Hari ni nak sambung lagik...
Keluar sahaja dari Oriental Village tu... kami semua ke Padang Matsirat melawat ke kawasan yang terkenal dengan peristiwa Beras Terbakar....
Menurut cerita sejarah Pulau Langkawi... bahawa luas kawasan beras yang terbakar itu ialah kira2 30 kaki persegi dan tertanam lebih kurang 3 kaki ke dalam tanah.
Menurut ceritanya lagi...beras tersebut telah dibakar oleh Dato' Karma Jaya ketika terjadinya peperangan antara Kedah & Siam. Bila mendapati bahawa mereka tidak dapat melawan tentera2 dari Siam tu... Dato' Karma Jaya telah mengarahkan supaya padi simpanan mereka ditanam dan dibakar.
Tapi kini tidak dpt lagi dilihat beras2 yang terbakar itu ... kawasan beras yg tebakar itu telah pun dipagar dan
dpt di jengah dari luar sahaja.
Di luar kawasan ini terdapat kedai2 menjual pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang. Ingin membeli kain batik... fridge magnets... key chains.. t-shirt Langkawi dan macam2 lagi boleh didapati di sini.
Ketika berada di sini... cuaca begitu panas.
Sejuk sekejap tekak dapat pekena cendol yang dijual peniaga di sini...
Selepas makan tengahari disebuah kedai berdekatan... kami menuju ke Makam Mahsuri...
Hampir saja aku tidak lagi mengenali tempat itu. Sudah di bangunkan... cantik... ada Museum... banyak juga kedai cenderahati... ada persembahan caklempung dan macam2 lagik...
Bila semua dah keluar... masing2 membawa haluan sendiri. Dengan kereta yang di sewa ramai yang ke tempat idaman para suri rumah..
apa lagi kalau bukan ke ....
IDAMAN SURI....
Dah besar dah kedainya...dulu ... 15 tahun lalu... keciiiik... je...
Sampai saja di sana... Farhan bertanya pada aku...
'Bu... kita nak pegi mana...'
'Ke Idaman Suri...'
'Kedai apa tu...'
'Kedai jual macam2 ... Syurga orang pompuan...'
'Hahaha... patutlah nama dia Idaman suri... Syurga orang pompuan.. tapi neraka orang laki...'
'Hahahha... Pandai kau eh...ye lah.. orang pompuan beli... orang laki bayar...'
Pasti ramai yang tau apa ada kat Idaman Suri kan... tapi aku nak jugak tempek gambar ni...
Tengok pinggan mangkuk yang dijual di sini boleh buat org pompuan giler... giler nak membeli...
Si kecik yang begitu ghairah memilih coklat bersama abangnya... Rambang mata dibuatnya... kalau boleh semua nak beli...
Selesai menghabiskan duit di Idaman Suri... kami pulang keletihan...
Tapi tidak bagi Fareez dan Farhan yang terus bertukar baju untuk terjun ke dalam kolam mandi...
... esok entry last pasal Langkawi... dah basi tapi aku saja nak masukkan kat blog untuk kenangan...
...
13 comments:
kat makan mahsuri tu ati ada
dtg dulu..time selim melim lagi..haha
tempat pinggan mangkuk tu
yg membuat hati terpanggil
nak ke langkawi...huhu
makanan kat sana murah murah (dululer masa pB kesana)
Ati... kalau nak pergi sekarang tak selim pun tak pe...hehehe... takde orang nak marah...
Pinggan mangkok tu buat kita jadi giler... giler nak membeli
-----------
PB... murah sebab akak makan kat kedasi seafood.. pesan macam2 pun baru RM120 lebih
assalamualaikum kak ani
langkawi memang indah kan kak.
saya suka dengan pantai dan pulau2nya yang bagai tak ingin melepaskan kita pulang...
oh iya melihat gunung mat cincang dai kereta kebel juga pengalaman yg sangat indah, kan kak
wohoooooo... kedai idaman suri tu... boleh tak keluar saya kot, dok belek semua tu...
Salam
Hai kak anie, apa khbr.
Psl Langkawi ni mmg owg pmpuan sukar bebenau....
Bagi kaum mcm kita kt idaman surilah tmpt tumpuan..
Saya penah naik cable car, cukp lah sekali, takut.........
kak Zai pun kalau kesana tak lepas peluang memborong kat idaman suri, harganya jauh beza.Bab coklat pastinya rebutan anak2.
ila dah 2 kali pi langkawi tp tak pernah pi idaman suri..kami dua2 tak minat pinggan mangkuk..hehehe ..tp tak tahulah akan datang...
Ermmm.. I luv Langkawi. Kalo kak lady nak tau.. Langkawi is d place yang saya pergi every year without miss. Dengan opis mate saya la... Setahun sebelum pergi kita orang dah book Air Asia. So memang dapat ticket murah... Hubby memasing pun dah tau yerly itinerary we all....
Ummu...sejak datang ke sana pertama kali... melihat pulau2nya.. air lautnya yang membiru telah menambat hati akak... dan memang sentiasa teringin untuk ke sana bila ada peluang
Cuma kali ini akak tak sempat untuk island hoping.
-------------------
Mulan...tulah pasal... kalau nak ikutkan hati semua nak borong...hahaha
dEewan...hehehe...seronok masa kat idaman suri tu... rasa semua nak capai... cantik2...
Kereta kabel tu pengalaman yang menyeronokkan...
----------------
Kak Zai... kalau ikutkan anak2... mau penuh sebakul coklat yang diborongnya...
Seb baik ayahnya ada... buat pantauan...hahaha
Ila... bukan saja pinggan mangkok ada kat sana... macam2 ada...hehehe...segala keperluan orang pompuan... towel cantik2... coklat...periuk belanga... kuali..macam2... pergilah nanti...pasti tertawan...hehehe
-----------------
Mummy Rizq... memang best bila dpt green lite pergi ngan kengkawan...mesti havoc...hehehhe
Akak mesti membeli juga pinggan mangkuk tu kan...hihi
Saya last ke Langkawi 10 tahun lepas kak, masa honeymoon. Lepas tu tak jejak2 ke sana..huhu
Post a Comment