Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, April 1, 2011

Ini Dia Ehsan ...Upin & Ipin...

Semalam dan hari ini aku sibuk tahap gaban...

Sibuk awal bulan... biasalah kan...

Petang nak kena antar Ude ke airport...

Pastu malam nanti nak bergerak balik ke Melaka pulak....

Jadi ari ni entry pendek je...

Kelmarin aku ke MPH... nak belikan buku latihan untuk Farhan

Semasa kat kaunter untuk membayar buku2 tersebut... aku terlihat pekerja MPH sedang menyusun majalah Upin & Ipin...

Terus aku suruh Farhan capai senaskah...

'Farhan amik buku komik Upin Ipin tu...'

Aku menyelak mukasuratnya sehelai demi sehelai...

Kemudian aku tersenyum lebar....

Apa yang buat aku tersenyum....

Tadaaaaa......





Masa aku bawa pulang majalah ni si kecik tu bukan main seronok lagik...

Diusungnya majalah ni ke sekolah... untuk ditunjukkan pada kawan2...

Pada ibu2 yang ada anak2 peminat Upin & Ipin... jangan lupa dapatkan naskah komik ini untuk mereka...

Macam2 cerita ada di dalamnya....





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

21 comments:

Anonymous said...

bagus2, moga bakat fareez akan terus digilap

inahamdan said...

akak.....sore fareez ke kak...???wah.....berbakat sungguh......tahniah....:)

Kak Anie said...

Anon.. terima kasih...Ameen.

------------------

Ina... ahah suara Ehsan untuk Musim ke 4 ni suara dia... hehehe...

ainnoraini said...

harus beli ni..

anak saye hanim tu mmg peminat setia upin n ipin ni...

pB said...

biasanya jumaat ada tazkirah

Kak Anie said...

Ain...nanti belilah... kalau jumpa nanti boleh amik gambar ngan Ehsan...hahaha

-----------

PB... ari ni tak sempat nak bukak email cari artikel untuk entry Tazkirah... sibuk ni... dah nak kluar lagik ni...

sya said...

wah glamour

Kaktiny said...

wah... mesti support nih..
akan dibeli untuk anak2..

hihihi...

tahniah kak..

:D

Alina... said...

wah bkn anak jer glomour..mak pun dah glomour hehehe....

Fariza said...

kak anie, klu jumpa fareez kena minta sign nie..hehehehe...

kakpah said...

suara bertuah tu fareez. Jangan cepat pecah suara haha..

sharifah rosidah said...

Amboi kemain glamour anak dan ibu, padanlah masa siti ada kat office hari tu darling kita sibuk2 MMS gambar dia dengan Dato siti kat hp shidah.

Memey Anuar said...

BERSAM IBU YG XTHN TU KAK :) HEHE
COMEL

Anonymous said...

my cucus 2 org tu sgt suka upin & ipin, siap abah diaorg beli video diaorg & pos ke sini.. belanja pos lebih mahal dari harga video. bila tokwea diaorg belikan teddy bear, dari german, diaorg namakan mail & ehsan.. how cute!

PINATBATE said...

hehehe..gambar ibu dlm majalah tu yg mahal!Tahniah Aez

kak Erna said...

anie..tahniah tok si kecik ani tu..
akak rasa bukan anak je suka..ibu pun sama..tahniah jugak anie..masuk jugak gambar anie ngan dato'siti dalam tu..

Kak anie said...

Sya...enterframe jap

--------------

Tiny... majallah komik upin ipin ni bukan macam komik2 yang lain2... banyak manafaat yang boleh anak2 baca di dalamnya...Kartunnya pun menggunakan bahasa yang betul
Baik untuk anak2

Kak anie said...

Alina...menumpang...glamour... abik kata manager mestilah glam jugak... Hahahaha

--------------

Fariza... bolehlah.. dia tolong conteng2kan...hahaha

Kak anie said...

Aha... suara dia yang serak2 basah tu lebih kurang sama dengan suara ehsan yang lama...tu yang dia dapat tu... Suara bertuah tu kak...

Mungkin dptlah dalam 1-2 tahun lagik... Insyaallah

-----------------

Shidah... tulah...darling awak ada ari tu... siap2 amik gambar lagik...hehehe

Ingatkan shidah ade masa tu

Kak anie said...

Memey...hahaha... tumpang glamor...enterframe jap... sabau je haku..hahahah

------------------

Anon... kartun tu digemari anak2 sebab upin ipin yang comel tu... pastu dengan kehidupan kampung yang dipaparkan bukan anak2 je suka... mak ayah pun suka.

Comelnya nama bear tu...hehehe

Kak anie said...

Pinatbate... pasal bergambar ngan siti tu yang mahal tu... lagikpun nilah gambar akak yg ada dlm blog...heheheh

-------------------

Kak erna...hahahah... sesekali nak glamer... menyelit je ibu dia masa kat situ...

Thanks kak... memang suka sgt...hahaha

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails