Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, April 13, 2011

Cuti Cuti ke Langkawi...

Lama sungguh tak menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda ini...

Kali terakhir ke sana sekitar tahun 1997-1998... tak berapa ingat dah...

Perjalanan kali pertama kami ke sana ialah ketika Farhan masih lagi kecil.  Kami pergi bersama adik2 ipar yang lain.  Bersama 3 biji kereta kami bertolak dari KL awal pagi dan memandu dengan santai sambil berhenti untuk makan tengahari di R & R... Bekal yang kami bawa dimakan bersama.  Seronok... meriah.

Tempat yang kami lawati tak banyak... yang pasti kami ke Idaman Suri... masa tu kedai tu kecik aje lagik.  Kami menyewa sebuah van untuk ke tempat2 sejarah... Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Chenang, Underwater World Langkawi dan banyak lagi.

Percutian kali terakhir tu... kami betul2 seronok kerana itulah kali pertama membawa anak2 menaiki pesawat ... dan oleh kerana kami pergi bersama kakitangan pejabat cik abang  maka jadual dan aktiviti begitu padat.

Banyak tempat yang kami pergi... Telaga Tujuh... (tapi aku tak naik sampai atas sebab menemankan mertua yang tak larat untuk ke atas)... ke Crocodile Farm dan  ada pulak Treasure Hunt yang diadakan di Lagenda Langkawi...(aku tak dapat sertai sebab melayan Farhan yang nak berdukong aje)

Kami ke Pulau Payar... Island hopping ke Pulau Dayang Bunting... ke Pulau Singa Besar... Pulau Singa Kecil dan banyak pulau lagik.  Speed boat yang kami naik berhenti di tengah2 perjalanan dan membenarkan kami memberi makan roti pada ikan2 yang begitu banyak berebut dipermukaan untuk mendapatkan serpihan roti.

Selepas itu... aku merindui untuk ke sana.

Kesibukan cik abang dengan kerja... dan berbagai urusan perancangan hanya tinggal angan2...

Hinggalah pada cuti sekolah bulan Mac lepas... si kecik merungut2 dengan ayahnya yang dia dah lama tak bercuti.  Nak bercuti sebab nak tidur hotel dan mandi di swimming pool.  Lalu cik abang menyuruh aku mencari pakej2 percutian dan tiket penerbangan ke Langkawi.

Untuk mencari masa yang sesuai amat sukar.  Sebab cik abang yg sibuk dengan kerjanya.  Lama2 aku beritau cik abang...

'Tak payahlah ke Langkawi bang... kita ke Penang je...bawak anak2 naik Bukit Bendera... makan2 di Padang Kota je..'

'Takmolah.. Penang tak banyak tempat nak pergi... kita ke Langkawi je...'

'Kita naik kereta je lah... tak payah naik flight... anie suka naik kereta... dapat naik feri... pastu seronok tgk pemandangan...'

Selang beberapa hari... cik abang beritau yang kakitangannya akan menghadiri seminar di Langkawi dan dia juga akan ke sana.  Untuk menaiki kereta memang tak sempat sebab dia terpaksa ke sana pada sekian waktu dan waktu paginya dia terpaksa menghadiri mesyuarat di Melaka... jadi kenalah naik flight jugak.

Tarikh telah pun dapat... keputusan telah pun dibuat... maka aku pun membuat tempahan MAS untuk ke sana.

Anak2 yang begitu seronok tak sabar2 menanti hari yang dijanjikan...

Jadi pada 10hb... tepat jam 6.05 petang... kami telah dalam perjalanan ke Pulau Lagenda Langkawi..

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 7.15... dah siap menanti staff cik abang yang telah pun menyewakan kereta untuknya dan kami terus ke De Baron Resort Langkawi ... yang terletak di Kuah.



Hotel 3 bintang ini baru dibina... setahun lepas dan masih lagi dlm proses mengindahkan kawasan sekitarnya.  Bilik yang luas dengan katil yang cukup besar... TV dan astro pun ade... rasanya sesuailah untuk mereka yang ingin bercuti dan berbelanja kurang dari RM150 untuk bilik yang cantik dan selesa. Yang penting ianya dekat dengan laut... dan ada swimming pool...



Dari tepi laut itu... boleh dilihat satu pemandangan yang cantik di waktu pagi... dan nun jauh di hujung sana kelihatan Dataran Lang.

Malam tu... cik abang  ada program di bilik seminar... dan aku... merehatkan badan setelah selesai makan malam... letih...dikejutkan oleh cik abang lebih kurang jam 12 tengahmalam... katanya nak ke Pantai Chenang bersama staff lelakinya... tapi aku dah tak larat nak angkat mata ketika itu...

Keesokan harinya.. kami ke Langkawi Cable Car ride...

...bersambung... (ada kerja nak siapkan)



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

Sabihah said...

bestnye...dah lama dah rancang nak ke langkawi..tp tak berkesempatan je lagi..huhuh

Ummi M.I.M said...

bestnya cuti jenjalan.. hehehe..
tapi anak-anak la yg paling heppy kan..

ainnoraini said...

saye ade pegi 2 tahun lepas..
seronokkan jenjalan kat sane...

insya allah awal tahun depan nak gi lagi...

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum kak anie

nak g langkawi tahun ni jgk...
mgkin cuti hujung mggu...
mau beli coklat dan periuk vision =)

aNIe said...

Sabihah... seronok nanti esok akak upload gambar pi cable car...memang bessst!!

---------------

Ummi...anak2lah yang seronok ... tak ingat nak balik... yg seronok diorang tu nak berendam dlm kolam je

aNIe said...

ainn... sesekali bawak anak2 pi jenjalan memang seronok... kita org pompuan syoklah ke langkawi.. boleh memborong

----------------

Manje...hehehe... borong coklat eh? Borong jgn tak borong...!

etiey.com© said...

bestnya g langkwai.. nanti leh beli corelle kan

secangkir madu merah said...

mmg seronok bercuti ke langkawi, klu ada rezeki dan kesempatan saya teringin nak pergi lagi... kami sekeluarga baru saja pergi bulan 12 kelmarin...



ingatkan abang kejut tengah malam nak apa, laaaa...rupa2nya...

pB said...

insyaallah ,


kalau Adam hujung tahun ni dah boleh berjalan , kami akan ke sana.

last pergi , masa si Nurin berumur 3 tahun (kalau tak silap pB).

Ila said...

bestnyer pergi langkawi..ila last gi langkawi 2009 kot...ntah bila nak gi lagi

Ati Masrif said...

bestnya kak anie..

ati mai sini lama dah

masa gi haneymoon dulu...
masa manje lagi ...

kalau lani...mahu huru hara..hahha

Led said...

whoaaa menarik nyer kak lady. tingat time honeymoon ngan my honey kat langkawi dolu2. ingat nk honeymoon kat sana lagi la.dolu sy dok langkasuka. bilik besar gler tp view tak best ..huhuhuhu next time ke book homestay la plak...

iina said...

best tuh kak jln2 ;)

kak Erna said...

anie..akak masih lagi teringin nak kelangkawai.tak tau la..bukan nak cari apa pun..tapi suka kesana..

aNIe said...

etiey...akak tak beli pun correlle... banyak sgt dah pinggan mangkuk... belum teringin lagik

------------------

SMM... seronoknya dpt pergi selalu...

Hahahah... letih lah...takde maknanya nak kejut tengah2 malam tu...

aNIe said...

PB.. kalau adam dah pandai jalan memanglah seronok bawak dia... mesti dia nampak excited kan?


------------------

Ila.. baru jugak tu.. akak last dah lebih 10 tahun lepas...

aNIe said...

Led... kalu honeymoon kena amik view yang cantik barulah best..

Nanti baby dah cerdik pergilah lagik...bawak dia naik cable car

---------------

iina...memang seronok...

MULAN said...

cantiknya.... seronoknyaaa...

Kak Anie said...

Mulan... pemandangan tu memang cantik... akak tiap pagi akan ke pantai tgk pemandangan yang indah tu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails