Aku ni pantang jumpa restoran baru yang menepati citarasaku..
Restoran yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang aku ingin cuba.
Bila aku jumpa je restoran itu... aku akan mula mengulang ke restoran tu sampaikan tuan punya kedai kenal pada aku...
Dulu aku selalu ke Restoran D'Lawang... berdekatan pejabat Ude. Aku suka makan bakso kat sana. Aku dtg berkali2 untuk makan bakso... kemudian aku mula makan Nasi Ayam Penyet dia pulak. Aku berulang kali ke sana sampai aku benar2 puas makan Nasi Ayam Penyetnya...
Suatu ketika dulu... aku berulang alik ke D'Arab Cafe di Seksyen 7 untuk pekena Nasi Arab... dan aku serta anak2 berkali2 ke sana hingga kami puas dan jemu...
Pernah juga aku ke Giant... makan Laksa Johor di sebuah kiosk menjual makanan di situ. Aku selalu cari masa terluang untuk ke sana selalu... hinggalah sekarang aku jarang ke sana lagik...sebab dah puas makan ...
Baru2 ni aku dapat restoran baru... Sri TTDi di TTDI Jaya..
Kelmarin aku dah cuba Laksam di sana....
Memang sedap... semasa nak memilih makanan hari tu... mata aku jadi rambang.. Macam2 ada kat sana. Ada nasi dagang... nasi kerabu... pulut kuning.. nasi lemak berlauk.. solok lada. Sampai aku tak tau nak pilih yang mana.
Keluar aje ada restoran tu bersama anak2... aku dah cakap pada mereka..
'Khamis nanti kita datang lagik... ibu nak makan nasi kerabu...'
Anak2 pun suka ke sana...
Nampaknya.. aku akan ke sana berkali2 dalam masa terdekat ni hinggalah aku puas...
Si kecik juga mencuba makanan yang sama...
Farhan pula memilih nasi lemak berlauk...puas katanya dpt makan macam2....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
24 comments:
Nak ikutttt
tu dia..
semua mknn tradisi org pntai timur tu kak,
wohhh laksam klu kuah pekat ngn ikan mmg sedakk ahh
:p
owh laksam... bestnya kak..
bagi alamat penuh kedai.. (siap ngan peta pon aok.. hahaha)... nak pi carik laaa.. hihihi...
tengah hari mesti penuh nie
rasanya dia ada satu cawangan kat TTDI
restoran kat TTDI Jaya tu pun kaler merah jugak ...
Ezzah...jom dtg sini...kita dating...
---------------
Nanonano... memang semua makanan pantai timur.. tak tentu arah nak pilih mana satu... semua sedap2 belaka...
Tiny...senang je nak cari... kalau ke Giant Shah alam... sampai traffik light tu... Giant ke kiri dia ke kanan... Alah susah2...calling2 je akak... kita dating kat sana,...makan tengahari dia pun sedap...sambal belacan terbaek
---------------------
PB..tengahari akak tak pergi lagik..ari tu akak pergi jam 10.30 pagi sebab nak sarapan.. tghari makan berlauk dia pun banyak...
Yang kat TTDI Jaya tu pun warna merah..sebab yang kat belakang Tesco tu cawangan dia... Katanya masak di TTDI Jaya... hantar ke cawangannya...
kakAnieeeeeeeeeeeee... laksam itu nampak sgt lazatttttt!!! terliur saya kak, nasib baik tak peknen... bestnya... lama tak makan laksammmmmm!!!
nak jugak akak..hehhe..bestnye..heheh
sedapkan kak anie kat kedai sri ttdi tu..
saye mmg suke kalau b/fast makan laksam @ nasi kerabu kat situ...
pernah try kat lain tapi tak sesedap kat situ...
kalau mase lunch pun lauk dia byk pilihankan kak anie...
kak anie, masa dok Bkt jelutong, situlah port kami dinner dan lunch. la ni kurang dah ke sana. dah selalu sangat. kedai pun dah makin kecik. lunch time kena beratur nak ambik makanan. sesak.
kalau nak laksam/ nasi kerabu, situlah tempatnya. lagi satu tempat nasi kerabu sedap, sebelah masjid unta seksyen 18, petang baru ada. goreng pisang tanduk pun best kat situ.
bila boleh kurus ni, asyik nak makan je kan (diri sendiri ni)
untunglah restoran tu kalau ade ramai customer macam kak anie kan...hehehe
dalam dok ulang ulang tu kak anie.. jaga jaga kolestrol dan karbohidrat... :)
anie..kita serupa..akak kalau dah suka sesuat tu..ulang alik akak makan..sampai rasa dah jemu..baru berenti..
CH...bukan saja nampak lazat...memang lazat pun....kuahnya pekat berasa...
--------------------
cik ceria...meh datang shah alam akak boleh belanja...hehehe
Ainnoraini... memang pun akak ada pergi kat cawangan dia...lauk dia ada pebagai...yang sedap sambal belacan dia.. anak akak sampai bawak beli bawak balik
---------------------
Zany... yeke zany selalu ke sini... memang betul kalau makanan sedap orang ramai akan dtg... rasanya kat cawangan yang di belakang TESCO tu kurang sikit orangnya... masakan sama aje sebab katanya masak di TTDI Jaya...kemudian diorang hantar ke cawangannya...
Kalau ke seksyen 18 tu jauh ler sikit... banyak roundabout...hehehe
Ila...mesti untung punya...hahaha...
-----------------
Zar...tulah pasal... kena tukar menu selalu... laksam tu pun kita tak boleh nak makan selalu...bersantan jemu... Akak nak makan pulut kuningnya nanti... bila semua dah try...stoplah sekejap...hehehe
Kak Erna... samalah dengan kak cik dulu... ingat lagi dia mula makan paru goreng... diulangnya beli hari2... sampai dia jemu baru dia berhenti...
nasik kerabu ada? mmmmm...yummy
ala.. jauhnya. nampak laksam tu dah telio. pekat tu..
anie,
ko kenal dengan yan@salbiah ek. Kawan?
Kak Anie, samalah macam saya, kalau dah suka, asyik nak makan benda yang sama jer..
ohh... sedap nya laksam...
SMM... ade...nasi kerabu... nasi dage kelate...ehehe.. pulut kuning.. lauknya pelbagai...
-----------------
Kak pah...memang sedap... sambal belacannya tip top...
Kak...kak sal tu dulu sama2 kat GMPS dengan suami anie...hehehe... sekali nampak dia komen kat status akak tu yang terus pi skodeng siapa..rupanya kak sal... seronok jumpa dia kat sini...dah lebih 30 tahun tak jumpa
Sari... hehehe...anak akak sampai komplen.. kalau pegi satu2 restoran yang akak dah rasa makanan yg tu sedap akak akan order yg tu aje sampai jemu...hehehe
-----------------
Mulan... memang sedap... tepung laksamnya tak terasa tengik macam separuh laksam tepung beras...yg ni best...
Post a Comment