan yang indah di atas tu... kami pun turun...

Dalam perjalanan keluar... terlihat ada kanak2 buat 'flying fox' ... lalu aku bertanya pada Fareez samada dia ingin mencuba...

Tak sangka pulak dia nak...




Sebelum keluar aku mengajak anak2 membeli sepeket makanan ikan dan memberi makan pada ikan2 yang berada di dalam kolam yang disebutkan tadi...




Berebut-rebut ikan ini mendapatkan makanan yang ditabur..

Keluar sahaja dari Oriental Village... mereka mengambil keputusan untuk ke Padang Matsirat... nak tengok kawasan Beras Terbakar...makan tengahari dan ke Makam Mahsuri...

Insyaallah... esok sambung lagik...







... 

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

18 comments:

Maya Mayana said...

waa berani si farezz tu main flying fox yer...yana ntah bila nkjejak langkawi walau dlm malaysia jer..huhu T_T

etiey.com© said...

haissshhhh kalau saya gayat.. hehehhe. tak pernah naik bend alah ni. tak cukup keberanian...hehe

pB said...

naik cable car time angin kuat , amat mendebarkan...

Ummi M.I.M said...

wah.. berani betul hero kecit akak tu...
kalau saya memang tak lerr..
gayat yang amat! ahhahaha

MOKCIK AZWA said...

Ehh.. masa mokcik gi dulu belum ada flying fox nie kot..tak perasan pulak.. beraninya Fareez...

kat puncak cable car tu la Shah Rukh Khan pernah buat penggambaran filem apa ntah dulu..sayupp jer pemandangan kan kak..

shafarina said...

saya suka sangat pemandangan dari jambatan gantung tu kak anie. walaupun gayat tapi tiap kali naik atas tu mesti nak pegi gak. walaupun bila balik tu mengah la nak panjat bukit huhu

sharifah rosidah said...

Dah lama tak ke Langkawi, kali terakhir pada tahun 2003 naik star cruise dengan che abang dan kawan2.

ainnoraini said...

saye mule2 pegi naik itu cablecar...

kali kedua pegi taubatttt...tak mau dahh naik lg ....anak2 jer..dia org tu mmg suke benda2 mcm tu...

maknye ni gayat kat tempat2 tinggi..takuttt....

Ila said...

wah,berani ek fareez wat flying fox..

Kak Anie said...

Maya Mayana... cuba lah pergi.. mesti teruja tgk apa yang ada di sana

-----------------

etiey...akak suka mencuba sesuatu yang baru...adventurous...nasib baik dah berumur kalau tak mau nak jugak cuba bunjee jump...hahaha

Kak Anie said...

PB... masa kat atas tu...cable car tu pun bergoyang2...hahaha... masa nak naik tu berbuai2 cable care tu...


------------------

Ummi... nak suruh dia ada keyakinan diri buat benda2 camtu... sebab dia asyik kat rumah main komputer je taunya...Heheheh

Kak Anie said...

Azwa...akak rasa dia baru letak kat situ... sebab tempat tu nampak macam baru...

Ohh...SRK pernah buat pengambaran kat situ eh... memang sayup... berbuai2 bila angin...

--------------------

Wan...betul tu... akak cakap kat abang... nak pergi jugak biarpun kena naik tangga... sebab mana le tau... kalau 5 tahun lagi baru dpt pergi takut tak berpeluang untuk ke sana...

aNIe said...

shidah...bestnya naik star cruise...mesti seronok kan?

---------------

ainnoraini...hehehe... ada sorang staff abang tu berpapah pegang kat tepi jambatan tu...takut nak gerak masa jambatan tu berbuai...ketawa akak dibuatnya...

----------------

ila... sebab ada budak yang lagi kecik dari dia pun buat... budak perempuan pulak tu...baru 3 tahun...anak mat salleh...

Mak Su said...

rasa gayat tak?

aNIe said...

Maksu... akak memang tak rasa gayat... rasa seronok...

Ati Masrif said...

ini mesti baru

dulu tak ada ...tak nah gi lagi

Kak Anie said...

Ati... pergilah lagik... best...!!

dEeWaN said...

Berani nya c fareez tu, jk saya se kali jer naik dh taubat....

Dulu saya naik, dlm hati berkata andai putus wayar tu mati aku....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails