Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, April 20, 2011

Dataran Lang & Lagenda Langkawi...

Hari Ahad merupakan hari terakhir kami di sana...

Kami tinggal 4 beranak je.. ahli rombongan yang lain awal pagi telah meninggalkan pulau tersebut.

Selepas sarapan.. si kecik dan Farhan yang masih lagi tak puas berendam semalam terus menuju ke kolam...



Laluan ke kolam renang... aku suka tengok pemandangan ni...

Bila hari semakin panas.. aku ajak mereka naik ke bilik untuk berehat kerana rancangan kami tengahari nanti adalah untuk ke Dataran Lang dan ke taman Lagenda Langkawi...

Kami bergerak dari resortl setelah solat zohor.

Dataran Lang dengan resort tempat kami menginap tak berapa jauh... sekejap je dah sampai.  Dari jauh sudah nampak Lang itu tegak gagah di tepi laut.  Anak2 dah tak sabar nak bergambar..

Setelah tidak menjejakkan kaki begitu lama ke sana... aku menjangkakan Dataran ini semakin cantik dan telah dibangunkan sebagai pusat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong.




Dataran Lang yang menjadi mercu tanda Langkawi yang boleh dilihat dari jauh...

Sayangnya sangkaan aku meleset. Burung Lang itu cuma gagah dilihat dari jauh.  Jalan untuk ke sana sudah tidak menarik lagi.  Batu di Dataran telah banyak yang rosak dan tidak dibetulkan... Air pancurannya pun sudah tak berfungsi... dah pecah.  Pelancong yang datang ke sana pun hanya datang untuk mengambil gambar mercu tanda pulau itu sahaja.

Hanya terdapat beberapa orang saja di sana... setelah bergambar masing2 beredar... kedai2 tempat menjual cenderahati di sana pun seolah2 'mati' takde orang yang datang membeli... cuma yang kami beli adalah air minuman.. sebab suasana yang panas membuatkan tekak menjadi haus.

Setelah bergambar dan merungut kerana tidak berpuashati melihat Dataran itu tidak terjaga... aku mengajak suami ke taman yang diberi nama Lagenda Langkawi...

Lebih kurang 15 tahun dulu... taman ini baru dibuka.  Syarikat cik abang yang pernah mengadakan rombongan ke sana telah mengadakan Treasure Hunt... aku begitu tertarik melihat taman ini dahulu...



Sampai di sana... sekali lagi pemandangan yang amat mengecewakan... Taman tersebut seperti terbiar... pokok2 dah kering...daun2nya kering... kolam pun tak dijaga... hajat hati aku untuk menunjukkan pada anak2 apa yang aku lihat dahulu tak kesampaian...



Batu ukiran yang dinamakan Gergasi Bertarung pun dah pudar warnanya.  Untuk membaca cerita2 lagenda yang tertulis dibatu2 yang dipacakkan di sana pun sudah tak nampak dah...

Nampak tak kat belakang tu... replika ukiran yang diberinama... 'Gergasi Bertarung"

Aku kecewa sangat... dari dalam kereta aku asyik merungut... kenapalah tempat2 macam tu yang boleh menarik pelancong tak dijaga... terkilan sungguh...

Akhirnya cik abang yang dah kepanasan... keletihan dan kelaparan mengajak aku dan anak2 keluar.

Dari sana kami mencari kedai makan.. puas berpusing2 akhirnya kami ke Restoran Thailand dan pekena hidangan seafood... gambar?  Tak sempat nak ambil... dah lapoooo....

Dan sebelum pulang ke resort... kami mencari lagi barang2 untuk dibeli...

Balik saja ke resort... kami mula berkemas.  Disebabkan tak tau berapa jauhnya airport dari resort tersebut.. dan berapa lama masa yang diambil... kami mengambil keputusan untuk bertolak lebih awal...

Tamat sudah catatan perjalanan kami ke Langkawi... Alhamdulillah...


Sebahagian coklat yang dipilih oleh anak2... nougat juga tak lupa...
 banyak yang dah pun dimakan sebelum gambar sempat diambil...

Puashati sebab dapat membawa anak2 berjalan jalan... kerana masa musim cuti dulu kami tak berkesempatan membawa mereka ke mana mana.







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Acik Erna said...

anie..rasanya nya dia memang dh tak jaga tu anie..
mesti dia ingat orang ke langkawai hanya untuk membeli belah bukan untuk melawat tempat yang menarik dan besejarah.
sayangkan tak dijaga..masa nak buat dulu mesti dah banyak duit habis.

Ayuni said...

ske gi cni, cantik....

Unknown said...

dulu masa gi langkawi,pemandu pelancong yg bawa kami cakap,langkawi dah tak sama semasa tun mahathir masih jadi pm..mahathir kan orang langkawi..bila pak lah jadi pm,langkawi memang totally broke gak..masa najib ok sikit sbb najib selalu gak turun langkawi

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

aNIe said...

Kak...tulah pasal... sayang sungguh tempat yang sepatutnya menjadi kunjungan pelancong serta kenangan pada mereka yang ke pulau lagenda itu tidak berjaga..

-----------

Ayuni...pulau tu memang cantik... suka sgt gi sana

aNIe said...

ila...harap2 tempat yang mampu menarik pelancong itu dibaik pulih

-------------

Jhazkitaro.. lamanya tak menyinggah ke mari... Insyaallah akak akan ke blog jhaz...

ibundo said...

Tempat2 seperti ni kenalah dijaga dan diupgrade. Sayang.. Kalau kita pelancong tempatan rasa hampa, mereka yang datang jauh2 dari luar negara lagilah rasa kecewa.

kad0k. said...

termiss g dataran helang masa g sana 3-4 bulan lps..haihhh..good day kak..:)

Maya Mayana said...

hai bila la yana nk smpai langkawi ni...mesti seronok kan?thanks ats ucapan hari lahir itu :)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails